Saturday, 10 November 2012

Satu-satunya Yang Kutahu

Orait. Banyak pula benda nak share hari ni. Maklumlah lama dah tak update. Bukan saja2 tak update tp kumpul bahan laporan. Kih3...bajet je..Tak ada la. Apa dia yg satu2nya ni? Ha...taraa...

Hitam-legam. Hihi

Inilah yg sy maksudkan...kek coklat kukus. Bukan kek hitam kukus tau!!! Satu2nya kek yg sy reti buat. Sebab sy suka kek coklat. Yum3...kek lain kurang digemari. Biasanya sekali sy buat dua atau tiga biji.  Kalau pakai loyang la....yg ni sebab bubuh dlm bekas jadi nampak banyak. Hehe..

1st round kukus: Nampak licin. Kurang merekah.

2nd round: Merekah tahap gaban. Macam kuih apam kan. Hihi

Kek2 ni sy buat sebelum balik USIM lepas cuti midsem hari tu...camni la selalunya. Kek yg sy kukus akan jadi merekah. Tp jgn risau merekah tp sedap!! Ye ke?? Kalau diletak topping lagi sedap kot...tp malang sy belum pandai buat. Takpe nanti sy belajar dan kawan2 pun kena belajar. Bg yg tak reti macam sy. Lagi satu, mak sy kata: "Jangan duk buat kek yg hang suka ja. Belajaq la sama buat kek2 lain." Hihi...the point is belajar la macam2 selagi ada waktu ni..tambah2 ilmu rumah tangga, tingkatkan kualiti seorang wanita. Erk..tetibe.

Ni ada gambar lg tapi gambar adunan tak ingat nak ambil sebab tak terfikir dr awal nk ambil gambar2 ni: 

Kukusan 3rd round

Lihat api itu membiru. Kawal api jgn terlalu kuat tau. 
Nanti terkejut kek tu. Jd merekah mcm sy buat tu...

Dah abes...

Cuba la resepi ni. Sy ambil drpd seorang ex-roomate semasa tinggal di Kolej Kediaman 1 USIM a.k.a. KK1. Sabrina namanya. Jazakillah kheir Sab atas resepi kek yg melazatkan ni. Ramai org yg suka tau!! Bukan sebab sy buat tp sebab keberkatan drpd makanan yg dibuat dgn  kasih-sayang. Hihi...

KEK COKLAT KUKUS
(2 biji kek saiz sedang)

1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
2 biji telur
(Dipukul sehingga sebati)

2 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir (boleh juga dikisar halus)
1 cwn serbuk koko
1 susu teh serbuk penaik
1 sudu teh sida bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
1 cwn air panas suam
*Boleh jg diletakkan secubit garam utk menaikkan rasa lemak.
(Dituang dan dikacau ke dlm bahan2 yg telah dipukul rata td. Masukkan sedikit demi sedikit.)

Dah siap adun boleh la terus dikukus. Sebelum tu lengserkan minyak ke serata permukaan dan sisi dlm loyang atau acuan utk elak drpd melekat. Seelok2nya dialas dgn kertas (Sy pakai kertas A4 putih biasa je.) Senang utk dikeluarkan setelah siap masak. Tunggu dlm 20-30 minit. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dgn lidi, jika tak melekat sisa pd lidi maknanya dah masak la. Then, siap utk diNGAP!!! 

Selamat mencuba resipi kek satu2nya drpd sy. Hehe..Makan ingat Allah. Syukur atas nikmatNya. ^^

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!