Friday, 28 December 2012

Memperkasa Du'at

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur kpd Allah sy panjatkan, masih diberi peluang utk menghirup udara yg segar, masih diberi deria mata utk melihat, telinga utk mendengar, dan lidah utk merasa dan berkata2. Sungguh nikmat Allah tidak terkata, tak terhitung. Lalu kita sbg hamba tak sepatutnya alpa dgn limpahan nikmat tersebut. Ayuh kita kaji semula, muhasabah, adakah nikmat itu istidraj ataupun rahmat Allah kpd kita. Na'uzubillah drpd ia menjadi istidraj. Bimbang kita tidak sedar dek kerana leka.

Jika sahabat2 perasan selama ni, sy byk berkongsi dgn kawan2 aktiviti seharian sy yg sy kira ada baiknya sy kongsikan selagi mana ianya bermanfaat, dpt membawa kita sama2 mengingati Tuhan di samping berkongsi pengalaman dan pengajaran. 

Jadi, utk kali ini ingin sy kongsikan dgn kawan2 semua satu aktiviti yg sy sertai lebih seminggu yg lalu. Training of Trainer atau ringkasnya T.O.T. utk para rais dan raisah Program Liqo' Universiti. Program ni adalah anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM dan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM, sebuah badan dakwah atau kelab.

Alkisahnya, sy sgt berat hati nak pergi program ni memandangkan dah dekat nak final dan byk assignment nak difinalise dan perlu disetelkan. Kena pula program ni tiga hari, bermula petang Jumaat hinggalah petang Ahad. Bg orang yg agak malas berjalan ni, memang la kena fikir panjang. Yg paling sy tak suka nak bersiap2 . Haaa...bendanya nampak simple tp sy pandang berat pula. Itulah yg namanya MALAS. Setelah berkira2 dan minta juga pandangan kakak2 rumahku, Kak Ummu dan Kak Fariza, akhirnya sy memutuskan utk pergi. Sy cuba ikhlaskan niat, mungkin ada sesuatu yg bermanfaat akan sy dapat. Tambahan pula sy ni kurang pengalaman join2 aktiviti outdoor ni, so keputusan yg sy buat utk pergi sedikit sebanyak bakal menambah lg koleksi kenangan sy sepanjang berada di USIM ni.

Alhamdulillah lokasi program tak jauh pun, di Nur Bukit Unggul, Sepang. Tempatnya ok la. Sesuai utk aktiviti riadah spt berkayak, flying fox, dan yg paling best skali jungle trekking atau lebih kurang mendaki bukit juga la. Lepas ni kita cerita ya. Hehe...sampai2 je kat sana, duduk sekejap kemudian kami dijamu dgn minum petang. Kat sini kantinnya....



Usai makan, malam tu kami diberi taklimat. Esoknya pula, sesi qiamullail, solat subuh berjemaah dan tazkirah Subuh.

Sesi taklimat.


Tazkirah Subuh oleh Us Nasim berbangsa Filipina. 
Delivered in English  language & little bit use of Arabic language.
Di manakah daku??
Adakah sedang khusyuk  mendengar atau....

Sungguh, byk pengisian yg sy dapat sepanjang program ni. Kami diberitahu tentang peranan sebenar rais dan raisah di USIM ni. Allahuakbar, rupa2nya sgt besar matlamat program liqo' ini  dlm melahirkan siswa siswi yg bersahsiah tinggi, terpelihara maruah dan agamanya. Rasa tak layak dan belum cukup syarat utk memimpin dan membimbing adik2 liqo' tapi usaha itu walaupun sedikit semoga memberi impak terhadap pembangunan jiwa dan akhlak para mahasiswa/i. Memang patut pun datang program ni utk pencerahan dan mempelajari cara2 atau uslub2 dlm berdakwah ni. Benarlah kata: "Seorang pemimpin itu perlu dipimpin dan terpimpin terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain."

Hurm...ada juga la pendedahan tentang isu2 sosial dan masalah di sebalik tabir pelajar2 USIM ni yg ada dlm kalangan mereka yg terjebak dgn perkara2 yg tak sepatutnya dan bercaggah dgn syariat. But not to story about that. Banyak juga tips yg dikongsikan oleh para fasilitator dan penceramah2 jemputan tentang uslub dakwah. Tentang bagaimana nak handle usrah atau liqo' ni. Bermula dari pertemuan pertama dan seterusnya. Bagaimana nak menjadkan liqo' kita menarik utk dihadiri oleh para responden iaitu adik2 liqo' di bawah pimpinan kita. Bagaimana nak deal dgn adik2 yg pelbagai watak berbeza. Haaa...macam2 lg la..lebih kurang macam kami brainstorming, exchanging ideas and finding solutions for all the problems and issues.

