Saturday, 29 December 2012

Yang Selalu Aku Bayangkan...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Entah kenapa ringan sahaja jari-jemariku ini menari2 di papan kekunci ini. Sedang masih dlm sedar masih banyak kewajipan yg belum diselesaikan. Tapi entah, rasa sgt nak menulis, berkongsi cerita ini. Sebelum tu, bg yg suka baca kuat2, sila tukar kpd mode 'silent' terlebih dahulu. Huhu... Untuk kali ini kubahasakan diriku 'AKU'.

Apa ya yg selalu aku bayangkan? Hurm...entah..kita tiada hak utk menulis takdir hidup kita. Itu semua ketentuanNya. Kita hanya mampu merancang utk capai sesuatu yg kita hajat dan inginkan dlm hidup ini. Pun masih bukan kita yg menentukan perancangan itu terjadi atau tidak. Kalau jd pun itu perancanganNya. Kalau tak lg la bukan perancangan kita. Ya...semuanya kembali pd Tuhan, pemilik asli segalanya. Patut malulah kita menumpang hidup di dunia ini. Sudah la menumpang tak tahu pula utk bersyukur. Asyik merungut pabila diuji. Astaghfirullah Al-Azhim...

Sahabat2ku sekalian, bukan aku maksudkan kalian. Tapi diri kerdil ini terutamanya. Sampailah usiaku kini 21 tahun masih kurasakan diriku di awang2an. Tiada hala tuju. Cuba buat perancangan utk masa depan. Tapi, terpaksa aku hentikan bilamana aku mula sedar yg hidup ini bukan utk dikalau2kan. Diletakkan garis masa yg pd tarikh sekian2 aku nak capai itu dan ini. Nak buat itu dan ini. Aku jemu menyimpan angan.

Alkisah, dulu sewaktu kecilku, masih mentah ketika itu, masih seorang kanak2 sekolah rendah, aku menyimpan angan dan cita2 utk menjadi seorang saintis. Terasa hebat profesion itu. Ya, melihat pd bunyinya saja boleh membuatkan orang sekeliling kagum, biarlah tak tahu hakikat sebenar perkataan itu. Asal ada 'IST' di hujung perkataan sudah terserlah kehebatannya.

Tapi, semua itu hilang dari pelamin anganku pabila aku mula meningkat dewasa. Aku mula mendapati bidang sains itu sgt sukar. Aku dapat rasakan yg aku meminati bidang kemahiran. Apa2 sahaja. Aku juga meminati sesuatu yg bersifat kesenian dan sastera. Aku meminati bahasa. Ya... sudah Allah tuliskan untukku. Walaupun aku mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran dlm bidang sains, hatiku ringan memilih bidang agama, sedikit sebanyak dpt juga aku mendalami bahasa yg kucintai. Subjek kesukaanku di sekolah dulu, BAHASA ARAB. Terubat duka walaupun tak dpt benar2 memasuki bidang bahasa syurga itu, memadailah. Memandangkan bahasa pengantar yg aku guna sehari2 adalah Bahasa Arab, dptlah aku tingkatkan penguasaan bahasa itu. Alhamdulillah.

Ya, cakap soal perancangan hidup, menginjak ke fasa siri 20-an ni, memang aku dan rakan sekeliling sudah mula sibuk berbicara soal JODOH. Haha...sampai muak la asyik tengok status di FB tentang nikah kahwin ni. Ada juga dlm kalangan rakan2 sekolahku yg sudah mula memasuki alam pre-marriage, menjadi tunangan orang. Mudah2an mereka selamat menuju ke alam perkahwinan nanti. AKU??? Selalu juga ditanya oleh orang, baik kawan2ku, kawan adik2ku, adik-beradikku, dan lain2. Sudah mula la bertanya bila aku nak kahwin. Huh...susah nak jawab. Maklum la menjadi adat dlm adik-beradikku kahwin awal. Sekarang kakak2ku semuanya sdh berkahwin dan memiliki cahaya mata. Seorang abangku pun sudah berkahwin. Kira dah macam sampai giliran aku pula la kan.

Hurm...bukan aku tak fikir soal ni dan bukan taknak fikir. Sampai masa aku perlu fikir. Sebelum ni aku pernah mengatakan kpd kawanku kononnya paling lewat aku nak kahwin pd usia 23 tahun. Bg aku waktu tu, usia selepas 23 sudah agak lewat. Tapi sekarang, aku mula sedar, bukan mudah itu semua. Ibu bapaku tidak pernah mendesak aku, meskipun terkadang aku berasa agak janggal dan malu berdepan dgn ibu2 muda ni termasuklah kakak2ku sendiri. Entah, tiba2 rasa rendah diri. Sampai nak dukung budak kecil pun tak reti. Huhu...bab yg aku paling fail. Aku suka main dgn budak2, tp nak uruskan agak kurang kemahiran.

