Friday, 30 November 2012

Halal dan Syubhah

Bismillahrirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2. Salam pagi Jumaat. Bagaimana khabar hati dan iman? Masihkah terpelihara? Sy doakan semoga kita semua berada di dlm perlindungan Tuhan. Sentiasa dipimpin dan terpimpin. Alhamdulillah sy masih punya kesempatan dan peluang utk terus berkongsi sesuatu dgn kalian.  Ya selagi mana boleh kita manfaatkan, ayuh sama2 kita garap. Jika tidak abaikan saje apa yg sy sampaikan. Huhu...So, macam2 nak kongsi hari ni. Sebelum Disember menjengah.

Utk pertamanya, hari ni sy nak kongsikan tentang forum yg batch Food Sc sy anjurkan hari tu. Dah lebih seminggu berlalu, tp baru sempat nk buat post mortem secara maya ni. Hahaha..perlu ke?? Erk..

Alhamdulillah, pd tanggal 20 Nov yg lepas, forum Halal dan Syubhah: Antara Dilema Industri, Penguatkuasa dan Pengguna telah berlangsung dgn jayanya. Meski ada byk kekurangan seribu kesyukuran kerana akhirnya  ia sampai ke kemuncak dgn pengisian yg sy kira sgt menarik dan berfaedah. Panelis jemputan pd malam itu adalah Us Mohd Amri Abdullah dari JAKIM dan Us Solihin dari JAIS. Seronok sgt sebab penyampaian mereka sgt tidak mengecewakan and sgt awesome!! Mana tak nye, pd awalnya kami ingat ustaz2 berdua ni tak pandai buat lawak, tp bila masuk gelanggang ternyata mereka sgt pandai ber'humor' terutamanya Us Amri. Yg menambah hangat dan ceria suasana tak lain tak bukan saudara moderator jemputan kami iaitu Shah Izad, senior Food Sc kami.

Terima kasih kpd semua ajk yg terlibat dan bertungkus lumus dlm memastikan kelancaran program. Terima kasih tak terhingga juga kpd penghuni Villa Mustaqillah atas sokongan dan tunjuk ajar yg berterusan. Kami budak baru belajar, elok sgt la kak2 tolong jolokkan. Huhu...

Sedikit gambar sepanjang program berlangsung:

Moderator bersama dua panelis dan our beloved Dr Alina sdg bergelanggang. 
Sayang lampu pentas tak dinyalakan. Apa mahu buat...

Yg biru2 ni semua geng Food Sc dan committee. Fokus2!!

Antara audien yg hadir menadah ilmu dan info. 
Alhamdulillah walaupun byk kerusi tak terisi. Not bad. Huhu...

Hehe...kalau perasan, semua gambar ni dari tepi sebab sy duduk kat kerusi tepi. Photographer amatur, guna handset lopek je...boleh la nak tangkap2 gambar buat kenangan.

Sebenarnya di sebalik kelangsungan program ni ada macam2 kisah dan sejarah yg sgt memberi pengajaran dan pengetahuan. Betul org kata, pengalaman adalah guru yg paling memberi kesan dan berharga, mahal tak terhingga. Biarlah byk mana halangan dan kesulitan, semua tu mengajar kami utk lebih peka dan merancang setiap aktiviti dgn lebih teratur. Apa2 pun perancangan Allah sentiasa yg terbaik!

Hurm...sia2lah kalau sy tak share serba sedikit input yg sy dapat sepanjang sesi forum tu. Antara yg dibincangkan ialah tentang isu gelatin, placenta atau uri dan alkohol dalam produk makanan dan kosmetik terutamanya. Biasanya kalau cakap tentang gelatin kita akan menganggap ia datang dari sumber babi. Tapi sebenarnya gelatin juga boleh didapati dari sumber2 haiwan lain spt ayam. Menurut Us Amri utk menghasilkan 1kg gelatin memerlukan 200kg tulang ayam. percaya tak?? Haa..


Berkaitan isu placenta atau uri pula, bagaimana pula hukumnya? Bolehkah digunakan dlm kosmetik spt yg telah dilakukan di negara luar, atau mungkin ada juga kes2 terpencil di tanah air kita ni. Wallahua'lam. Placenta ni sesuai digunakan dlm kosmetik kerana sifatnya yg berminyak dan lembap. Tapi dari segi syaraknya dilarang sama sekali. Apa2 yg dtg dari sumber manusia adalah HARAM, spt yg Us Amri sampaikan. Bagi sumber haiwan pula, mana2 yg tak disembelih secara syarie juga HARAM. Berlainan pula dgn bulu haiwan yg tak disembelih, HARUS kerana tiada deria sakit padanya.


Tu baru isu produk2 syubhah. Dari segi penguatkuasaan, byk juga dibincangkan tentang isu pensijilan halal. Kalau kita nak tahu la, permohonan sijil halal ni hanya pilihan kpd pengusaha bkn wajib. Tiada paksaan. Logik juga ustaz tu cakap kalu diwajibkan, macamana dgn peniaga2 kecil yg mungkin tak mampu nk tampung kos sijil halal tu kan...jd apa2 pun berbalik kpd individu tu nak pastikan apa2 produk2 yg dihasilkan    tu halal lg baik. Sbg pengguna jgn hanya mengharapkan pihak penguatkuasa je nak setelkan semua kes, tp perlu kerjasama dan keprihatinan pengguna dan org2 yg terlibat dlm industri itu sendiri utk membuat aduan kpd penguatkuasa. 

Sekadar itu sahaja perkongsian sy utk kali ini. Moga bermanfaat. Anda apa yg anda makan. Sy akhiri dgn tema forum kami: "Sihat Jasmani Sejahtera Rohani". Ingat Allah selalu.

0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!