Sunday, 7 October 2012

BERADABlah Jangan BIADAB!!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dpt lg sy mengupdate blog hari ni. Hari ni mula dgn wajah baru blog sy..      Manusia memang tak pernah puas.Begitu juga sy..rasa ruang entri agak terhad dan sempit, jd sy bertukar kpd template yg sedia ada. Harapnya tak kelihatan terlalu serabut dan puas dgn ruang yg agak luas. Hehe...

Sy takde idea apa yg nak dikongsikan dgn kawan2 utk hari ini. Lepas fikir2, sy teringat tentang peristiwa yg berlaku pd minggu lepas di dlm kelas tutorial sy. Di dlm satu sesi kelas tutorial. Bermulanya apabila seorang warga kelas sy bertanyakan soalan kpd ustaz. Dia kelihatan masih kurang faham akan apa yg ustaz terangkan dan dia terus bertanya sehingga beroleh kefahaman yg sebenarnya. Tiba2 ustaz bercakap tentang adab menuntut ilmu atau berguru.

Ustaz kata: "Kamu kalau tak faham dan bertanya dgn guru jgn nak tegakkan pendirian kamu tentang apa yg kamu faham." Begitu lebih kurang maksud kata2 ustaz. Agak berdebar dada sy waktu itu bimbang kalau2 soalan kawan kami yg bertanya bertubi2 itu mengguris hati ustaz. Alhamdulillah ustaz kata bukan dlm kalangan kami. Lega sedikit rasa hati waktu tu.




Pointnya di sini, ustaz berpesan kpd kami agar merujuk kpd guru atau ustaz apabila tidak memahami apa yg dibaca dlm kitab2 mahupun buku2 versi terjemahan. Mungkin shj kita tersalah faham lantaran bahasa Arab yg digunakan sbg bahasa pengantar buku itu bukan bahasa kita. Atau shj boleh berlaku typing error dlm buku2 yg diterjemah. Ustaz menceritakan pengalamannya yg sudah 10 tahun belajar dlm bidang tersebut, mana mungkin dia tersilap kerana itu yg difahaminya berdasarkan rujukannya dlm buku2 dan guru2nya.

MashaAllah...begitu sekali Allah ingin menguji kesabaran seorang guru. Sehingga ustaz memberitahu kami bahawa dia telah terguris dgn perbuatan pelajarnya itu yg tetap ingin mempertahankan apa yg difahaminya drpd pembacaannya dlm sebuah kitab. Sengaja ustaz ingin meluahkan perasaannya kpd kami. Huhu...touching....

Ustaz kata, "Bila kamu dah ada anak atau dh jadi guru nanti baru kamu tahu bagaimana perasaannya jika anak atau murid kamu buat kamu begitu." Huhu....syahdunya...ayat yg sama biasa diungkapkan oleh ibu bapa sy, dan mungkin juga ibu bapa kalian.




Kesimpulannya, sbg seorang pelajar dan anak, kita mestilah tahu cara2 utk berhadapan dgn orang yg lebih tua, berilmu, dan jauh lebih berpengalaman drpd kita. Biarlah setinggi mana ilmu kita, banyak mana buku kita dah tadah, sejauh mana kita faham, sampai saat kita berhadapan dgn mereka jgnlah kita berkeras dgn pendirian kita. Sekalipun adakala kita tidak setuju atau sdh tahu tentang ilmu itu, anggaplah itu sbg menambahkan lg kefahaman kita. Mudah2an bertambah keberkatan ilmu tersebut. Wallahua'lam.

Ni antara adab2 menuntut ilmu:


Di sini sy kongsikan untaian MADAH TERINDAH buat penglipur hati dan iktibar. Wassalam. Salam Muhasabah.



MADAH TERINDAH

Indahnya bersahabat,
Walaupun terpisah tersa dekat.

Indahnya keluarga,
Hidup bagai berada di syurga.

Indahnya cinta,
Dari Tuhan pasrah menerima.

Indahnya berilmu,
Walau sedikit diamal selalu.

Indahnya syariat,
Sentiasa dijaga setiap saat.

Indahnya kekayaan,
Dilabur segalanya di jalan Tuhan.

Indahnya umat,
Pabila di hati tiada kesumat.

Indahnya Islam,
Dalam hidup adab-adabnya disulam.

Indahnya iman,
Pabila diuji penuh kesabaran.

Indahnya perjuangan,
Jiwa dan harta semua dikorban.

Indahnya dunia,
Apa dikerja akhirat visinya.

Indahnya akhirat,
Pabila dunia dipenuhi rahmat dan berkat.
  

5:10pm 18/12/2009

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!