Tidak sy nafikan pentingnya wang utk melangsungkan kehidupan berumahtangga. Akan tetapi masa dan kasih-sayang juga punya harga yg sgt tinggi dlm pembinaan keluarga bahagia. Ibu bapa seharusnya pandai mecari masa utk diluangkan bersama anak2 biar sesibuk mana pun mereka. Amalan solat berjemaah akan menyerlahkan lg kepimpinan seorang bapa sbg ketua keluarga dan rasa hormat anak2 kpd ibu bapa. Masa yg diisi bersama walaupun singkat akan meninggalkan kesan dlm jiwa anak2 yg dahagakan tumpuan dan kasih-sayang ibu bapa.
Sy memulakan perbincangan dgn peranan solat berjemaah bg menggariskan pentingnya nilai2 agama diterapkan dlm sesebuah keluarga. Sy sgt kecewa melihat segelintir masyarakat yg merancang utk menghantar anak2 mereka yg masih kecil ke kelas2 muzik, tarian, berenang, mempertahankan diri dan kelas2 bahasa spt bahasa Inggeris. Semuanya utk mempersiapkan anak2 utk mengharungi dunia yg mencabar. Tp tidak pula mahu menghantar anak2 itu belajar fardhu ain, solat dan ilmu2 asas dlm Islam.
Padahal utk menempuh akhirat itu lebih2 lg cabarannya kerana perlu merentasi alam duniawi yg penuh dgn ujian dan halangan. Halangan drpd kita dpt memenuhi tuntutan agama lantaran terjatuh cinta dgn dunia. Sy bimbang ada dlm kalangan org2 tua yg lega melihat kejayaan anak2 dlm pelajaran dan kerjaya sehingga mampu hidup dlm kemewahan dan kesenangan. Terasa berbaloi kesusahan mereka dahulu. Anak2 mereka yg kaya itu mula membalas jasa ibu bapa dgn membelikan macam2 kpd si ibu dan bapa. Dibawa berjalan ke sana ke mari. Waktu sakit dijaga dgn rapi.
Malangnya si anak kurang menjaga agamanya. Solat tidat teratur. Anak2 dan isteri dibiarkan tidak menutup aurat. Hiburan jadi makanan berlebihan. Waktu solat pun masih lg menonton tv sehingga ke lewat malam. Disiplin beragama tidak wujud dlm rumahtangga. Anak2 keluar masuk rumah tidak tentu masa.
Na'uzubillah min zalik. Minta kita dijauhkan dr kelalaian hidup di dunia. Jgn sampai leka dan alpa. Sama2 kita merancang dunia utk akhirat. Salam muhasabah :)
KAYAKAN DIA DENGAN
KASIH-SAYANG
Dia bukan berharta
miskin pun tidak
Cuma baginya
cukuplah apa yang ada
Bimbang nanti
tatkala dihisab
Tentang apa dia
kerjakan
dengan aset-aset
dunianya itu
"Tidak salah
menjadi hartawan,
Jika diri sangat
dermawan,
Menguruskan harta
mengikut tuntutan,
Agama tidak sekali
diabaikan."
Baginya biarlah
dia kaya dengan kasih sayang
Kerna telah dia
saksikan
Bagaimana mengejar
dan mengumpul harta
sangat
memporak-perandakan
Solat yang dulunya
khusyuk jadi hilang kelazatan
Solat berjemaah yang kerap diamalkan mula dipinggirkan
Hubungan
kekeluargaan juga mula berantakan
Lalu dia menangis
sendiri di dalam hati
Memohon kepada
Tuhan
Agar meletakkan
nokhtah pada kedukaan itu
Agar kasih sayang
tersiram kembali
Jauh dari kasihkan
duniawi
Kembali mengejar
ukhrawi
Moga berakhir
kemiskinan hati
Oleh: Dia
12.06am 24/9/2012

0 comments:
Post a Comment