Tuhan...sungguh pasti Kau tahu akan apa rasa hatiku sekarang, tidak tentu arah, bingung di minda, tak tahu nak dahulukan yg mana.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sengaja buat garisan pemisah di atas sebab ni adalah sambungan drpd coretan sy yg tergantung tempoh hari. Tergantung kerana SIBUK. Ni pun baru boleh nak bernafas sikit. Huhu....Alhamdulillah, syukur terima kasih Tuhan masih sudi memberi peluang kpd hamba hina utk menikmati udara yg nyaman.
Hurm...jom terus masuk topik. BERAT. Sejauh mana beratnya beban yg terpikul di bahu kita? Berat sgt ke sampai kita tak tahan, tak sanggup, rasa tak mampu..sama je semua istilah ni..nak bagitahu BERAT ni boleh diterjemahkan kpd banyak kata. Haaa...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya, apa yg kita lalui ni tak la seberat mana. SEBAB?? Kerana kita masih ada masa utk bermain2, bergurau-senda, ketawa, dan bersosial. Nak dibandingkan dgn para pejuang Islam, sangatlah tak terbanding. Adakah kerana perbezaan zaman? Sy berani utk berkata mungkin.
Sibuk bermain??
Setiap zaman melalui revolusi dan peningkatan teknologi. Semakin hari semakin byk benda baru dicipta. Mesin2, aplikasi2, gadjet2 dan macam2 lg. Apabila byk wujud benda2 seumpama ini maka manusia lebih byk terpengaruh dan menghabiskan masa dgn mengendalikan alat2 tersebut, makin banyak isunya, maka makin banyak masalahnya. Bg yg pandai memanfaatkannya ia tidak menjadi masalah tetapi bg yg mensia2kannya dgn perkara yg tidak atau kurang berfaedah di situ sudah menjadi masalah.
Sedangkan kita lihat para ilmuwan dan pejuang dahulu tidak byk benda yg ingin difikirkan. Tetapi tidak byk bukanlah bermakna mereka tidak sibuk, bahkan mereka lebih sibuk daripada kita. Mereka sibuk memikirkan masalah ummat. Mencari penyelesaian kpd masalah2 baru yg muncul pd zaman mereka. Mencipta kaedah bg penyelesaian masalah, mengkaji peradaban manusia, menerokai ilmu2 sains, matematik, astronomi di samping ilmu Al-Quran dan Al-Hadith yg didalami oleh mereka. Sungguh mereka sangat hebat dan mengagumkan!! Subhanallah tsumma masyaAllah. Ternyata masa mereka tidak terbazir bahkan sangat dimuliakan dgn pengisian2 yg bermoral dan berilmiah.
Sibuk memikirkan masalah ummat??
Kita pula merasakan waktu kita begitu pantas berlalu sehingga kita bermain kejar2 dgn masa. Semakin laju kita melangkah, adakala ada sesuatu yg tertinggal. Sy la tu..mungkin kawan2 juga pernah lalui apabila kita cuba utk bergerak pantas lantaran terlalu byk perkara yg minda kita sedang fikirkan sehingga terlupa utk membawa sesuatu yg penting. Di situ sahaja dah memakan masa utk kita kembali mengambil barang tersebut. Haha..teringat sesuatu =_="
Sibuk tak terkata.
Perasan tak kawan2, kalau kita belajar dalam dewan kuliah kita akan terasa yg waktu itu sangat lambat berlalu. Tapi kalau kita belajar di rumah atau di bilik kita sendiri masa itu sangat pantas berlalu. Sekilas kita tengok jam, kali ke-2 kita tengok waktu sdh berlalu sejam demi sejam. Arghh...kita jd tertekan. Kenapa jadi begitu?? Pernah terfikir tak?? Sy pun takde jawapan. Ok la. Setakat ni je coretan utk kali ni. Wassalam. Ingat2 Tuhan selalu. :)




0 comments:
Post a Comment