Ok, straight to the point, seperti tajuk di atas, hari ini sy nak berbicara tentang MIMPI. Apa sebenarnya mimpi, dan apa pula maksud di sebalik mimpi sebenarnya? Orang selalu cakap, "Alaa...mimpi tu mainan tidur je...". Sejauh mana kebenarannya??
Menurut wikipedia:
Mimpi adalah
pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran,
fikiran, perasaan, atau indra lainnya
dalam tidur,
terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye
movement/REM sleep).
Kejadian
dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa
pemimpi. Pengecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming.
Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahwa dia sedang bermimpi saat mimpi
tersebut masih berlangsung, dan kadang-kadang mampu mengubah lingkungan dalam
mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut.
Pemimpi
juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi
buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi.
Hurm...ya, memang sy selalu mengalami keadaan di atas. Kawan2 mesti pernah melalui perkara yg sama kan? Kita akan merasakan seolah2 kita benar2 berada dlm situasi yg dimimpikan itu, bahkan ada kalanya sampai turut mempengaruhi emosi kita contohnya kalau berlari akan terasa penat, kalau melihat perkara yg mengerikan akan berasa takut, dan jika menyedihkan kita akan turut menangis (Sy pernah menangis mimpi sedih tentang mak sy dan pd waktu tu sy sedang tidur di hadapan mak sy. Malu kot nak cover air mata . Huhu...) Dalam erti kata lain, kita adalah salah satu watak yg berperanan dlm mimpi tersebut.
![]() |
| Kalau la mimpi boleh dilukis sendiri, ingin kulukis yg indah2 sahaja. |
Apa yg menariknya tentang mimpi ni, kalau
kawan2 pernah alami yg macam sy, adakala dalam satu tempoh kita tidur
berkemungkinan kita akan melalui dua atau tiga atau mungkin lebih situasi.
Kadang2 bercampur baur antara satu cerita dgn cerita lain yg memang tak
bersangkutan antara satu sama lain. Haaa...lawak2..tapi itu la realiti yg sy
alami. Malam tadi sahaja mimpi sy ada tiga situasi yg berbeza. Satunya cerita
seram dikejar hantu budak kecil, yg keduanya perbincangan dgn kawan2 utk cari
ahli rumah sewa kami (ni yg sy cakap masalah yg asyik sy fikirkan sebelum
tidur), dan yg ketiga dgn keluarga (tp tak ingat sgt ceritanya). Banyak sgt
kot..tak sempat nak rakam. Haha...
![]() |
| Haha...mesti macam tengok filem, boleh terguling2 tahan gelak!! |
Kajian menunjukkan terdapat sekumpulan
tema yg kerap berlegar dalam mimpi. Antaranya ialah situasi membabitkan
sekolah, dikejar, berlari dgn perlahan, seakan2 terjatuh, datang lambat,
seseorang yg hidup tiba2 mati, gigi tercabut dan saat memalukan. Boleh baca
lanjut di link ni utk tahu tentang tafsiran mimpi. Jangan percaya pula ya, ini
sekadar hasil kajian yg tidak diyakini seratus peratus. http://www.cicinta.com/2008/11/makna-tafsiran-mimpi.html
Dalam Islam juga ada dibicarakan tentang mimpi. Memang ada mimpi yg benar. Bagi mimpi yg benar sebahagian roh keluar dari jasad ke tempat2 tertentu manakala sebahagian lg kekal di dalam tubuh. Ada mimpi yg dinamakan 'mimpi semasa' iaitu keadaan seseorang bermimpikan sesuatu dan mendapati perkara itu memang sdg berlaku sebaik sahaja dia terjaga dari tidur.
Haha...yg gigi tercabut tu memang satu contoh mimpi yg sering sy alami. Mimpi ini termasuk dlm kategori 'mimpi kiasan' atau mimpi yg kelihatan ganjil. Dikatakan pada waktu itu roh memasuki alam yg lain, digelar alam ghaib.
Memang sy akan berasa sakit bila gigi sy terasa seperti berasak2 antara satu sama lain dan akhirnya tercabut satu persatu, kadang2 banyak sekaligus. Sudah tu apa lagi, rompong la gigi sy. Ya Allah, nak dikatakan kesakitan tu memang terasa sampai sy ingat itu betul2 berlaku. Alhamdulillah, itu cuma COBAAN...Ya, gigi2 sy MASIH ADA!!! Selalu juga terfikir kot2 ada maksud di sebalik mimpi tu. Bimbang2 juga. Ada orang kata itu tanda ada orang terdekat dgn kita ditimpa musibah. Wallahu a'lam. Tak perlu utk difikirkan sangat.
Untuk tahu lebih lanjut tentang mimpi dlm Islam boleh ke link ini:
Ada hadith tentang mimpi yg berbunyi:
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id]
Kalau nak diikutkan masing2 kita ada
versi mimpi masing2 yg memang kadang2 tak boleh diterima akal. Tp ada juga yg
logik. Yang menakutkan, menyedihkan atau menggembirakan. Tentang apakah maksud di sebalik sesetengah mimpi itu masih lg MISTERI...
Sekian daripada Sang Pemimpi Si Penglipur Lara.
Ingat Tuhan selalu. Wassalam.




sy suka tidoqq~~
ReplyDelete