Tuesday, 2 October 2012

Fiqh Mawarith Yang Menyeronokkan!!

Assalamualaikum. Salam menjelang zohor. Nampak macam sy ni rajin sgt update blog kan...hehe...selagi tak jemu baik update. Sebenarnya nk release penat jap. Cari bahan tak jumpa2...not much to share. Pagi td kami belajar subjek Fiqh Mawarith. Sy tak nafikan sy dah jatuh cinta dgn subjek ni. Seronok main kira2. Boleh tajamkan balik kemahiran mengira dan mencongak yg dah tumpul. I do love mathematics!!

Hurm....sebelum tu kawan2 tahu tak apa yg dimaksudkan dgn Fiqh Mawarith ni? Fiqh Mawarith ni dari segi bahasa atau lughahnya ialah ilmu yg membincangkan tentang pewarisan harta. Secara ringkas dan mudah utk difahaminya ialah ilmu ini membolehkan kita tahu siapakah golongan2 yg berhak mewarisi harta si mati selepas ketiadaannya. Mereka terdiri drpd golongan lelaki dan perempuan. Harta2 itu pula boleh dibahagikan secara fardh atau asobah mengikut darjat seseorang dalam susunan pewaris. Fardh telah ditetapkan kadarnya di dlm Al-Quran berbeza dgn asobah yg kadarnya bergantung kpd lebihan harta yg tinggal selepas selesai dibahagikan kpd golongan2 yg mendapat fardh td. Boleh jd dlm sesetengah keadaan pewaris yg asobah mendapat semua harta yg ditinggalkan.

Golongan pewaris terdiri daripada:
1) Suami atau isteri
2) Al-usul (iaitu ayah, ibu, dan ke atas)
3) Al-furu' (iaitu anak-anak dan ke bawah)
4) Al-hawasyi (iaitu adik-beradik dan bapa-bapa saudara dan ke bawah)

*Al-usul, al-furu' dan al-hawasyi mestilah dr keturunan lelaki.

Setakat ni sahaja yg dpt sy kongsikan dgn kawan2...mesti ada dlm kalangan korang yg dah belajar jugak kan...belajar tu jgn belajar saje tau. Ambillah iktibar dan hikmah di sebalik kadar dan hak yg telah ditentukan Allah di dlm kitabnya. Ternyata kelihatan sifat keadilan Allah itu sesuai dgn keperluan dan tanggungjawab yg dipikul oleh seseorang hamba itu, baik lelaki mahupun wanita. Seperti biasa sy akhiri dgn sebuah lg karya sy iaitu puisi yg bertajuk 'JANJI SEMALAM'. Selamat menglipur hati dgn mengingati Tuhan ya. Wassalam ^^


JANJI SEMALAM

Hatiku seringkali gelisah,
Ketandusan rahmatMu Ya Allah,
Setiap kerjaku rasa tak indah,
Hambar tanpa hilwah,
Selepas satu persatu tiada sudah,
Semua kurasa susah, payah,
Mulalah terbitnya gundah,
Lantas kucuba pasrah,
Tetapi kukalah,
Gagal melawan amarah,
Hilang punca dan arah,
Akhirnya datang rasa bersalah.

Kucari-cari mana khilafku,
Yang  sering meracun kalbu,
Mungkin di sini juga di situ,
Cuba kurungkai setiap satu,
Mungkin sukar Kau kuburu,
Tak mengapa sememangnya Kau tahu,
Hamba semacam aku,
Betapa hina di depanMu,
Tak layak peroleh cinta RahimMu,
Mana mungkin hendak dibantu,
 Jika aku tak adil denganMu,
Sering leka di tiap waktu.

Kali ini entah buat ke-berapa kali kuikat azam,
Ingin kutinggal dusta semalam,
Menghimpun sejuta quwwah di dalam,
Agar nantinya ku tak disulam,
Indah dunia yang asyik tetapi kelam,
Nafsu insan kan mudah terdiam,
Turutkan sahaja kehendak yang terpendam,
Akan kucuba kotakan janji semalam.


7:57pm 17/10/2009

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!