Alhamdulillah..memandangkan tarikh hari ni agak cantik sy nak post sesuatu la juga. 13.01.2013. Bersamaan 1 Rabi'ulawwal 1434 Hijriah. Tiba2 hari ni nak kongsikan dgn kawan2 dgn sedikit terjemahan drpd ayat2 lazim yg sy baca dlm solat. Tadi, hati ni terdetik utk meneliti terjemahan ayat2 suci tersebut. Ye la kan, kalau duk baca sahaja tanpa memahami maksudnya akan terasa KOSONG...KOSONG....KOSONG...
Subhanallah..ayat2 Allah ini jika kita ketahui maksudnya baru kita nampak mukjizatnya. Betapa Allah turunkan bukan dgn sia2. Sangat besar hikmahnya.
Untuk kali ni sy kongsikan terjemahan Surah At-Takatsur:
Kamu telah
dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba
untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan
pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap
demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak
mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap
demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
(4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi)
dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara
yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi
sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu,
demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan
penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari
itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang
kamu telah menikmatinya)! (8)
Bila baca2...renung2 maksud di sebalik surah ni, baru sy tahu ianya tentang amaran Allah terhadap orang yg BERMEGAH-MEGAH. Berdasarkan Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Fi Zilalil Quran yg sy rujuk sebentar td, golongan yg bermegah2 ini merujuk kpd orang yg sibuk mengumpul harta, mengejar dan berlalai2 dgn nikmat dunia, leka dengan kesenangan tersebut sehingga lupa utk mencari dan mengumpul bekalan ke akhirat.
Allah mengingatkan bahawa lambat-laun kenikmatan dunia itu semua akan ditinggalkan bila sampai saat kematian nanti, sehinggalah dimasukkan ke dalam kubur. Berkali2 Allah mengulang amaran agar kita meninggalkan kelekaan mengejar nikmat dunia dengan membayangkan azab yg bakal diterima bagi golongan tersebut. Sesungguhnya, kenikmatan itu akan dipersoalkan kelak di akhirat.
Ayuh kawan2, kita muhasabah diri agar tidak mudah terleka dan terlalai mengejar nikmat dunia. Biarlah bersederhana, seimbang dunia dan akhirat. Agar nanti kita tidak akan dihisab atas kekayaan dan kenikmatan yg tidak menyumbang utk hari akhirat. Tidak salah menjadi kaya, jika pandai menginfakkan harta, menjadikan kekayaan salah satu cara utk beribadah dgn bersedekah. Mensucikan harta. Agar ada rasa kehambaan, rasa berTuhan. Segalanya milikNya. Kita hanya menumpang dan meminjamnya. Wallahua'lam. Wassalam.

0 comments:
Post a Comment