Sunday, 20 January 2013

Jawapan BOCOR!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua para tetamu taman Penglipur Lara pada saat ini? Sy doakan semuanya sihat2 belaka bersama rahmat Allah untuk kita terus berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama keseluruhannya. InsyaAllah.

Buah tangan daripada sy untuk kali ini adalah…sshhhh…jangan bagitahu orang lain pula. Nak share dengan korang jawapan exam FALSAFAH TASYRI’ hari tu! Hehe…gimik agak tak menjadi..

Hurm…mood final exam hari tu tak habis lagi ye nampaknya! Bukan apa sengaja nak kongsikan dengan kawan2 serba sedikit apa yg sy belajar pada sem 5 yg baru saja berlalu. Apa yg sy garapkan ini hanyalah secara keseluruhan kesimpulan daripada apa yg sy belajar dalam subjek ni.

Secara lughahnya Falsafah Tasyri’ juga membawa maksud MAQASID AS-SYARI’AH. Haaa…so, mesti korang boleh agak kan apa yg sy pelajari melalui subjek ni kan..Ya, tidak lain tidak bukan subjek ni membincangkan tentang Maqasid Syar’iyyah atau secara lughah atau bahasanya tujuan2 atau hikmah2 di sebalik sesuatu pensyariatan itu. Sudah tentu syariat itu adalah hukum2 yg diturunkan dan ditetapkan oleh Allah kepada setiap mukallaf iaitu hamba2nya.

Di permulaan kuliah, sy dan kawan2 diperjelaskan oleh pensyarah kami, Al-Fadhil Al-Ustaz Ibrahim Negasi berbangsa apa sy tak ingat pula tp berkulit sedikit gelap (semoga Allah memberkati dan memanjangkan pahala drpd ilmu yg ustaz ajarkan) TENTANG….

KHASAIS MAQASID AS-SYARI’AH

Iaitu keistimewaan atau ciri2 Maqasid Syar’iyyah. Secara ringkasnya ianya bersifat Rabbaniyyah, ‘Alamiyyah, Syumuliyyah, Tawasuth, Murunah, dan Waqi’iyyah.

Rabbaniyyah bermaksud ketuhanan. Agar mudah difahami, ianya menunjukkan bahawa syariat itu datangnya daripada Allah, ciptaan Allah, digubal oleh Allah. Ianya berbeza dengan undang2 ciptaan manusia. Maka, ianya terpelihara daripada sebarang kecacatan. Tuntas, mematuhinya adalah lambing ketaatan kepada Allah.

‘Alamiyyah pula bermaksud universal yakni syariat Allah terpakai oleh semua umat manusia, tidak terhad oleh tempat dan masa. Bermakna, tidak kira bila dan di mana, seseorang hamba itu tetap terikat dengan syariat Allah, tidak sesekali terpisah. Tetapi, aspek kemaslahatan sejagat mengikut tempat, masa, dan situasi tetap diambil kira.

Syumuliyyah pula menggambarkan syariat itu bersifat lengkap merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seperti aqidah, ibadah, jenayah, muamalat dan sebagainya. Ianya menjaga kepentingan manusia secara keseluruhannya baik yg dharuriyyat, hajiyyat, mahupun tahsiniyyat.

Tawasuth pula bererti seimbang atau sederhana. Syariat Allah tidak bersifat melampau dan juga tidak bersifat kekurangan tetapi ianya adil dan seimbang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi. Berbeza sekali dengan undang2 manusiawi yg hanya mementingkan keuntungan dan manfaat duniawi. Bahkan dari segi pembalasannya juga syariat menetapkan hukuman yg bersifat duniawi yg menjaga maslahah individu juga ukhrawi yg menjaga maslahah masyarakat. Sedangkan undang2 manusia hanya mementingkan hak individu.

Murunah ertinya fleksibel. Ringkasnya ciri ini membuktikan bahawa syariat Allah itu boleh berubah bersesuaian mengikut tempat, masa, dan adat. Senang kata sesuatu syariat Allah itu masih ada tolak ansur melihat kepada situasi seseorang itu. Walaubagaimanapun, dasar kepada syariat tetap tidak boleh diubah dek kerana kesulitan yg menimpa sebahagian golongan. Mudahnya, meskipun ada rukhsah atau keringanan yg diperuntukkan utk keadaan tertentu yg memaksa tetapi hokum asal tetap kekal bg yg tidak hajat kepada rukhsah tersebut.

Waqi’iyyah pula bermaksud realistik. Bagaimana yg dikatakan realistik ialah ianya sesuai dengan realiti semasa. Jadi, diambil kira juga realiti manusia yg bersifat berpasang2an. Terbinanya manusia itu daripada elemen ruh dan jasad, daripada unsur langit dan bumi, juga diciptakan adanya lelaki dan perempuan. Maka, tidak ditaklifkan sesuatu syariat itu jika berada di luar batas kemampuan seseorang hamba itu. 

