Cakap tentang prosedur ni, memang agak CEREWET sedikit, kait dgn entri sy yg lepas. Haha...Nak diimbas kembali masa awal2 nak tempah bas, ada je ujian yg dtg lebih2 lg kami yg takde pengalaman ni. Mula2 kawan sy pergi cari cth kertas kerja dr senior2 yg biasa buat program. Dah dpt tu, dia pun edit kertas kerja tu sesuai dgn aktiviti lawatan yg kami nk buat ni. Setel bab tu, sy teman dia pergi jumpa ketua program utk menyemak kertas kerja tu. Cuak rasa nak jumpa ustaz sbb kami tak tetapkan lg guru pengiring.
Huh...lega ustaz sign kertas kerja tu dan suruh kami cari pengiring. Kami dh berusaha cari guru pengiring sblm tu..tp tak berjaya. Ustaz pula bagitahu pd tarikh lawatan kami semua lecturer fakuliti kami, Fakulti Syariah dan Undang2 pergi mengikuti kursus. Lepas tu kami pergi pejabat utk hantar kpd pihak pengurusan fakulti, yg akan pastikan surat tu sampai kpd dekan. Dia juga yg akan luluskan pengangkutan kami tu. Dia kata "pandai pun buat kertas kerja". Sebelum tu kawan sy minta pengangkutan tanpa kertas kerja. Huhu..mana la kami tahu. Puan tu minta nombor telefon kawan sy dan minta kami tunggu sampai dia call utk apply melalui sistem pula. Sistem my arif namanya..macam2...
Haa..bertambah pening kepala. Puan tu tak call2. Jd kawan sy ambil keputusan utk ke pejabat. Ntah dpt pergi ke tak...kami mula berfikiran negatif. Risau pasal pengiring masih menghantui. Macam dah nak menyerah kalah je. Guess what?? Alhamdulillah permohonan diluluskan! Cuma utk masuk dlm sistem kena letak nama pengiring. Sasaran kami waktu tu adlh pengiring dr Fakulti Sains dan Teknologi. Beliau mengajar kami subjek Prinsip Makanan Halal. Kami pun mencuba nasib. Sy pun hantar email kpd Dr yg mengajar kami memohon kesudian beliau utk mengiringi kami. Alhamdulillah, next class dia bagitahu yg dia boleh ikut kami. She's so sporting and supportive!! Love u Dr!!
Dan akhirnya...pd tanggal 13 Oktober 2012 kami pun pergi ke Halfest tu dgn menaiki sebuah bas RIGHT VISION. Bas dan pemandu yg byk berbakti kpd kami walaupun byk kerenah dan cerita disebaliknya.
Kami....the FSc Mufti Members ^^
Hurm....itu baru di sebalik tabir sebuah bas, belum lg masuk bab ziarah kami. Apa matlamat kami ke sana?? Awal2 lg Dr Alina, lecturer kami yg dimaksudkan td tlh berpesan kpd kami bahawa kami pergi ke sana sbg mahasiswa yg mempunyai IQ atau pemikiran yg berbeza, bukan spt pengunjung lain yg datang hanya utk menjenguk2 dan membeli produk2 yg ada. Tapi tugas kami lebih utk mendapatkan dan mengaut sbyk mana pengetahuan berkaitan bidang kami khususnya makanan halal. Tercapaikah matlamat itu?? Huh...sy dan segelintir kawan sy agak kecewa kerana tak dpt mengunjungi semua gerai pameran. Boleh kami tak tahu atau tak perasan yg pameran dibuat di dua buah dewan. Kami hanya pusing2 ke sebuah dewan. Tu la...tak tengok buku program sgt...rupa2nya byk maklumat dan pameran best2 ada di venue yg lg satu, dewan yg di seberang sungai (dewan2 tu terpisah dek sebatang sungai). Macam2 kot. Terlepas nak korek2 info.
Sudahnya kami hanya melihat2 dan membeli sedikit buah tgn. (Sikit ke...? Hahaha...) siap beli kain dua pasang. Murah kot, kain lambak RM10 sepasang. Sy beli coklat byk la jgk..first time belanja duit utk beli coklat yg mahal harganya. Tak pe la...sekali-sekala. Sedap coklatnya, yummy!! Tp yg paling sedap adlh kemanisan musafir berjemaah. Secara tak langsung kami dpt berkenal2an. Serious cakap, melalui aktiviti sulung kami ni la dpt kenal kawan2 sekuliah elektif kami. Kalau tak mana kenal sgt. Nak2 pula bila ada jurang antara budak2 tamhidi dan STAM. Tamhidi ni program asasi USIM. Ada gap lain juga sbb kami terpisah dgn dua kelas kuliah (sbb batch kami ramai sgt orangnya...). Terasa la dapat beramah mesra dgn kawan2 yg jarang2 sekali bertegur sapa.
Akhirnya, harapan sy agar TAUTAN MAHABBAH kami ini akan berpanjangan dan kekal sampai bila2. Mudah2an Tuhan bantu kami utk jayakan projek kami yg seterusnya iaitu sebuah forum. InsyaAllah, rabbi yassir wala tu'assir. Sekarang sdg deal dgn panelis jemputan. Doa2kan ya kertas kerja program ni diluluskan. Ameen ya rabb..Sekian. Ingat2 Tuhan. Salam mahabbah. :)
Sedikit untaian kata:
TAMAN HATI MUKMIN
Sunyi hati dek
tiada berteman,
Meriahkan ia dengan
cintakan Tuhan,
Merawat hati yang
duka rawan,
Pasti menguntum
mekar bunga di taman.
Taman hati pujaan
sang hamba,
Usah dibiar ia
ternoda,
Bimbang disinggahi
sang durjana,
Merapuh kalbu yang
mudah tergoda.
Pasakkan iman
menjentik naluri,
Sensitif dengan
kalam Ilahi,
Membentuk jiwa dan
jati insani,
Bersama sunnah
Rasul diteladani.
2:25am 22/9/2012

0 comments:
Post a Comment