Alhamdulillah, setakat tiga kali pertemuan yg sy buat dgn adik2 liqo' masih dlm kawalan walaupun belum mampu mengumpulkan kesemua sembilan orang mereka di setiap liqo'. Syukur sebab rupa2nya ada rakan2 rais dan raisah lain yg tak dpt menghubungi adik2 liqo' masing2. Ada yg tak respon mesej la dan macam2 lg.

Bagi sy sendiri, sy suka meminta pendapat dan bertanyakan pengalaman senior tentang cara mereka handle liqo'. Liqo' atau usrah ni tak semestinya kena skema walaupun ada modul yg telah disediakan, tp eloklah dibuat secara santai agar ahli2 liqo' kita tak bosan. Contohnya melalui aktiviti riadah, makan2, atau jalan2 ke...Haaa...Jangan la duk buat macam lectruer bg kuliah. Kita buka kitab, mereka tadah telinga. Habis baca dah...Jadi, elemen kreativiti sgt penting dan cuba beri kebebasan atau pilihan kpd adik2 tentang apa yg mereka ingin dan perlukan. Cuba ketahui dan kenalpasti masalah mereka. Itu yg cuba sy lakukan dlm liqo' sy. Lebih mudah utk sy berkongsi pendapat dan pengalaman memandangkan mereka dari fakulti yg sama dgn sy.

Ok, itu sedikit sebanyak pengisian minda dan rohani. Ni nak masuk pengisian fizikal. Akal yg sihat dtg dari badan yg sihat kan. Jadi, aktiviti yg paling menarik bg sy ialah jungle trekking. Hihi...bukan apa, ni la pengalaman kali pertama bg sy dan mana tahu yg terakhir juga. Wallahua'lam. Memang seronok walaupun penat. Teragak2 juga nak panjat ke tak Bukit Unggul tu sebab ada sedikit masalah kesihatan. Tapi, dah orang lain semua naik takkan la sy nak tinggal sorang2 kot. Lagipun tak salah kan mencuba...Gambar sepanjang pendakian:

Hutan rimba. Subhanallah.
Dan2 tangkap gambar sambil berjalan. Tengah landai ni..hehe..
Terhenti seketika. Dah la curam kat sini. Huh..Exhausted . 
Still nak ambil gambar walaupun sedang tercungap2 =_="
Pendakian diteruskan. Ambil gambar orang2 di belakang. Hehe
Kami mula mendaki lebih kurang dlm pukul 6.00 petang dan dijangka boleh turun dlm pukul 6.30. Tapi, tak seperti yg dijangka dek kerana masing2 sibuk duk ambil gambar ketika berada di puncak.

Menuju puncak. Yeay!!! Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar!!
Masing2 dgn kamera masing2. Mengabadikan kenangan.
Pencawang elektrik sbg latar. Cantik kan...Hik3
Riadah tak berakhir di situ. Esoknya ada aktiviti explorace pula. Haa...ada pula moment yg melucukan. Ada ke patut sy antara salah seorang yg terpilih utk melakonkan karakter bermasalah dlm group. Tujuannya nak tengok bagaimana ketua mainkan peranan dlm menangani ahli kumpulan yg bermasalah tu. Haha..I'm totally failed dlm task yg diberikan. Diorang bg la kalau2 nak ajak kawan jointventure buat masalah. Masalah sy yg memang tak reti berlakon ni ialah apabila sy cuba membuat pakatan dgn kawan yg sama2 tak pandai berlakon. Siap takut lg. Ye la kan...orang yg susah nak buat2 nakal ni, muka macam innocent tetiba kena buat task macam tu. Group lain semuanya boleh dikatakan menjadi lakonan si pelakon terpilih. Group kami, memang sy bagitahu la lepas tu bila kena buat ulasan, yg sy memang tak pandai berlakon, dan diorang tersalah pilih. Adoi2...lucu la...malu pun ada.. 

Sesi taklimat explorace.

Apa2 pun memang best la. Pengalaman yg takkan dilupakan. Sekadar itu dari sy. Ingat Allah selalu. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!