Tuesday, 18 December 2012

Kursus Pengurusan Jenazah 2012

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2. Jumpa lg setelah lama tak update. Macam biasa, ada je bahan nak cerita, nak share, cuma tak berkesempatan. Straight to the point, based on the title above. So, hari ni just nak share pengalaman semasa menyertai Kursus Pengurusan Jenazah 2012 anjuran FIFA Gen 6. Hurm..kursus ni diadakan pada 1 Disember yg lalu di Kg Lenggeng Hulu, Machang, Negeri Sembilan. Baru tahu di NS pun ada tempat nama Machang, bukan di Kelantan je. Haha...

Peserta kursus ni ada la dalam 120 orang kesemuanya. Kami pergi menaiki 3 buah bas. Cakap tentang perjalanan kami ke sana, walaupun bunyinya macam dekat di NS juga, berhampiran dgn Nilai, kampus USIM..sekali jalan masa diambil sejam lebih juga la. Boleh tahan agak 'pedalaman' juga kawasan tu.

Tetiba ada bukit ni...di tgh2 hutan.
Bas kami berhenti sekejap di sini, terpisah dgn bas yg lain.

Hutan di kiri dan kanan. Syok juga jln2 masuk kampung ni.

Kami di dalam bas. Aduh...jauh lg ke?? Masing2 tak sabar nak sampai. 
Macam pergi jauh sgt je. Huhu..

Bas sedang bergerak, maka kamera hp sy bergegar, biasa barang murah. Hehe...

Yang bestnya jalan2 dlm kampung ni, walaupun tengok dari dlm bas je, teruja tengok rambutan bergayutan di pohonan. Merah2 belaka. Malangnya kami hanya mampu menelan air liur, tak tercapai tangan den nak petik. Bertambah perasaan berada di kampung bila tengok orang2 kampung yg di kiri kanan macam pelik tengok dua tiga buah bas lalu melintasi kampung diorang. Mereka macam terkesima je..terpana..eh. Over pulak! 

Dah mula nampak bangunan. Hihi...macam baru keluar dari gua.

Ok dah sampai! Dah macam ada majlis kenduri kahwin pulak. Hik3

Bila dah sampai, masjid ni walaupun kecil tp takde la teruk mana seperti yg penganjur duk bayang2kan kpd kami. Not bad la...terharu dgn layanan penduduk kampung yg sgt meraikan tetamu, kami yg datang dari 'jauh' ni..haha...sampai2 je dah dihidang dgn bihun goreng, kuih koci dan karipap yg sgt enak. Buatan org kampung kot, resipi turun- temurun tu yg sedap. Hoho...memandai je..Tengahari kami disajikan pula dgn nasi kawah bersama gula lemak daging dan nangka , acar dan ikan keli goreng. Minum petang pula kami menyantap roti cicah bubur kacang dan pisang goreng. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat kurniaanMu. Terima kasih tak terhingga juga buat makcik2 dan pakcik2 yg sempoi.

Sampai2 terus dijamu dgn sarapan pagi. 

Ni pula sesi pengisian. Ada dua sesi, teori dan praktikal. Maaf la cakap, sy sgt mengantuk ketika sesi pertama tu. Jd tak dpt byk nak dikongsi, bila entah nak terubat penyakit ni. Tp, secara umumnya kami diterangkan tentang cara2 menguruskan jenazah bermula daripada memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Semasa sesi teori sy kurang dpt tangkap apa yg diajar ditambah dgn mengantuk.

Sebelum acara perasmian dan sesi teori.

Sesi teori sedang berlangsung.

Semasa sesi praktikal, kami ditunjukkan oleh jawatankuasa masjid khususnya makcik2 di sana tentang cara2 dan langkah2 mengikut turutan menguruskan jenazah, alat2 yg digunakan utk memandikan jenazah spt cendana, air mawar dan setanggi. Antara proses memandikan jenazah ialah bersugi. Kami  ditunjukkan cara membuat sugi drpd cebisan kain yg digunakan dan cara menyugi jenazah. Proses memandikan hendaklah dibuat dgn berhati2 dan sopan bg menghormati jenazah. Beliau tunjukkan juga cara memotong kain kafan mengikut sukatan yg sesuai dgn saiz jenazah. Kain kafan ni terdiri drpd baju, kain, telekung (bg perempuan) dan juga lapisan luar. Bg lelaki jumlahnya tiga lapisan, manakala perempuan lima lapisan.

Makcik ni tengah potong leher buat baju.

Ukur kain guna tali drpd kain yg sama mengikut ukuran jenazah. 
Macam2 teknik. Kreatif juga!

Hurm...buat apa tu makcik? Kadang2 susah juga nak catch up apa yg diajar.
Takpe la, mungkin makcik ni tak biasa buat tunjuk ajar mcm ni. Tapi, makcik2 ni kelakar dan sempoi.

Dah siap mandi, kafan, solat dan ini masa utk menggali kubur dan kebumikan jenazah.
Gali lubang kecil je...hehe

Ramai2 kerumun tu, ada yg nak kena tanam ke? Huhu..
(sila abaikan cebisan tangan tu..erk)

Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Sesungguhnya ilmu pengurusan jenazah ini amat penting dipelajari dan diketahui oleh umat Islam. Dgn ilmu inilah nanti insyaAllah kita dapat menabur bakti buat kali terakhir buat ibu dan ayah kita selain boleh menyumbang kpd masyarakat amnya. Allahu a'lam. Ingat mati ingat sakit, ingatlah saat kau sulit, ingat2 hidup cuma satu kali, berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat, ingat2 sahabat ingatlah akhirat. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!