Makanya, aku akhirnya memutuskan utk tidak membuat apa2 perancangan ke arah itu. Mungkin aku akan jawab ya pabila ibu bapaku usulkan kepadaku nanti. Biarlah apa orang sekeliling nak kata apa, aku relakan. Mungkin orang akan kata jodoh perlu dicari bukan dinanti, ya mudah sahaja jawabku nanti, "Aku serahkan kpd ibu bapaku mencarikannya untukku." Untuk mencari sendiri, tidak sama sekali. Siapalah aku. Aku sendiri sudah meletakkan limit utk tidak berkawan rapat dgn mana2 lelaki, cukup sekadar memenuhi tuntutan bekerja dlm satu kumpulan. Selebihnya biasa2 sahaja. Memang aku tak pandai berkawan dgn lelaki. Hatta kawan sekelas pun sgt jarang utk aku berkomunikasi dgn mereka. Kelihatan macam seorang yg sempit pemikiran tak? Tidak mengapa, masing2 dgn cara masing2 asal tak melanggar syariat, aku masih selesa.

Haa...sudah jgn terbuai pula berbicara tentang perkahwinan ni. Ia bukan pentas percubaan, tapi realiti yg perlu diharungi selari dgn batasan syariat. Perlu kesabaran, butuh pengorbanan dan rasa bertanggungjawab. Jangan cinta nafsu yg mengenderai kita ke alam itu. Biar kesucian cinta Ilahi mengiringi bahtera itu nanti. Biar orang yg rela terima kita apa adanya. Sanggup susah senang bersama.

Cakap soal susah senang dlm berumahtangga, baru2 ini aku berbual dgn kawanku a.k.a kakakku juga tentang siapa bakal suami kami nanti. Haha...lawak tak. Memang aku selalu terfikir, membayangkan siapa la suamiku nanti, sanggupkah dia menghadapi karenahku yg agak kurang berani ni. Tak pandai sgt nak berdikari, bergerak ke sana ke mari. Akak tu cakap: "Dia kena la sanggup." Mudah2an aku dapat lelaki yg macam tu. Selalunya seseorang itu jika diperhatikan, biasanya jodohnya dgn orang yg berbeza karakter dgnnya. Kalau si lelaki pendiam, selalunya si isteri banyak cakap atau sebaliknya.

Ok. Tutup soal jodoh. Ada lg perkara lain yg aku selalu bayangkan. Soal penting yg juga pasti dilalui oleh setiap insan yg hidup di bumi ini. Memang nyawa itu pinjaman. Maka, soal KEMATIAN juga selalu singgah di fikiranku. Adakala hadir dlm mimpiku, yg mana kadangkala aku sangkakan aku sudah mati. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan utk bangun meneruskan hidup, beribadah kpd Allah, menunaikan kewajipan yg tertangguh dan yg perlu dilaksanakan sehari2 bg meneguk secebis rahmat kasih sayang Tuhan. Ya, selagi sempat.

Selalu juga terfikir, terbayang bagaimana masa depan hariku kelak. Adakah terus dlm keadaan sihat, bisa kumelangkah ke sana ke mari. A'uzubillah daripada penyakit dan musibah. Terus bersyukur dan bermohon agar terus diberi kesihatan. Dalam masa yg sama mempersiapkan jiwa utk hadapi apa2 kemungkinan. Tuhan, berilah aku kesempatan utk paling tidak berbakti kpd kedua orang tuaku. Membalas jasa baik mereka. Jangan pula aku pula yg menyusahkan dan membebankan mereka. Cukuplah sudah apa yg telah mereka korbankan untukku.

Ini lagi satu. Tentang PERSAHABATAN. Aku juga selalu memikirkan, membayangkan bagaimana nanti selepas tamat pengajianku. Apakah masih akan dapat bertemu atau paling tidak berhubung. Atau sepi tanpa berita. Kalau sepi, akulah tu. Kenapa pula??? Hehe...sengaja. InsyaAllah ukhuwah akan kupelihara. Sekarang masanya kusemai, kutabur baja, kusiram supaya nanti mekarnya kekal segar, malu utk layu. Biar nanti perpisahan tiba. Kenangan pasti menggamit memori. Ya, sahabat2 sekelilingku byk mempengaruhi aku. Akan siapa AKU, apa jadinya aku, mereka sedikit sebanyak membentukku, menampan jati diriku. Mengukuhkan keyakinanku, menjadi lebih berani. Biar dulu aku seperti seorang yg sgt pengecut. Kini aku banyak belajar. Belajar dgn mereka, sangat mendewasakan, meski belum cukup matang.

Ya, nanti juga kami bakal membawa haluan masing2. Memilih jalan hidup yg hendak dilalui. Jalan yg masuknya dari simpang yg berbeza, tapi satu matlamatnya, hujung sampainya, menuju redha ALLAH. Walaupun bidang yg bakal dimasuki itu nanti luar daripada apa yg dipelajari, atau kelihatan tidak setaraf dgn kelulusan yg ada, biar itu semua hak Allah utk menentukan takdir kita. Berusahalah dan pilihlah dgn matang. Rezeki Allah ada di mana2. Selamat maju jaya semuanya dunia dan akhirat. Aku sayang kalian kerana Allah.

Agak panjang dan meleret2 bicaraku malam ini. Biarlah buat tatapan diriku sahaja. Mungkin coretan ini akanku lihat lg nanti pd masa akan datang. Tatkala itu entah siapakah AKU. Adakah sama seperti yg kubayangkan? Ku pinta yg baik2 sahaja drpd Tuhan. Rabbi yassir wala tu'assir ya kareem. Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina azabannar. Ameen. Sekian. Wassalam ~~

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!