Friday, 15 March 2013

Siri Baru

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur jumpa lg dgn kawan2 yg sudi berkunjung ke taman penglipur lara ini. Apa khabar semuanya? Moga2 sihat sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi. Tadi sy ziarah sebentar laman blog 'kakak' sy Kak Ejum. Dia baru bersihkan sawang kat blog dia. Ni turn sy pulak. Hehe...Ye la, walaupun dah hampir sebulan masuk sem baru, sem 6 di USIM ni, baru hari ni terasa nak update. Macam biasa, ceritanya ada, banyak, tapi kudrat dan kerajinan tak mengizinkan. Haa..

Biasanya, bila kita cakap tentang perkara2 baru, macam tahun baru, semester baru mesti kita semua akan mula nak buat azam baru. Tapi, sy tak mahu cakap tentang azam2 baru ke apa. Cumanya sy lebih suka untuk mengatakan sy akan cuba sedaya upaya utk hadapi sem ni, yg bagi sy agak kritikal dan mencabar. Mana taknya, baru nak masuk sebulan dah banyak assignment dan presentation nak kena buat, Seriously, agak pressure. Tapi sy cuba utk melupakan seketika dgn menulis di sini. Hehe...

Bila ada yg baru, mesti ada yg lama. Tiada lama tiada baru. Begitu kita sangat digalakkan utk melihat ke belakang agar dpt diambil pengajaran darinya. Jangan percaya sangat kata2 "Jangan pandang belakang." Melihat ke belakang bukan utk disesali, ditangisi tetapi agar ianya menjadi pendorong semangat utk kita lebih memajukan diri jika kita gagal sebelumnya. Kalau dah bagus??? Dah...jangan duk rasa bagus sangat la...Kalau kebaikan yg kita dapat, maka bersyukurlah, kembalikan kpd yg empunya segala kebaikan dan kepujian.

Alhamdulillah syukur, sy sangat bersyukur dapat result final exam yg memuaskan. Memang sy tak jangka memandangkan subjek2 sem lepas agak tough juga dgn jadual exam yg agak padat. Syukur tak terhingga kerana ketenangan yg cuba sy cari semasa fatrah exam yg lepas membuahkan hasil. Tapi itu bukan alasan utk sy ragu bahawa itu semua datang daripadaNya, bukan kudrat sy yg lemah ini. Apatah lg utk berbangga. Sebaliknya, patut malulah sy utk bermegah2 jika ilmu2 yg sy dah belajar dan jawab semasa exam tu tak diamalkan.

Sem baru...hurm...suasana di Villa Mustaqillah ni pun sedikit baru, housemates baru, adik2 baru, ragam baru. Hehe...sekarang kami pula jadi kakak2, perangai berubah??? Sikit la...bak kata kawan sy Aziyah, "Awak rasa tak yg kita macam dah besar. Ye la dah  duduk dengan adik2 kan." Haa...biasa la kalau kakak2 ni suka 'ngenat' adik2, ore klate kata. Ingat lagi, sem2 lepas kak2 sokmo duk ngenat sy. Kalau dulu, kak2 yg duk tegur kami, sekarang kami pulak sakit kepala fikir macamana nak tegur junior2 sekali dgn Kak Fariza dan Kak Raihan yg masih tinggal di sini. Pastinya kena berhikmah.

Hurm....dah cakap pasal exam, pasal rumah, sekarang berbalik kepada cabaran di SIRI BARU ni pulak. Sememangnya sangat mencabar. Hujung minggu ni je sy kena get ready utk 3 presentation dan 2 assignment nak kena submit. Sempat lg duk update blog nih. Tak sedar2 lg...adakah sy sedang membuang masa? Mudah2an perkongsian ini bermanfaat. Sy cuba utk tak meNENSYENkan diri ini. Huhu...

Ok, salam sayang, salam sem baru buat semua. Di kesempatan ini juga sy nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN yg ke-24 buat Kak Haizum a.k.a. Kak Ejum @ Miss Show Off. Semoga diluaskan pintu rezeki, dilimpahkan ketenangan, ditabahkan hati menempuh kehidupan, menjadi solehah dan beroleh jodoh yg soleh, sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayangNya. Walaupun kita berjauhan, tapi Allah tak pernah berjauhan dari kita, maka jadikan Allah sbg tali penghubung ukhuwah kita. Uhibbuki fillah abadan.


Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!