Ok let's move to my ultimate aim, sharing sth with all of you. Sebenarnya byk benda yg sy nak tulis. Cuma perlu ditangguhkan atas kekangan2 yg tak dpt sy elakkan. Ayat macam org nak baca sgt entri sy ni..huhu..Sy terfikir utk entri kali ni sy nak tulis tentang sahabat lantaran sy tersentuh dgn kebaikan hati seorang sahabat sy ni. Entri ni bukan nak membodek tapi dtg dr hati sy yg tak mungkin terungkap di lidah sy. Sy mula mengenalinya secara dekat lebih setahun yg lalu sejak kami sama2 tinggal di Villa Mustaqillah... nama manja rumah sewa kami. Hehe..comel kan?? Sebelum tu dah mengenali dia tp sekadar kenal orangnya yg mana satu je la, tak kenal hati budinya lg.
Ada org kata yg kawan dan sahabat ni lain. Kelihatan sama tp tak serupa la ibaratnya. Kata org kita mampu memiliki ramai kawan tp belum tentu ramai sahabat. Kawan ni boleh jd org2 banyak yg kita kenal. Mungkin sekali kenal, introduce diri sudah dikira kawan. Sahabat pula org yg kita kenal secara mendalam, kenal hati budinya, berkongsi suka dan duka, tawa dan air mata...waa..MashaAllah..seorang sahabat ni akan mengingatkan kita tatkala terlupa, terleka, tersilap dan ter2 yg lain. Dia juga sukar utk berkira2 dgn sahabatnya. Boleh kita ibaratkan spt batu-bata yg mana setiap ketulan batu-bata tersebut saling memerlukan antara satu sama lain agar terbinanya dinding yg teguh.
Nah...panjang pulak huraiannya. Hurm...berbalik kpd sahabat yg ingin sy ceritakan td, sesungguhnya sy sgt terhutang budi dgn budi baiknya yg sanggup menolong dan berkorban utk sy dan sahabat2 lain juga. Sanggup mengambil dan menghantar kami pergi dan balik, ke sana ke mari dgn penuh ihsan. Ya, dia seorang yg sgt prihatin, ramah, ceria dan bertimbang rasa. Malu juga rasanya sy asyik mengharapkan pertolongannya dan terasa diri ni menyusahkan dia. Tp dia sendiri menawarkan pertolongan itu. Ya Tuhan, Kau rahmatilah sahabatku ini, Kau panjangkanlah usianya, Kau bukakanlah pintu rezeki seluas2nya buatnya agar dia dpt terus berbakti dan beramal soleh.
Ya Allah sesungguhnya sy sgt tersentuh dgn hati budinya. Selalu saja dia membantu sy dan rakan2 lain dlm pelajaran, berkongsi info baru, nasihat walaupun sedikit lantaran prinsipnya, "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat." Petikan hadith syarif rasanya kan. Sy pun kagum dgn sikap dia atau habit baik dia yg selalu call mama dia. Setiap hari kot...tak macam sy ni...hurm..itu cara dia dan sy dgn cara sy. Siapa tak sayang mak, siapa tak rindu mak dia di kala berjauhan ooii...bezanya bagaimana kasih syg diterjemahkan melalui perbuatan. Aik, sedikit lari drpd topik. Hehe..
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan, Kau temukan aku dgn sahabat2 yg baik setelah aku terpisah dgn sahabat2 yg baik2 juga sebelum ini. Haish...ramai lg org yg berjasa dlm hidupku. Tak cukup dgn mak ayah yg tak jemu2 mencurah pengorbanan utkku, kakak2 yg baik2 juga. Biarlah kdg2 ada perselisihan, tp jasa kalian tetap kan kukenang. Ye la kan...takkan ada manusia yg sempurna di dunia ni..saling melengkapi. Corat-coret kehidupan lumrahnya begitu. Wallahua'lam. Sampai ketemu lg dgn perkongsian yg menarik insyaAllah. Akhir kalam, hargai sahabat kita selayaknya di tempat seorang sahabat. Tentang siapa dia di sisi kita, kita yg mencoraknya dgn tingkah laku kita. Buat sahabat2ku sekalian, sy sayang kalian kerana Allah. Salam muhasabah :)
Ini sedikit pantun yg diilhamkan drpd sahabat sy ni yg mempunyai hobi yg unik. ^^
PESAN KAWAN
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah kawan cepat
Cepat kita baiki diri
Jangan asyik ketawa
Jangan membuang masa
Nanti jangan kecewa
Kita kecundang bila dewasa
Mari adik mari kawan
Kita baca Al-Quran
Perbanyakkan zikir harian
Tambah ilmu dan amalan
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah kawan cepat
Cepat kita baiki diri
Jangan asyik ketawa
Jangan membuang masa
Nanti jangan kecewa
Kita kecundang bila dewasa
Mari adik mari kawan
Kita baca Al-Quran
Perbanyakkan zikir harian
Tambah ilmu dan amalan


0 comments:
Post a Comment