Saturday, 1 December 2012

Ubat Mengantukku ~~

Assalamualaikum. Sambung b4 midnight story. Hehe..Hurm...tajuk di atas agak tidak asing bg setiap insan yg bergelar pelajar terutamanya. Mengantuk ni biasanya berlaku di dalam kuliah, ketika lecturer mencurahkan ilmu kpd para pelajarnya. Ada sebuah hadith mengatakan: Para malaikat akan melebarkan sayapnya menaungi org yg menuntut ilmu kerana redha akan perbuatan tersebut.

Pegi kelas nak belajar tu dah baik, tp masalah yg selalu sy hadapi ialah MENGANTUK memanjang. Kawan2 pun macam sy ae...?? Huhu...biasanya angin mengantuk sy akan dtg tatkala lecturer melangkah masuk ke dewan kuliah. Urgh...time tu la mula nak menguap tetibe..tak tentu pasal. Dah macam ada sensor pula yg bagitahu "lecturer masuk, masanya utk menguap". Bila lecturer keluar automatik mata jd segar tak semena2. Haa...sama la tu macam korang kan...bila lecturer mengajar korang la yg paling faham, angguk tak berhenti, dah sampai macam nak tercabut leher, ke depan, ke belakang. Habis je kelas mula menyesal sebab macam tak belajar sepatah haram. Huh!!

Kalau duk bincang masalah tp tak dtg dgn solusi takkan ada gunanya kan..Jadi, dlm usaha sy nak ubati penyakit mengantuk ketika belajar ni sy dah cuba pelbagai cara. Sy makan gula2, minum air dan cuba utk tidur lebih awal. Tp malangnya walaupun sy tidur awal mata sy tetap berat bila lecturer masuk. Puas la sy cuba lawan tp tak menjadi, akhirnya sy tewas. Huuu...

Satu cara lg yg pernah sy buat dan suka buat ialah MENCONTENG. Sejak sekolah lg sy suka menconteng bila rasa bosan. Conteng la pape asalkan tangan bergerak. Cuma minda akan hilang fokus pd apa yg lecturer   ajar kat depan. Hehe...biasa org kata baik dtg drpd tak dtg langsung. Mungkin ada point yg Allah nk bg kat kedatangan tu. Bukan setakat sign attendance je. 

Tengok ni sebahagian hasil contengan sy gara2 mengantuk..




Haha...ni je nak share utk kali ni..next story coming soon. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!