Friday, 19 October 2012

Biar Penat Asalkan Semangat!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Rasanya sdh beberapa hari tak come out with new entry. Haaa...la baksa. Laisa huwa min dharuriyyat..Hari2 yg dilalui terasa sgt sibuk dan memenatkan. Cuba mengisi masa dgn perkara2 yg berfaedah, mencari pengalaman. Tapi tak mengapa mudah2an dgn terisi masa itu kuranglah hisab tentang mengapa dibazirkan masa2 lapang yg ada. ALLAH...


Kawan2 seronok tak belajar benda baru?? Walaupun terkadang agak menjengkelkan dan menyakitkan hati tapi ia sbenarnya sesuatu yg menyeronokkan. Apa la sebenarnya yg sy nak cerita ye? Haa...Alhamdulillah sy rasa sgt bersyukur kpd Allah kerana stlh beberapa minggu mengusahakan kertas kerja utk program forum kami, akhirnya td, kertas kerja yg tlh siap selamat dihantar ke pejabat utk dibawa masuk dlm meeting pg td. Mudah2an diluluskan la projek kedua kami pelajar food sc FIFA thn 3 ni. Bahagia sgt rasanya kerana penat lelah itu terhenti seketika. Kenapa terhenti SEKETIKA pulak ek? Ye la...insyaAllah jika diluluskan kami kena la proceed dgn kerja2 seterusnya.

Lembu ni pun bersemangat. Haha...

Moga2 berbaloi la penat lelah tu. Kalau nak diimbas2 balik proses membuat kertas kerja bg sy dan kami yg takde pengalaman ni memang sgt rumit. Banyak kali juga kena buat correction. Banyak kali juga kena jumpa dgn ketua program, timbalan dekan dan org pejabat (tak tau jawatan puan tu yg exactly. hehe...). Bila banyak salah, banyak la correctionnye..banyak kali juga kena print. Masa pula makin lama makin suntuk menyebabkan kami agak tertekan. Mana nak deal dgn panelis jemputan, tetamu kehormat, penasihat dan yg sewaktu dgnnya. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan, memberi ilmu baru kpd kami dlm bidang pengurusan.


SERONOK!!! Biarlah kena marah pun asalkan dpt manfaat. Malu kot kena tegur depan senior.  Apa2 pun tak kisah la dah memang manusia ni macam2 ragam, jd kena la terima apa2 aje cara org layan kita. Satu lg benda penting ialah TEAMWORK!! Tak mampu rasanya sy nak buat kertas kerja sorang2. Alhamdulillah kawan2 MT program byk yg tolong. Terutamanya Timbalan Pengarah program forum kami ni. Dialah yg tolong contact2 dan deal2 dgn penceramah luar dan ustaz2. Terima kasih juga kpd pengarah dan bendahari. Lepas ni banyak lg kerja nak kena buat. Terima kasih juga kpd Presiden dan Naib Presiden FSc Mufti Members Gen-6. Rasa bersemangat pula nak buat program lg lepas ni,. Biarlah perit utk kali pertama ni, harap2 ia menjadi mudah utk kali ke-2 nanti.


Yang jd bertambah semangatnya sebab kami dpt sokongan padu drpd Dr Alina. Terharu rasanya atas dokongan Dr Alina. Sudi jd penyelaras program kami ni. Walaupun beliau berada nun jauh di Indonesia, masih setia melayan mesej2 sy pd saat2 akhir nak siapkan kertas kerja, dlm minit2 dan jam2 terakhir. Mana taknya, kami terpaksa menukar nama penasihat dan penyelaras dlm masa sehari sebelum meeting kertas kerja tu nak diadakan. Alf syukr segalanya selesai.




0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!