Itu baru pengenalan. Ye la sebelum kita pergi dgn lebih mendalam lg eloklah kita kenal2 dulu ciri2 syariat Islam tu kan. Tak kenal maka tak cinta. Sekarang kita pergi dalam sikit lg. Haaa...Jangan jemu pula ye...hihi..

Bab ni masuk exam hari tu...TENTANG...

HUBUNGAN ANTARA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DENGAN MAQASID AS-SYARI'AH

Secara ringkasnya, Al-Quran adalah sumber utk mengetahui maqasid syar'iyyah itu sendiri. Bahkan ianya menjadi sumber yg pertama. Di dalamnya la kita boleh mengetahui tentang maqasid at-taisir (keringanan), keikhlasan, Al-Quran juga menjadi bukti bahawa syariat Islam itu memelihara maqasid syar'iyyah. Contohnya, dalam Al-Quran kita mendapati bahawa solat itu hikmahnya adalah utk mengajak kepada kebaikan dan menghindar kemungkaran, hikmah puasa dalam melahirkan insan bertaqwa, dan peranan sedeqah dan zakat supaya harta dapat dikongsikan dengan golongan yg kurang berkemampuan.

As-Sunnah juga seperti Al-Quran, ia merupakan sumber utk mengetahui maqasid syar'iyyah yg ke-2. Tambahan pula, disebabkan Rasulullah itu adalah orang yg paling tahu tentang maqasid syar'iyyah, maka sangat perlu kepada kita untuk mengetahui dan mempelajari sunnahnya.

Selain itu, sy turut belajar tentang pembahagian maqasid. 

JENIS-JENIS MAQASID 

Jenis2 maqasid itu pula dilihat dari beberapa sudut.  Maka wujudlah maqasid syari' dan maqasid mukallaf, maqasid 'ammah dan khassah, kulliyyah dan ba'dhiyyah, maqasid dharuriyyat, maqasid hajiyyat, dan maqasid tahsiniyyat. 

Ada lg sebenarnya sy tak ingat. Sy update kemudian ye mana yg tertinggal. Huhu...

Untuk yg dharuriyyat ada lima di bawahnya iaitu hifzu ad-din (menjaga agama), hifzu an-nafs (menjaga nyawa), hifzu al-aql (menjaga akal), hifzu an-nasl (menjaga keturunan), dan hifzu al-mal (menjaga harta). Untuk menjaga kesemuanya adalah dari segi melakukan perkara yg membawa (janib al-wujud) kepada kelima2nya dan meninggalkan perkara2 yg boleh menjauhi (janib al-adam) drpd kelima2nya.

Sebagai contoh, untuk menjaga agama seseorang hendaklah berdakwah dan menjauhi perbuatan syirik. Selain itu, untuk menjaga nyawa seseorang hendaklah memakan makanan yg berkhasiat dan tidak mengambil makanan yg boleh menjejaskan kesihatan. 

IJTIHAD MAQASIDI

Sekarang sy nak share serba sedikit tentang ijtihad maqasidi. Ijtihad maqasidi secara umumnya adalah ijtihad berdasarkan kepada maqasid syar'iyyah iaitu dengan melihat kemaslahatan yg ada padanya. 

Walaubagaimanapun, ijtihad maqasidi hanya dibolehkan dengan beberapa syarat seperti hendaklah tidak bercanggah dengan nas-nas syarie seperti yg termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah, hendaklah tidak bercanggah dengan nas yg qath'ie, hendaklah tidak bercanggah dengan ijmak dan qiyas, dan juga tidak bercanggah sesuatu maslahah dengan maslahah yg lebih utama.

Ijtihad maqasidi ni banyak digunakan oleh para ulama dalam masalah2 baru yg wujud pada zaman ini yg memang takde dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya macam penggunaan pembesar suara ketika solat, genetic engineering, pembinaan tingkat2 utk ibadah sa'ie, melontar jamrah dan tawaf, solat di dalam kapal terbang dan macam2 lg la.

Setakat ini sahaja utk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat utk kita semua. Apa2 pun ni adalah general understanding berdasarkan apa yg sy belajar. Untuk tahu lebih lanjut boleh la rujuk buku2 Maqasid As-Syari'ah. Lagi satu pesan sy agar apa yg sy tulis ni tak dijadikan rujukan utk tujuan tugasan2 ilmiah. Boleh jadi ada kesilapan dan kekurangan pada apa yg sy coretkan di sini. Jika ada kesilapan mohon juga diperbetulkan. Segala yg baik datangnya drpd Allah, dan yg buruk itu dari kelemahan sy sendiri. Sekian daripada hamba yg lemah. Wallahu a'lam. Wassalam.

2 comments:

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!