Monday, 8 October 2012

Bukan BERSIH

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Utk kesekian kalinya sy mengupdate lg blog sy yg tak seberapa ni. Hehe...seronok pula rasanya berkongsi cerita utk bersama2 diambil iktibar drpdnya. Mungkin watak yg digambarkan dlm setiap cerita sy perwatakannya seakan2 sama spt perwatakan sy dan kawan2 juga. Lalu ayuh sama2 kita terus reflek diri kita.

Jd tajuk perkongsian pd hari ini agak kelihatan ironi. Sengaja sy ingin menarik perhatian kawan2. Biarlah kalau tak menjadi pun kan...haha..Hurm...tentang apa ya? Bukan BERSIH tp tentang keBERSIHan.



Ertinya : 
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Tirmizi)



Ertinya : 
Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : “Kebersihan adalah sebahagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi ruang langit dan bumi, dan solat adalah cahaya dan sedekah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)

Di atas adalah hadith2 yg menunjukkan Islam sgt menganjurkan supaya umatnya menjaga kebersihan. Nah...jd apa lg yg mahu kita pertikaikan? Bukan sy ingin menunjuk2 konon ilmu sy tinggi bahkan sy mencari hadith ini secara online juga utk dikongsi bersama. Hehe...tp ingin mengajak kawan2 agar sama2 menghayati maksud di sebalik hadith2 yg mulia ini. Kalam Rasulullah yg diilhamkan oleh Allah SWT. 

Secara tabi'inya, kita sbg manusia sukakan kebersihan, sukakan persekitaran yg menyejukkan mata, jauh dr keserabutan. Jd anjuran Islam ini sgt sesuai dgn fitrah manusia. MashaAllah Maha Bijaksana Allah, sgt memahami hamba2Nya. 

Lantas, ayuh kita berbalik ke alam realiti dlm hidup kita sehari2. Bukan hendak mengata orang tp kecewa juga dgn diri sendiri yg terkadang kurang peka dgn kebersihan sekeliling. Allah cinta akan kebersihan akan tetapi sedih sy melihat tempat yg kurang terjaga dr segi kebersihannya. Paling kecewa sy melihat musolla di tempat sy belajar yg dicemari dgn kertas2 tisu, kain2 solat yg tidak teratur, botol2 air ditinggalkan..dan lain2. Mungkin shj tuan2 punya barang terlupa utk mengambilnya. Sy tak tahu...Ish...malunya, adakala sy pun tak letak persalinan solat tersebut dgn betul. 



Tapi sy yakin kita semua mungkin tak sanggup tengok barang2 kita bertaburan kan, tp kalau dh di tempat awam, barang2 awam dikongsi bersama, jd kurang pula rasa tanggungjawab utk menjaga kebajikan barang tersebut. Kita rela biarkan sampah2 bertaburan tanpa mengutipnya. Buat tak nampak, buat tak tahu, buat tak dengar...ye la mana nak dengar sampah tu suruh kita kutip dia kan..kalau dia bersuara nanti terkejut pula. Haha...Tp dgn tak rasa bersalahnya kita teruskan kerja2 kita. Membaca buku dan mengaji Al-Quran. Sedangkan mereka adalah golongan terpelajar yg belajar agama. Tp kurang menghayatinya. Islam kan syumul, ajarannya menyeluruh. Biarlah perkara itu nampak kecil tp besar nilainya di sisi Tuhan. 



Ya.. memang tak salah pun buat semua tu, digalakkan membaca ayat2 Allah tp kan selayaknaya persekitaran tempat kita berbuat kebaikan itu dlm keadaan bersih, ini kan pula tempat kita bersujud kpd Allah. Ya Rabb!! Malunya hambaMu ini...mengaku2 cintakanMu tp tak buat apa yg disukai olehMu. Malunya tuan yg post entri ni. Ibarat menconteng arang di muka sendiri, membuka pekung di dada. Tp biarlah malu itu berharga. Moga2 titik2 perubahan akan muncul. 

Mudah2an dgn kita membersihkan persekitaran kita, bersihkan baju kita, bersihkan bilik air kita, bersih segala2nya, akan bersih jugalah hati kita. Sama2 kita niatkan setiap kotoran2 di dinding bilik air, di lantai bilik air kita itu ibarat kotoran yg wujud di hati kita, kita hapuskan ia dari pandangan mata kita, agar kotoran2 kita hilang di mata Allah menjadi bersih tanpa noda. Niatkan kerana Allah, kerana kita hamba yg hina. Wallahua'lam. Salam muhasabah :)


Sedikit seloka utk dihayati bersama:

SELOKA RAGAM MANUSIA

Bermacam-macam manusia
Ada dalam dunia
Berbagai ragam perangai mereka
Begitulah aturan pencipta



Ada yang tegas ada yang malas

Ada yang rajin tak ponteng kelas

Ada yang kepalanya keras
Ada juga yang berhati belas

Tak kurang juga yang cepat tangkap
Di dalam kelas banyak bercakap
Ada pula yang banyak menguap
Tup tap tup tap tup tiba-tiba senyap

Biar apapun karakter mereka
Jangan berbangga jangan menghina
Saling melengkap sesama kita
Bukti adilnya Tuhan Yang Bijaksana


0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!