Tuesday, 2 October 2012

Selagi Sempat

Assalamualaikum wbt. ِِِAwal pg td sy ada baca satu post di facebook yg pd sy ianya amat menyentuh perasaan. Ia di'post' oleh seorang junior sekolah sy. Tentang apa?? Tentang seorang ibu. Dia berkongsi kisah ibunya sewaktu sakitnya. Lima tahun ibunya menderita penyakit misteri. Misteri kerana fizikilnya kelihatan baik tp pd hakikatnya ibunya itu sedang menderita batinnya menanggung kesakitan. Akhirnya ibunya meninggal dunia menyahut seruan Ilahi pd Ramadhan yg lalu tanpa berkesempatan meraikan hari pernikahannya. Amat menyentuh hati sy tatkala dia menceritakan jasa2 dan pengorbanan ibunya dan bagaimana dia sempat menjaga ibunya ketika sakit. Ya Allah...berpeluangkah sy utk berbuat spt saudaraku itu? Berkhidmat dan menabur bakti kpd seorang ibu. Ya memang kita tak mampu membalas jasa2 ibu tp setidak2nya memberi mereka layanan yg selayaknya di tempat seorang ibu.

Nah...seorang ibu itu meskipun adakalanya pd kita asyik membebel tp jika kita fikir semula, itu adalah bertujuan utk mengigatkan kita supaya tak terlupa melakukan apa yg sepatutnya. MashaAllah..betapa besarnya jasa seorang ibu mampu menjaga anak2nya ketika kecil tanpa jemu sehingga dewasa, lebih-lebih lg jika yg mempunyai anak2 yg jarak usia mereka selang setahun. Menukar lampin, memandikan, menyuapkan makanan, mendodoi anak2nya sehingga tidurnya. Tp seorang anak pabila dewasa tidak sabar mendengar nasihat si ibu. Mudah memberontak, menarik muka masam, meninggikan suara, terasa hati dgn ibunya. Ya Allah..banyaknaya dosaku Tuhan. Ampunkan akak ummi kerana tak akak nafikan adakalanya anakmu ini pernah terasa hati dan terkasar bahasa meskipun tanpa sengaja.



Ayuh teman2 sama2 kita bermuhasabah agar kesempatan yg ada tak kita sia2kan utk berbakti dan menyayangi ibu bapa kita. Sebagai akhirnya, ingin sy kongsikan sebuah puisi yg sy tulis pd tahun 2009. Ketika itu sy masih berada di pengajian peringkat asasi atau di tempat belajarku ini dipanggil 'tamhidi'. Terhasil drpd kisah sy sendiri yg mungkin juga sama dgn kisah kalian. Maka sy berikan judulnya 'KISAHKU KISAHMU'. Selamat membaca. Wassalam.



KISAHKU KISAHMU

Sahabatku,
Dengarlah kisahku ini jikalau  sudi,
Kerana kutahu kisahku ini kisahmu jua,
Jelasnya kita serupa,
Mengharap redha dan damba cintaNya.

Pada suatu hari aku seakan tertekan,
Bimbang tiada berkesempatan,
Menyelesaikan segala tuntutan,
Assignment yang bertimbunan,
Kepalaku pusing memikirkan,
Apa akan kupersembahkan,
Pada hari keesokan.

Puas rakan-rakan kuhubungi,
Bertanya bagaimana harus kutepati,
Segala tuntutan ini,
Untuk hiwar belum sedia lagi,
Speaking apatah lagi,
Langsung ku tak ready,
Macamana ni…,
Gusar rasa di hati,
Esok nak hadap guru sendiri,
Siapalah yang boleh tolong aku ni.


Sampai di kolej aku bertambah debar,
Bertambah-tambah pula gusar,
Sedar-sedar air mata macam nak keluar,
Ibuku suruh aku bersabar,
Pasti ada bantuan luar,
Mungkin kita tak sedar,
Selepas itu ibu bapaku pun beredar.

Kemudian aku masuk ke dalam kamar mandiku,
Air mataku semakin laju,
Hendak ditahan tak kumampu,
Tatkala itu baru kuteringat pada Yang Satu,
Tuhan Yang Maha Membantu,
Aku sedari akan kesilapanku,
Mengapalah aku lupa selalu,
MengingatiNya hanya bila perlu,
Sekali ujian datang padaku,
Sekali itulah ku mencari ar-Robbu,
Selepas itu kubuat tak tahu,
Aku berkata di dalam hatiku,
Mula meminta maghfirah Tuhanku,
Ya Tuhan ampunkan aku,
Aku mula memohon tanpa malu,
Ya Allah bantulah aku,
Mudahkan urusanku.
Tahu apa berlaku selepas itu?
Aku terima khabar dari kawanku,
Katanya untuk hiwar sudah ada maklumat diperlu,
Rasa lega terbit di kalbu,
Tak lupa syukur Ya Tuhanku,
Aku yakin bahawa Dia yang membantu.

Esok harinya kuhadiri kelas,
Hatiku hilang sedikit rimas,
Aku cuba sedaya menghilangkan cemas,
Syukur satu persatu presentation kulepas,
Terasa mudah dan pantas,
Segalanya berlalu dalam sekilas.

 Terima kasih Tuhan atas bantuan,
Hanya Engkau tempat kuharap pertolongan,
Kini kusedar Kau tiada bandingan,
Kuasa Kau mengatasi insan,
Terima kasih Tuhan. 



11:34am 1/09/2009

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!