Friday, 5 October 2012

Anda Apa Yang Anda Makan, INGAT...!!

Assalamualaikum wbt. Keifa halukum? Alhamdulillah bersyukur kpd Tuhan kerana masih memberikan kesempatan kpd kita utk terus menghirup udara ciptaanNya yg segar lg nyaman. Pd hari ini sy ingin kongsikan dgn teman2 tentang MAKANAN.

Mesti kawan2 semua suka makan kan? Ya, kita semua perlu MAKAN utk terus hidup, bukan hidup utk MAKAN! Percaya tak jika sy katakan 'Kalian adalah apa yg kalian MAKAN'? Maksudnya di sini adalah apa2 sahaja yg anda makan akan membentuk komposisi badan ada dari aspek jasmani dan rohani. Jadi pemilihan makanan amatlah penting. Allah berfirman dlm kitabnya:


Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al-Maaidah:88)




Jika tanaman yg tumbuh dgn subur dan membugar datangnya drpd baja yg baik, penjagaan yg rapi, nah...begitu juga dgn peribadi seseorang itu. Jika makanan yg diambilnya dipastikan status HALAL lagi BAIKnya. Ianya termasuklah aspek keBERSIHan dan keSELAMATannya bermula dari proses penanamannya sehinggalah tatkala ianya disajikan buat santapan sg manusia, insyaAllah akan terhasillah sosok insani yg terpuji. Ayat Allah di atas sudah menjelaskan bahawa makanan yg halal lg baik bisa melahirkan insan yg bertaqwa. 

Dari aspek HALALnya makanan itu wajiblah bebas drpd unsur2 khinzir dan unsur2 lain yg diharamkan memakannya spt haiwan2 bertaring, haiwan2 pengotor, haiwan2 yg menyambar dan lain2nya yg berbahaya. Kebanyakan umat Islam sudah maklum tentang perkara ini tetapi bgmna pula dari aspek BAIKnya?? Pekakah kita?

Ya...dari sudut saintifik pon makanan itu apabila masuk shj ke dlm perut, ianya akan melalui proses2 yg akhirnya akan menghasilkan bahan rembesan, toksin2 dan yg paling penting apabila makanan itu mendarah-daging dlm diri manusia bg membantu pembinaan sel-sel dlm tubuh. Subhanallah...Maha Sucinya Tuhan! Diciptakan pelbagai makhluk agar saling memanfaatkan antara satu sama lain.

Berbalik kpd peranan makanan dlm melahirkan insan bertaqwa, berperibadi mulia dan berjati-diri, saban hari kita menyaksikan pelbagai gejala sosial dan keruntuhan akhlak dilaporkan dan dipaparkan di dada2 akhbar, media elektronik dan internet. Pernahkah kita terfikir akan apakah punca semua itu berlaku? 



Ya...sudah tentu kita sering menuding jari kpd golongan ibu bapa jika pelaku kerja tidak bermoral itu terdiri dlm kalangan remaja. Lalu bgmna pula dgn mereka yg terlibat dlm gejala rasuah, menggelapkan duit dan mengamalkan riba? Rata2 mereka terdiri dlm kelompok professional yg mempunyai tahap IQ yg tinggi. Bagaimana pula dgn manusia2 di jalanan yg berpekerti rendah, tidak menjaga adab, panas baran dan sebagainya?? 

Pernahkah kita terfikir dr manakah datangnya makanan yg kita makan sehari-hari? Apakah kandungannya? sejauh manakah tahap kebersihan dlm proses penyediaannya? Bagaimana ia dikendalikan? Adakah sewenang2nya diletakkan di atas lantai utk memudahkan kerja terutama dlm industri berkala besar? Adakah ia dihasilkan drpd bahan2 sisa? Adakah dicampurkan di dalamnya bahan2 kimia? 

Ayuh sedarlah kita adalah END USER kpd sesuatu produk yg dgn mudah hanya perlu ke pasaraya dan mencapainya dr rak, lalu dimasukkan ke dlm troli, kemudian dibawa troli itu ke kaunter, dan akhirnya kita keluarkan kepingan2 not berwarna-warni utk diberi kpd juruwang. Belum lg masuk bab bgmna kita mengendalikan makanan itu di rumah atau dapur kita. Adakah kita tak kisah utk membasuh terlebih dahulu sampul atau paket makanan yg kita beli? Adakah kita basuh tin-tin bahan makanan segera yg kita beli? Ianya kelihatan remeh kan? 

Tetapi apakah yg harus kita sangkal lg akan keberkesanan amalan 'BASUH BARU GUNA' ini sedangkan sudah kedengaran baru2 ini isu orang meninggal disebabkan bakteria yg dtg drpd kencing tikus atau dlm istilah saintifiknya leptospirosis. Saranan diberikan agar dibasuh terlebih dahulu tin2 makanan dan minuman sebelum menggunakannya.


Terlalu banyak isu yg boleh dibincangkan tentang penyediaan dan pengendalian makanan sehinggalah saat2 ia dimasukkan ke dlm tubuh badan kita. InsyaAllah jika ada kelapangan ingin sy kongsikan lg. Utk mengakhiri entri sy kali ini terimalah pantun ini:

Nasi ayam dan nasi lemak,
Coca-Cola dan Seven Up,
Ingat-ingat pesan emak,
Makanan mempengaruhi sikap.



0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!