Monday, 7 January 2013

JENAYAH...Kanun Manusia VS Kanun Islam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar kawan2? Yg tengah study jom study sama2. Sekarang ni sy sedang study subjek Fiqh Jinayat. So, sengaja, sambil2 study nak update tentang apa yg sedang sy study ni. Boleh la ingat2 sambil2.

Ni tengah baca bab Asas Al-Masuliyyah Al-Jinaiyyah. Dalam bab ni pada awalnya membincangkan tentang sejarah pelaksanaan hukuman jenayah menurut undang2 manusia pd zaman pertengahan sebelum revolusi Perancis.

SEBELUM REVOLUSI PERANCIS

Daripada apa yg sy baca, rupa2nya dulunya hukuman jenayah ni bukan sekadar dikenakan ke atas pesalah yg bernama manusia, bahkan turut dikenakan ke atas haiwan dan jamadat (benda2 bukan hidup). Lebih dahsyat lagi orang2 terdekat dengan pesalah juga boleh turut dihukum.

Apa yg sy boleh simpulkan tentang bagaimana pensabitan sesuatu jenayah itu dilakukan ialah bahawa undang2 tersebut sangat zalim dan tidak adil bahkan tiada tolak ansur. Orang yg konon dikatakan penjenayah itu tidak mengira usia, muda atau tua, mumayyiz (mencapai tahap umur di mana dia boleh membezakan baik dan buruk) atau tidak, menyedarinya atau tidak, atas kehendaknya atau terpaksa. Perbuatan yg dikatakan sebagai jenayah itu juga tidak dimaklumkan kpd masyarakat bahawa itu adalah jenayah sehinggalah apabila mereka didakwa.

Dari segi hukuman yg dijatuhkan pula, tiada hukuman tertentu untuk jenayah yg dilakukan. Jenis hukuman adalah terletak kepada hakim sepenuhnya untuk menentukannya. Maka, si hakim akan menjatuhkan hukuman sesuka hatinya tanpa ada syarat atau terikat dengan apa2. Bayangkanlah, jika manusia itu diberi sepenuh kebebasan menjatuhkan hukuman, sudah tentu sifat seorang manusia itu yg memiliki emosi akan menghukum ikut hawa nafsunya, ikut kepentingannya.

Undang2 wadh'ie (buatan manusia) ini hanya bertunjangkan material semata2 bukan didasari oleh keupayaan akal fikiran. Aspek kesan jenayah dalam penetapan hukuman juga tidak diambil kira. Inilah dasar yg banyak wujud dalam undang2 ciptaan manusia. Hatta pada hari ini pun masih jelas boleh dilihat.

KETIKA BERMULA REVOLUSI PERANCIS

Sehinggalah berlakunya revolusi Perancis yg berasaskan keadilan yg menjadikan aspek akal dan pengetahuan serta niat atau pilihan dlm melakukam sesuatu itu sbg asas pelaksanaan hukuman. Maka, tatkala itu barulah hanya insan yg hidup sahaja yg dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka. Hukuman tidak lg dikenakan ke atas orang yg tiada kaitan dgn jenayah, hanya penjenayah yg dihukum. Kanak2 yg belum mumayyiz tidak lg dihukum.Undang2 yg lebih mengikat kebebasan hakim mula diwujudkan.

JENAYAH DALAM ISLAM

Berbicara tentang jenayah dalam Islam ni, pastinya teringat akan isu hudud yg sering dibincangkan di negara kita. Kewajaran pelaksanaannya. Tapi di sini sy hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang asas2 dlm undang2 jenayah Islam.

Ya, sesungguhnya syariah Islam itu bersifat rabbaniyyah, adil, syumul, 'alamiyah (international), fleksibel, dan waqi'iyyah. Dalam Islam, kepertanggungjawaban jenayah itu hanya ke atas insan hidup yg mukallaf sahaja. Jika hilangnya taklif, maka dia tidak akan dipertanggungjawabkan.

Maka, kanak2 akan terlepas dari hukuman jenayah tidak seperti orang dewasa. Bagi yang melakukan jenayah dalam keadaan dipaksa, terpaksa atau tidak sedar juga tidak akan disabitkan. Islam juga tidak menjatuhkan hukuman ke atas seorang bapa jika anaknya melakukan jenayah begitu juga sebaliknya. Hanya si pelaku yg bertanggungjawab atas perbuatan jenayahnya tu tanpa melibatkan ahli keluarganya.  Hukuman juga hanya akan dikenakan ke atas perkara yg diharamkan. Maka, dibolehkan perbuatan yg tidak diharamkan. Kesannya juga, orang yg melakukan perbuatan sebelum diturunkan pensyariatannya, maka dia tidak akan dihukum atas perbuatannya itu.

Dari aspek kehakiman pula, hakim tidak ada kebebasan untuk menentukan hukuman dalam jenayah hudud dan qisas. Tetapi, mereka diberi kebebasan yg terhad dalam jenayah ta'zir iaitu yg tidak ditetapkan hukumannya oleh syariah.

KONKLUSI 

Jika melihat kepada undang2 Perancis sebentar tadi, jelas sebenarnya Islam telah terlebih dahulu datang dengan dasar undang2 yg bersifat adil. Malangnya, masih ramai lagi umat Islam yg tidak menyedarinya bahkan ada yg menganggap konsep keadilan itu dipelopori oleh Barat.

Dari pengamatan sy pula, walaupun kononnya undang2 Barat itu dikatakan adil tetapi ia sebenarnya bersifat serampang dua mata. Memang wujud hukuman2 tertentu tetapi dari segi keadilan yg sebenarnya masih banyak penyelewengan yg berlaku.

Sifat materialisme juga masih menular dalam undang2 ciptaan manusia ini, mengabaikan tujuan dan matlamat sebenar mengapa hukuman itu dikenakan. Lalu, kuranglah keberhasilan drpd hukuman tersebut. Masyarakat tidak takut akan undang2 bahkan bebas dan berani melakukan jenayah kerana hukuman yg pada mereka tidak ada apa2 nilai. Tidak menginsafkan pun.

Ya, undang2 yg lebih tegas seperti undang2 Islamlah yg dapat mendidik masyarakat yg bukan sekadar menghukum. Wallahua'lam. Selamat mengulangkaji. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!