Saturday, 10 November 2012

Perkebunan Cintaku

Gagaga...tajuk seterusnya...yg ke-4 utk hari ini. Tentang apa ya? Adakah tentang cinta manusia?? Tidak sama sekali. Tp itu adalah kebiasaan manusia jika membaca, kata 'CINTA' itu lebih mudah dan cepat ditangkap oleh pembaca. Lalu tertarik utk terus membaca. Jadi, bacalah kisah cintaku ini ye..

Fokus sy ialah pd perkataan PERKEBUNAN tu...lebih ringkas..KEBUN!!! Hahaha...sy nak kongsikan sedikit aktiviti masa lapang sy. Tp ianya lebih kpd masa utk menghilangkan sedikit tension..aiii...bunyi kebun tu macam luas sgt tanahnya..tengok la ni kebun sy..taraa...inilah PERKEBUNAN CINTAKU <3

Ni baru lepas merumput. Ingat tak belajar KH dulu?

Bukan banyak pun pokoknye...cube kira ada berapa.
Cukup la nak bagi makan anak bini. Kih3

Haaa...bercucuk-tanam ni dulu termasuk dlm hobi masa lapang. Lebih2 lg semasa cuti lepas SPM dulu. Dapat minat ni menurun drpd mak sy. Mak sy tanam macam2 jenis pokok. Tapi serba sikit la. Boleh la juga nak buat makan2, kurangkan belanja dapur. Antara pokok2 yg mak sy tanam di sekeliling rumah terutama di depan rumah sy di Melaka ialah pokok serai, daun limau purut, kunyit, daun pandan, cili api, daun kari, daun kucai, daun kesum, daun sup, daun pegaga, dan sebatang pokok pisang yg masih belum berbuah walaupun dah berusia setahun lebih...kan ku tunggu jadimu wahai buah..

Yg tadi tu semuanya pokok sayur2an. Ada juga mak sy tanam sayur sawi dan kangkung dulu. Alhamdulillah merasa la makan sayur segar dr ladang, orang kata organik tanpa racun. Secara peribadi sy lebih suka tanam sayur2an sebab boleh dimakan berbanding bunga2an yg hanya sedap mata memandang. Terpulanglah kpd individu. Sayur boleh dimakan adalah rahmat, bunga sedap mata memandang juga adalah rahmat Tuhan. Cuma kita je la sedar atau pun tak. 

Sekarang ni, bunga pun ada juga yg orang buat makan kan, macam bunga ros dan orkid yg digoreng rangup. Subhanallah, tidak Dia ciptakan sesuatu itu dgn sia2 melainkan ada padanya manfaat yg tersurat mahupun tersirat. Seronok juga melihat perkembangan pokok membesar sambil2 menghayati makhluk kejadian Tuhan. TADABBUR alam. Hayati kebesaran Tuhan ^___^

Ini si kucai. Anak sulung. Pertama sekali dibawa dtg ke bumi Nilai. 
Lebih spesifik di Villa Mustaqillah. Kawannya si cili dah mati dulu. Innalillah...

 
Yg kiri ni serai...rambut baru lepas kena ketung (potong) haha...yg kanan ni pokok kari. Jgn tak tahu!!

Mereka adik beradik lain mak bapak. Datang sekali dgn si aloe vera anak-beranak (lihat gambar di bawah). Terima kasih kpd abang sy, 'Athuf yg sudi menyemakkan keretanya dgn pokok2 sy ni. Huhu..

Yang ni sy panggil cik som..si daun kesum. Ni ketika baru lepas dicucuk sejurus sampai dari Melaka. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezekiku. Allah selamatkan kamu. Hehe

Ini pokok kunyit. Baru juga dimasukkan ke dlm pasu ni. Sekali dgn cik som. 
Semoga jd pokok yg soleh ye..

Ada lagi ni...mereka tinggal agak berasingan dgn yg lain. Tak boleh kena air sangat, kena cahaya sangat pun tak boleh. Manja dia ni...mucuk2..sori la i tak sempat nak manjakan u olz..

Ibu bersama anak-anaknya. Ini la dia si aloe vera.

Haa...masyaAllah tengok pokok2 ni hati jd tenang, hijau je...tak macam minda kita yg penuh kusut. Sedikit-sebanyak melihat mereka meleraikan kekusutan itu. Dia tak kacau kita pun kan..kita la kena beramah-mesra dgn dia, cakap2 dgn dia. Cakap dgn pokok ni macam cakap dgn org koma. Tak sedar tp boleh mendengar. Betul ke?? Entah..boleh la sama2 kaji. Maksud sy kita ucapkan kata2 yg baik supaya pokok ni tumbuh elok, tak merajuk dgn kita. Macam org la pulak..ye la mereka juga makhluk Tuhan kan. Perlu dibelai dan disayangi. Hik3. Sampai masa kita bubuh baja, disiram. Supaya subur. Ibarat hati kita yg perlu disiram dan dibaja dgn zikrullah untuk menyuburkan iman. InsyaAllah kan hidup hati yg mati. Sekian buat kali ini. Terus2kanlah mengingati Tuhan, siram pokok, siram hati juga :)

1 comments:

  1. Comel..haha..suka tengok org berkebun ni...=D
    Sy suka, tp slalu tak idup pokok2 tu..haha..

    ReplyDelete

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!