Saturday, 13 October 2012

Salah ke Cerewet???

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2 pembaca yg sudi singgah di laman blog sy ini. Kalau kawan2 tengok tajuk post sy mesti kawan2 dah boleh agak apa yg sy nk share pd hari ni. So, CEREWET adalah satu perkataan, istilah yg digunakan utk menggambarkan seseorang yg selalu tidak berpuas hati dgn sesuatu perkara. Atau mungkin sy boleh contohkan, dia tidak berpuas hati dgn hasil kerjanya, atau hasil kerja org lain. Agak2nya boleh tak jika sy kaitkan cerewet dgn seseorang yg TELITI? Disebabkan ketelitiannya, kespesifikannya dia sukar atau tak boleh terima hasil kerja yg tak memenuhi cita rasanya atau garis panduan yg sedia ada.

Haha...sebenarnya itulah sikap sy..Memang sy mengaku yg sy agak cerewet. Tapi bukanlah dlm semua perkara. Lebih kpd aspek kekemasan dan keseragaman...haaa..nak2 kalau buat assignment. Siapa yg buat group assignment dgn sy terpaksa la berhadapan dgn kerenah sy yg cerewet ni. Tahap cerewet sy ni sampailah kpd memastikan spacing sentiasa seragam dan jarak huruf selepas tanda koma. Itu adalah standard yg sy letakkan utk setiap assignment sy. Haaa...sakit mata tau kalau sy tengok benda2 kecil yg tak memuaskan hati ni.. Sampaikan nak update dan edit blog ni pun banyak kali kena view.. Setiap kali tak puas hati dan terjumpa 'kecacatan' tu setiap itulah sy akan mengeditnya. Yg banyak2 view tu sy la punye kerja. Bukan pengunjung blog ni pun...hehe.. Cuma dari segi penggunaan bahasanya utk blog ni sy buat agak tidak formal, tak nak la nampak skema sgt walaupun ada sedikit elemen skemanya... Tak nak la guna short form yg melampau. "Saya sayang dan cinta bahasa".


Kawan2 kat luar sana pun mesti ada yg sama macam sy kan??? CEREWET!!! Tp kalau difikir2kan balik, sebenarnya sikap cerewet ni baik ke tak utk kita?? Kalau dlm istilah arabnya, 'mahmudah' ke 'mazmumah'?? Hurm...tapi pd pendapat sy la kan cerewet ni ada 'pros' and 'cons'nya bergantung kpd situasi dan tujuan seseorang tu cerewet. Kalaulah utk buat kerja2 rasmi dan profesional macam assignment kan...cerewet agak perlu supaya kita terbiasa dgn standard yg diingini. Bukanlah nak angkat bakul sendiri tp itulah relevannya. Baru la nampak neat, tidy, and disciplined sikit..

Tapi kalau dlm bab2 berpakaian dan memilih makanan contohnya, kalau terlampau cerewet tak elok juga. Dah kalau duk matching2kan warna baju sampai jd lambat kerja2..Nak keluar boleh tak jd gara2 baju tak matching dgn tudung, dgn seluar atau apa2 je la yg nak di'match'kan. Melampau sungguh tu...Ada ke orang macam tu? Wallahua'lam. Boleh jd ada juga. Kadang2 sy cerewet juga bab ni sampai kena tegur dgn my mum. Haha... tp takde la every single thing nak kena warna yg sama.

Aduh...nak yg mana satu ni??

Hai....semuanya cakap pasal cerewet dlm bab2 DUNIAWI. Bagaimana pula dgn bab2 UKHRAWI kawan2? Kalau la dlm bab2 kebendaan ni kita cerewet, apatah lg dlm ibadah, sy perlu kata, kita perlu cerewet!!! Bukan apa...supaya kita tak ambil sambil lewa je bab2 ibadah ni. Cerewet bab2 material ni sebab kita nak jaga hubungan dgn manusia, supaya sedap dipandang mata, puas hati kita, maka insyaAllah akan puaslah hati orang yg melihatnya. Macam tu juga dgn Tuhan, lebih2 lg la kena jaga. Memang Islam itu agama yg MUDAH, tp tak bermaksud kita boleh AMBIL MUDAH!!

Cerewet dlm bab ni takpe la kan...

Erk, bunyi macam marah je...Tak la..cuma nak highlightkan je agar kita sama2 ingat, tak ambil ringan. Macam la kalau kita bergurau dgn kawan yg memang kita kenal dan tahu yg dia seorang yg tak sensitif atau macam takde perasaan, tak bermakna kita boleh suka2 hati, sewenang2nya bercakap dan berbuat sesuka hati. Sekeras2 hati itu tetap akan bisa cair jika kena pd pointnya. Nak bagitahu yg akan ada limit atau had dlm sesuatu perkara. Jgn sampai kita menjangkaui had tersebut.

Demikian shj perkongsian utk entri ini. Semoga dpt sama2 diambil iktibar drpdnya dlm usaha mengislahkan diri kita. Sama2 muhasah, sama2 menuju Allah :)

Tidak lupa, karya utk dikongsi kali ini. Sebuah puisi, rayuan nurani, penglipur buat hati :


BISIKAN HATI SANG HAMBA

Ya Tuhan…
Kupohon redhaMu dalam meredahi ranjau hidup di dunia ini
Dunia yang telah Kau ciptakan sebagai syurga sementara
Pimpinlah aku Ya Tuhan
Tatkala aku didatangi ujian
Bantulah aku menepis nafsuku yang selalu mendugaku
Jangan Kau biarkan aku yang dhaif ini tersasar
Tersasar dari matlamat hidup yang sebenar

Ya Rabbi…
Aku harus bagaimana lagi
Aku sedar bukan aku tidak mengerti
Bahkan terlalu banyak petunjuk telah Kau suluhkan padaku
Adakah aku masih sangsi?
Akan kekuasaanMu yang tidak terperi
Merealisasikan setiap perkara
Hatta yang sekadar bermain di fikiran
Jelasnya Kau sangat memahami hamba-hambaMu

Wahai Tuhan…
Ku sedar banyak khilaf telah kuulangi
Meski kubertaubat berkali-kali
Aku mengaku mencintaiMu, takut padaMu, malu denganMu
Namun setiap kali Engkau mengujiku
Sukar sekali aku melakukan pembuktian cintaku itu
Apatah lagi berasa takut menghadapMu
Aku malah tidak malu berbuat dosa di hadapanMu
Gejolak nafsuku pantas menandingi niat suciku
Hingga Engkau kupinggirkan
Aku gagal, aku culas, aku  fasik
Di balik indahnya duniawi
Yang menjadi igauan manusiawi
Aku lupa akan janjiMu akan indahnya ukhrawi
Bagi orang-orang yang mengotakan janji
TerhadapMu Ilahi

Ya Allah…
Kau ampunilah daku yang hina ini
Berilah aku peluang untuk membaiki diri
Biarpun pada saat-saat akhir hayatku
Agar udara yang kuhirup
Yang kemudiannya mengepam jantungku
Justeru aku mampu hidup
Tidak tersia-sia dengan toksik-toksik dan racun-racun yang membinasakan


11:29pm  17/5/2011

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!