Serabutnya!!!
Hurm...tarik nafas sebentar. Persoalan yg sgt besar, tentang sesuatu yg sangat halus. Jika disentuh, kesannya mempengaruhi fikiran dan seluruh gerak anggota. Sy sendiri sejak akhir2 ini, seringkali mengalami kecelaruan emosi. Ada sahaja yg tak kena. Orang buat itu tak kena, ini tak kena, ada saja yg sy tak puas hati. Kalau pun sy tak luah kat orang lain, sy pendam perasaan tu seorang diri. Orang kata makan dalam juga la..perit2, sangat menyakitkan. Sy tak mahu menyalahkan orang lain semata2 kerana sesuatu yg sy tak puas hati, tak suka. Tapi sy selalu menganggap yg sy ni memang seorang yg agak sensitif. Mungkin saja perkara itu kecil pada orang lain, tapi tidak bg sy. Mungkin sy rasa orang tak patut buat begitu dan begini, tapi mungkin ada rasional di sebalik tindakannya. Selalu juga sy bercanggah pendapat dgn orang lain. Alhamdulillah, sy cuba utk bertoleransi.
Ya, kita perlu adakan masa utk memikirkan kesan baik buruk perbuatan dan keputusan yg kita buat. Sama ada kita mahu memikirkan kepentingan orang lain atau memuaskan kehendak hati sendiri. Bagi sy sendiri, sy akui yg sy memang selalu fikirkan perasaan orang lain, sebab tu la sampai kadang2 terpaksa tanggung sakit sendiri. Gaya bahasanya seperti orang yg tidak redha dgn ujian kan... Ya, sy juga cuma manusia biasa. Sampai masa kesabaran sy terbatas, nak ditanggung tak tertahan, apa lg gugurlah hujan lantaran terlampau berat wap2 air yg terpaksa ditanggung. Terkondensasi meratai bumi. Pada waktu itu, sy rasa sgt keseorangan, sepi, tiada siapa peduli. Rasa seolah2 beban yg dipikul sgt berat, tiada yg sudi menjinjingnya bersama.
Entah la, patut ke tidak sy berfikir macam tu. Agak kebudak2an ke? Tolong la matang sikit! Akhirnya, kembali kpd Allah, Tuhan, Dialah yg paling memahami kita, hatta di setiap denyut nadi, Dia Maha Mengetahui akan apa yg kita rasa. Lalu, dariNya jugalah penawar segala duka. Rasa sendiri? Tidak, jiwa kita sebenarnya yg sepi dari mengingatiNya. Kita rasa sunyi sebab konon takda kawan di sekeliling kita, tapi kita lupakan kawan Yg Maha Setia.
Kembalilah kepadaNya.
Berkawan dgn manusia ni waktu2 tertentu boleh la nak tumpang, kongsi bahagia dan duka. Tapi takat mana la kan...bukan nak kata kawan2 sy tak bagus, tak cukup baik, tapi kita dan kawan2 kita sama2 manusia yg ada kelemahan masing2. Sebab tu sampai kat satu tahap ada benda yg kita tak sehaluan, boleh bawa berbincang, kuncinya minta pertolongan Allah, mohon dipermudahkan urusan, dilapangkan dada menerima apa saja kemungkinan. Berkawan dan bermusuh kedua2nya ujian. Berkawan dan berkenal2an itu tuntutan, bermusuhan jgn sesekali.
Ujian buat hati...
Suka sy berpesan kpd diri sy supaya sentiasa ikhlaskan hati dlm bersahabat. Bersahabatlah kerana anda ingin benar2 bersahabat dengannya, bukan utk maksud atau tujuan tertentu. Bukan dia utk kita jadikan boneka permainan kita sampai kita lupa yg dia itu manusia bukan kayu atau batu. Dampingilah mereka dikala duka bukan hanya di saat ketawa. Berilah layanan yg selayaknya, jagalah hati dan perasaan mereka, jgn sampai terdetik curiga dan syak wasangka di hati mereka. Berterus-teranglah dan jgn kesampingkan mereka dlm hal yg sepatutnya dia mengetahuinya. Jgn nanti jika ditakdirkan kita berpisah utk masa yg lama dgn sahabat kita dan bertemu semula, kita sudah tak mengenali mereka lagi. Terasa janggal. Sedangkan dulu pernah mengukir kisah bersama.
Ya, ini yg diperlukan..
Ya, sahabat bukan utk ditatang bagai minyak yg penuh, tapi cukuplah mereka dihargai. Jgn dijadikan seperti lampin pakai buang, tidak juga seperti hampas kelapa, habis madu sepah dibuang. Jumpa yg baru, langsung yg lama ditinggalkan, disisihkan atau membuatkan dia rasa tersisih. Ayuh semak hati, jgn biar ia mati, jom koreksi diri, Allah jadi kunci sejati. Allahu a'lam. Wassalam.





0 comments:
Post a Comment