Sunday, 13 January 2013

Lafaz Yang Tersimpan

Bismillahirrahmanirrahim. Ingin sy kongsikan sedikit hasil untaian kata, penangan exam Mabahith Dalalatul Alfaz. Barangkali manfaatnya dapat diambil bersama. Indahnya kalam Tuhan, pelbagai lafaz tersimpan.

Apa yang kita nampak atau fahami.
Secara kasarnya itulah ZAHIR.
Tapi jelasnya hanya pada permukaannya.

Datangnya NAS menambah jelasnya kalam.
Memberitahu makna tersirat.
Atas apa turunnya ayat.

MUFASSAR memang sudah jelasnya.
Juga tugasnya menambah perincian.
Tiada diragu akan maksudnya.
Tidak bertambah atau berkurang.

Bagi yang MUHKAM apatah lagi.
Tiada padanya sebarang ragu.
Tidak perlu lagi disuluh ertinya.
Dalam perihal asas iman dan akhlak juga lainnya.

07/01/2013
7:33pm

Agaknya apalah maksud di sebalik gambar ni ye?

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!