Wednesday, 9 January 2013

Aku Periksa ~~~

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah berakhirnya paper Fiqh Jinayat tadi. Sila la hayati bait2 yang meleret ini:

Aku adalah aku
Aku yang dulu
Aku yang sekarang
Aku sama macam dulu
Cuma aku sedikit berubah

Aku periksa
Dari dulu sampai sekarang
Aku periksa
Mulanya dari tadika
Sampai kini aku periksa

Dulu aku periksa menulis
Membaca, mengira aku periksa
Sekarang aku periksa lagi 
Soalan lain tapi sama
Sama sama semua periksa

Aku periksa lagi
Di sekolah rendah pula
Setiap penggal aku periksa
Soalan periksa semua sama
Sudah namanya periksa

Aku terus periksa
Sampai ke sekolah menengah
Aku periksa bila sampai masa
Aku jawab apa yang bisa
Aku jawab macam biasa

Masih lagi aku periksa
Baru tadi aku periksa
Memang periksa semua sama
Memang periksa menguji minda
Aku sekarang masih sama
Aku jawab periksa
Jawapan sahaja tidak sama

Adat jawab periksa
Sebelum ketika aku terseksa
Aku periksa
Aku masih sama
Sebelum periksa bagai nak gila
Habis sakit-sakit kepala
Macam-macam nak kena baca

Lepas periksa aku tak kira
Apa nak jadi aku terima
Apa nak dapat aku redha
Sampai masa keluar keputusan periksa
Aku tak debar aku tiada rasa
Aku buat macam biasa
Aku redha

Aku tengok kawan-kawanku semua
Bimbang dengan keputusan periksa
Entah nak dapat apa
Aku macam biasa
Padaku itu tiada apa-apa
Yang Maha Menentukan itu Dia
Dia tahu apa selayaknya
Aku akan terima

Aku tak sabar nak tahu dapat apa
Aku tak nak tunggu lama-lama
Aku tak kisah dapat apa
Aku nak tahu segera

Aku seperti dulu
Keputusan periksa tak beri kesan apa-apa
Aku syukur aku terima
Meski tak layak aku rasa
Dapat baik tidak kusangka
Tidak seperti yang aku teka
Aku tengok orang gembira
Terpancar sungguh di wajah mereka
Dapat keputusan baik mereka ceria

Aku macam biasa
Aku tak rasa apa-apa
Aku tengok kawanku berlinang air mata
Mereka sedih ada yang gembira
Reaksi aku macam biasa
Tiap kali ambil keputusan periksa

Aku biasa-biasa
Aku tak sehebat mana
Tapi selalu orang kata
"Awak cakap jawab susah
Tapi dapat elok-elok sahaja"
Aku orang biasa
Aku sama macam dia
Dia yang berkata
Aku jawab itu semua rezeki dariNya
Memang aku tak bijak mana
Aku cuma biasa-biasa

Cuma aku letak periksa bukan utama
Periksa bagiku bukan penanda
Sebab selalu lepas periksa aku lupa
Jadi tak layak dikira bijaksana
Juga bukan ukuran jaya
Sebab itu aku tak punya rasa
Periksa bagiku cuma periksa

Aku biasa-biasa
Bagiku bagus juga ada periksa
Aku dapat ulangkaji semua
Mana-mana yang aku tinggal lama
Tapi bukan matlamat utama

"Aku penat jawab periksa
Aku malas jawab periksa
Aku tak nak periksa
Aku nak ulang kaji sahaja
Tapi bolehkah?"
Suatu hari hatiku berkata

Aku yang dulu
Aku sekarang
Masih sama
Aku periksa
Tapi periksa bukan utama

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!