Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Selamat malam. Salam kusampaikan buat teman yg sudi membaca coretan ini. Ahaa...
Alhamdulillah. Syukur sangat2...Entah kenapa, rasanya separuh keperitan yg lalu telah pergi. Ya memang, lumrah hidup ini diulit kesusahan, ujian. Namun, nyata itu yg menjadikan seseorang itu lebih kuat, matang, teguh, dan mencapai tahap yg terbaik dalam hidup. Hidup yg bukan hanya utk dunia semata2. Tetapi dgn kekuatan itu jugalah mungkin ia mampu memangkin jiwa insan ke arah menuju kebahagiaan yg abadi.
Nampak seperti kecil sahaja ujian di dunia ini. Ya, tadi usai sy menduduki kertas peperiksaan akhir yg ke-5 drpd tujuh semuanya yg perlu diambil. Alhamdulillah. Lega rasanya selepas menjawab kertas Falsafah Tasyri'. Apa yg sy boleh katakan tentang peperiksaan yg sy duduki itu, hari demi hari tahap keupayaan sy utk menjawabnya semakin meningkat. Sy gambarkan seperti seorang yg sedang mendaki gunung, walaupun gunung itu tinggi, lelah utk didaki, tapi semakin dia menghampiri puncak, semakin dia bersemangat utk menamatkan pendakian itu. Allahuakbar!!
Begitu jitunya paduan tenaga yg diperoleh dari semangat dalaman yg dijana oleh elemen spiritual, jika ada kita tanamkan dlm diri kita. Semangat yg datang dari dasar kepercayaan terhadap yg Maha Pencipta. Nah...lalu sesuatu itu jika dilakukan haruslah dgn niat yg murni, dgn matlamat yg jelas, dan kunci semangat itu tentulah Dia...maka dgn mengingatiNya hati menjadi tenang. Hilang sedikit demi sedikit kegusaran akan bagaimana harus ditempuhi segala ranjau ujian, biar ujian itu sekecil apapun. Itu yg sy cuba usahakan sepanjang tempoh keperitan itu.
Bagi sy cukuplah pada semester yg lalu sy melalui saat2 yg menyesakkan fikiran, melalui detik2 yg penuh debaran, gerak langkah yg penuh kekalutan. Itu sy cuba atasi utk ujian kali ini. Ya benar, ujian mematangkan diri. Kebimbangan tidak dapat menjawab soalan dgn baik sy cuba tepis. Cuba meletakkan seratus peratus keyakinan bahawa yg menentukan itu adalah Dia. Kekuatan dan keupayaan itu juga datangnya dari Dia. Lalu, tidak perlu rasanya utk terlampau gusar. Tidak gusar bukan bererti merasakan diri berada di zon selesa atau selamat tetapi dari situ keyakinan dapat diraih. Mana mungkin ujian dapat dilalui dgn tenang jika akal fikiran dikuasai oleh pemikiran yg negatif.
Hurm...sudah lama juga sy mengamalkan SENYUM sebagai agen memotivasikan diri. Adakalanya sy bercakap seorang diri, cuba mengurangkan kebimbangan dek kerana soalan yg agak sukar. Haaa...Biar susah pada zahirnya, tapi itu semua atas diri kita mahu menerimanya dgn cara bagaimana. Dan sy memilih utk menghadapinya dgn ketenangan. Walaupun kelihatan sy agak tertekan menjawab soalan dan sering mengelamun ketika menjawab soalan. Ya...dapat sy rasakan kesannya. Pabila sy senyum, sy telah meletakkan keredhaan sy terhadapNya, ketentuanNya. Keredhaan itu sy bawa sehinggalah saat keputusan keluar. Bersedia menerima apa sahaja kemungkinan.
Apa yg sy cuba tekankan di sini ialah kesepaduan elemen fizikal dan mental atau spiritual yg perlu ada dalam menghadapi ujian. Buktinya, para pejuang agama, para sahabat yg diredhai Allah mereka semuanya meskipun kurang kelengkapan perangnya di medan jihad, namun kekuatan mental dan semangat utk mencapai kemenangan buat Islam itu yg membuak2, lalu mereka tidak gentar kerana adanya kekuatan dalaman itu. Hendak kata, cukupnya kelengkapan fizikal tidak menjamin keberjayaan sesuatu itu tetapi harus diseimbangkan dgn aspek spiritual. Tetapi peranan USAHA tidak harus dilupakan, jangan sampai usaha itu memakan diri, menyeksa diri. Berusahalah sekadar mampu, dan selebihnya berserahlah kepadaNya.
Ya teman2, sy masih berbaki dua kertas utk dijawab Selasa nanti. Prinsip Makanan Halal dan Bioteknologi & Masyarakat. Doakan sy dan kalian juga dapat menjawab soalan dgn tenang. Tidak mengapa kita perit dahulu, agar nanti pelangi yg muncul tidak jemu utk menjelmakan diri. Apa yg penting kuncinya ingat Tuhan selalu. Wassalam.
SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
10 years ago
0 comments:
Post a Comment