Begitulah halnya kehadiran Tuhan itu dpt kita rasakan meskipun tanpa dilihat dgn mata kasar. Dekatnya dpt dirasa bagi orang2 yg cuba mendekatkan diri kepadaNya. Rahmat kasih sayangNya meliputi seluruh alam tidak kira tua, muda, miskin, atau kaya. Tiada angka yg dpt menilai mahalnya harga rahmat itu...INFINITI.
Itu pun masih ramai yg mempertikaikan keadilan Tuhan kpd hamba2Nya. Kurang bersyukur dgn apa yg ada. Keadilan Tuhan itu bukanlah dgn memberikan kekayaan sama banyaknya utk setiap hamba tetapi meletakkan sesuatu pd tempatnya sesuai dgn keadaan dan kemampuan. Tidak ada yg diciptakan sempurna, lebih dari setiap segi. Tidak sama sekali. Tuhan menganugerahkan keistimewaan kpd hambanya. Dlm masa yg sama Dia menyelitkan kekurangan pd diri makhluk tersebut. Tapi istimewanya makhluk itu bukan kerana kehebatannya tp kerana ia diciptakan oleh Tuhan. Tuhan yg memiliki segala kehebatan. Itu yg menjadi ujian kpd hamba2Nya utk kekal patuh kpdNya.
Nah...bagaimana kita diuji dgn rahmat itu?? Ujiannya adalah utk merasakan dan mengekalkan rasa bertuhan. Rasa bertuhanlah yg akan memandu kita agar jauh drpd sifat2 mazmumah seperti ujub, riak, sombong dan sebagainya. Caranya ialah dgn mengembalikan segala kebaikan kpd Tuhan. Tuhanlah yg berhak atas segala kesempurnaan. Barulah akan hilang rasa bangga diri. Maka orang yg hebat tak kan sempat nak rasa riak dgn kelebihan diri, atau paling tidak rasa tidak layak tatkala hati terdetik rasa bangga itu.
Haaa....Tuhan bg macam2 kelebihan kpd kita bukan utk manfaat diri kita sahaja tp lebih drpd itu utk manfaat semua. Kalau kaya utk dikongsi kekayaannya. Ada bahagian utk fakir miskin, orang2 susah. Jika banyak ilmu utk disebarkan. Jika mahir dlm sesuatu bidang utk dikembangkan kemahiran agar semua orang dpt manfaat. Katakanlah kalau seorang Muslim tu pandai buat roti, dgn kemahiran itu dia perlu hasilkan roti terbaik setanding dgn roti2 yg dikeluarkan oleh orang bkn Islam, yg mestilah mengikut lunas2 syariat dlm pembuatannya, maka orang yg memakannya akan menjadi lembut hatinya.
Nak bg contoh adilnya Tuhan kan...contoh yg sgt lazim. Seorang ibu yg miskin yg dianugerahi anak2 yg bijak pandai, yg soleh dan solehah. Biar dia miskin harta keistimewaannya kerana Tuhan anugerahkan anak2 tersebut. Jadi kita nampak, hebatnya seseorang tempias drpd hebatnya orang lain disekelilingnya. Hebatnya anak itu atas didikan orang tuanya. Lalu dikembalikan semua kehebatan itu kpd Tuhan Maha Hebat.
Pernah tak kita rasa kagum dgn seseorang yg pandai berkata2, lantang hujahnya, tersusun kalimah2nya?? Laju je idea dia keluar dlm berbicara tentang sesuatu isu. Pernah kan...MashaAllah...bukan calang2 orang yg mampu jd begitu. Kita pun tertanya2 mengapalah kita tak boleh jd seperti dia. Hurm...pandai berkata2 itu juga merupakan bakat yg Tuhan anugerahkan pd seseorang. Tak semua orang dapat anugerah bakat ni. Mungkin kita takde bakat bercakap tp Tuhan anugerahkan bakat menulis ke, melukis ke, berniaga ke...Semuanya BAKAT. Jgn rasa rendah diri pula atas kekurangan diri. Walaupun bakat tu tak dianugerahkan tp kita boleh mencuba belajar teknik2nya.
Lihatlah rahmat dan keadilan Tuhan..Jadi, sudahkah kita bersyukur?? Atau asyik mempersoalkan dan membandingkan diri kita dgn orang lain? Membuat perbandingan tu tak salah kerana adakala melaluinya kita dpt memperbaiki diri, tapi janganlah sehingga kita menghalang dan menyekat potensi diri kita utk jadi lebih baik.
Setakat itu sahaja perkongsian sy utk kali ini. Moga2 dpt sama2 kita muhasabah diri. Ingat2 Allah selalu ^^






0 comments:
Post a Comment