Tuesday, 18 December 2012

Memoir Dia, Ibu dan Ayah ~~

Dulu ayah hantar dia adik-beradik ke sekolah
Dengan motosikal Yamaha
Dari jauh kedengaran bunyinya
Motosikal itu mereka bonceng di belakang sampailah ke bakul hadapan
Selagi muat mereka penuhi ruang-ruang supaya ayah tak perlu ulang-alik

Sekarang pergi jalan jauh mana-mana ayah duduk di sebelah drebar
Abang dan adik jadi pemandu setia
Dia pula entah bila

Dulu ibu kejutkan mereka bangun pagi untuk solat subuh dan ke sekolah
Ibu siapkan sarapan dan makan tengahari pada waktunya
Ibu gosokkan baju mereka dan yang ayah punya

Sekarang ibu kejut mereka lagi untuk solat subuh bersama
Juga untuk segera ke tempat kerja
Ibu pesan hati-hati memandu
Ibu sudah jarang masak sarapan dan tengahari
Kasihan ibu tiada teman di sisi
Anak-anak ramai yang tinggal berjauhan
Mujur ada kebun kecil buat ibu isi masa lapang
Bercucuk tanam kecil-kecilan


Ada masa terluang dia pulang ke kampung halaman
Adakala subuh dia kejutkan
Hidangan pagi dan tengahari dia sediakan
Baju ayah dan ibu dia pula yang cuci dan gosokkan
Terhibur hati kedua orang tuanya
Biar sekejap cuma si anak di depan mata
Sebelum kembali pulang ke kota

Tapi dia sedar
Bahawa itu semua belum cukup untuk membalas jasa
Ayah dan ibu yang setia menjaga dan mendidik
Dengan belai kasih mesra


Ibu tahu kasih sayang perlu pengorbanan
Ayah rela berjauhan dengan anak demi kejayaan
Rindu jadi nikmat bila saling mengingati
Cuma ibu selalu pesan jangan sesekali lupa Tuhan
Ayah selalu ingatkan banyak-banyaklah timba pengalaman
Belajar asam garam kehidupan

Ibu ayah tak jemu2 beri nasihat. Jangan pula kita jemu mendengar.

Dia jadi sebak tidak keruan
Terima kasih ayah, terima kasih ibu dia bisikkan
Semoga Tuhan merahmati kalian

Jangan lupa doa utk ibu ayah


7 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!