Kenapa mesti bincang pasal KOPI? Apa dah takde perkara lain nak dibincangkan? Ye la, dah kopi ni sebenarnya menjadi minuman kesukaan sy. My favourite drink forever!! Haa...Sebab apa sy suka minum kopi? Sebab aroma dan rasanya yg menawan. Cewah...sy memang suka sgt minum benda2 yg ada unsur2 kopi termasuk la Nescafe. Apa2 la..sampaikan air koko pun sy campur dgn kopi, maka jadilah "KOPIKO panas secawan!" Kalu campur dgn milo sy panggil KOLO. Kalau Nescafe dgn milo makruf org panggil NESLO. Hehe..jgn la pelik kalau sy campur koko dgn kopi tu. Sedap tau. Anda harus cuba!
Kopi susu, kurang manis tambah gula. Lalala...
Cakap pasal kegemaran minum kopi ni kan, tetiba hari tu timbul persoalan di benak fikiran sy tentang status kopi ni samada benarkah ianya minuman orang2 tua? Atau sesiapa yg minum kopi ni seleranya macam orang tua. Huhu...kelakar pula. Maka terhasillah status ni di FB sy:
Betul ke kopi ni minuman orang2 tua? Kalu suka minum kopi, kira taste dia taste orang tua. Ye ke?
Sy yg merupakan penggemar kopi ni kalau boleh bila keluar makan di kedai2 nak la mencuba kopinya. Kaw ke tak kaw kan. Tp dek kerana malu, maka terbantutlah niat itu. Huhu...apa la nak dikisahkan cakap orang kan...kan dah melepas!
Ini lg status Fb sy:
Kalau buat air kopi tak bubuh gula mesti pahit kan. Kalau bancuh air sirap terlebih gula kurang perasa sirapnya pun tak sedap. Tapi kalau kopi dibubuh gula baru la seimbang rasanya, apatah lg kalau bubuh susu pekat, cukup rasa lg berlemak, haa...sirap tu plak kalu ditambah perisanya, tambah sedikit air utk seimbangkan rasa baru la menangkap kat tekak!! NIKMATNYA...
Apa kes?? Dah takde benda lain nak dibincangkan ke...tetiba syok pula kaitkan kopi dgn kehidupan. Oh kopiku! Hik3...sawan kopi sudah datang. Kopi Cap Gantang sgt enak. Mai dari Kedah lg..Ey apa da merepek2 ni.
Sudah la ganteng, cakep, keren lg..enak pula. Hik3
Dari mana asal usul biji kopi ini?
Ok. Sekarang jom serius sikit. Apa sebenarnya khasiat kopi ni? Ada ke khasiat? Bukankah kopi mengandungi kafein yg dikatakan tak baik utk perkembangan minda? Boleh ketagih ke? Miong? Punya la duk bincang2 pasal kopi sampai tergerak nak tahu sedikit mendalam tentang kopi ni. Sy pun buka terjumpa la website ni...tentang sejarah kopi. http://www.berbagaihal.com/2011/04/asal-usul-dan-sejarah-di-balik.html.
Rupa2nya asal usul penemuan kopi ni bermula di Ethiopia, Benua Afrika sehingga la menjadi popular di kalangan masyarakat Asia kini. Khasiat kopi adalah ia mampu memberi tenaga. Bukan sahaja aromanya menarik, bahkan kopi mempunyai kebolehan mengurangkan risiko penyakit kanser, hati, parkinson, diabetis,dan berbagai penyakit jantung. Ia juga boleh merangsang aktiviti otak. Lagi di sini: http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/4723-khasiat-kopi.html.
Yum3. Marvellous!
Walaubagaimanapun, pengambilan kopi hendaklah diambil secara sederhana kerana jika terlebih dos boleh membawa kpd kesan negatif. Minum 3-4 cawan masih ok. Dos yg memudaratkan ialah 10g utk setiap 4 jam iaitu bersamaan 100 cawan kopi. Antara kesan lain kalau minum kopi banyak2, iaitu kesan kafein juga, ia merancakkan sistem perkumuhan. Boleh tengok details di sini: http://www.mkhafiz.com/2009/10/kopi-baik-dan-buruk.html dan sini: http://tajashomestay.wordpress.com/2012/02/14/kopi/
Lepas dah baca2 baik buruk kopi ni, sy rasa dos yg sy ambil sangatlah sedikit. Nak kata hari2 minum tak la juga. Tapi, apa2 pun dlm kita menikmati keenakan sesuatu makanan atau minuman perlu sentiasa berwaspada dan bersederhana. Setiap yg ada kebaikan ada juga negatifnya jika tak dikawal dgn bijak dan baik. Wallahua'lam. Sebelum mengakhiri, jom sama2 nyanyikan lagu ni:
Comel dan best kan?? Selamat menikmati KOPI! Mai secawan! Jom buat report. Wassalam.




0 comments:
Post a Comment