Sunday, 7 October 2012

Ingat-ingat Mati



Mati sebelum sampainya ajal
Ibarat bangkai bernyawa
Disimpan seakan tak berguna
Dibuang kan menempah murka

Astaghfirullah al-'azhim...
mungkin agak kedengaran kasar kalam ini
Sudah tentu tidak mahu kita jadi begini
Na'uzubillah min zalik...

Ingatlah mati di setiap detik kerana:

"كل نفس ذائقة الموت"

Agar mati bukan di padang tandus
(saat hati kering dari mengingatiNya)
Bukan juga di jalan tar yang lurus
(saat berlumba-lumba untuk beroleh juara)
Bukan juga di tangan mereka yang rakus
(di tangan manusia yang hatinya punya hasad)




Biar mati kita dalam cinta kudus
BersamaNya di jalan hak yang lurus
Agar mati kita dalam  حسن الخاتمة

Berbahagialah dengan kematian yang telah dijanjikan kerana:

"من أحب لقاء الله أحب الله لقاءه، ومن كره لقاء الله كره الله لقاءه"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

p/s: Allah suka kepada orang yang suka untuk bertemu denganNya




Bersiap-siaplah dengan amal soleh kerana:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا أراد الله بعبده خيراً استعمله) قالوا: كيف يستعمله؟ قال: (يوفقه لعمل صالح قبل موته)
(Riwayat Ahmad & Tirmizi)

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!