Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
wbt.
Sedikit
perkongsian luahan rasa.
Kalau rajin
silakan baca. Hahaha...
Adakala,
saya cuba beri peluang kepada diri saya untuk tidak tertekan dengan bebanan.
Terutama di musim exam, walaupun exam itu akan sedikit-sebanyak mempengaruhi
pointer saya, dan itu memang! Saya masih mengadakan ruang masa untuk bersantai,
tidak mahu terlalu stress. Malah kadang-kadang bersantai itu lebih daripada
study. Please, jangan contohi saya! Dari zaman sekolah lagi, saya tetap galak
menonton tv walaupun dekat-dekat nak SPM. Saya akui saya memang peminat setia
drama-drama Melayu. Hehe...Kalau boleh semua drama bersiri saya nak tengok.
Huhu...
Bukan tak
mahu baca buku, tapi saya tak boleh menghadapnya untuk tempoh yang lama.
Sudahnya, apa jadi? Masa nak exam ni la nak buat itu ini. Kalau sebelum ni tak
dan nak siram pokok, waktu nak exam ini la duk rajin pergi cabut rumput, siram
pokok, tabur baja dan segala bagai...Bercucuk tanam pernah menjadi hobi saya
suatu ketika dulu, sekarang masih ada sikit minat tu. Hihi...Tak sempat tuan
nak berkebun, diri sendiri pun tak terurus. Kejap-kejap lepas tu rasa nak makan
sesuatu, bangunlah saya ke dapur. Sudah-sudah makan, mengantuk pula, study
sikit, lapar balik. Haha...dugaan betul!
Entahlah...kelemahan
saya ialah pada daya ingatan untuk menghafal. Sangat sukar saya nak hafal
segala macam dalil, teori, fakta, auta...erk..Sehingga apabila terlalu banyak
yang hendak dihafal, maklumlah kalau yang berbahasa Arab sahaja dah tiga
subjek, semuanya fiqh, jadi bercampur-baur semuanya. Maka, sistem pangkalan
data di otak saya sukar menampungnya lagi. Bahkan, yang sudah disimpan jika
ingin diakses semula sukar untuk mencapainya. Barangkali mereka, iaitu campuran
data itu keliru siapa yang dipanggil, atau tuannya yang salah panggil, atau
tuannya sudah lupa!
Stress.
Selalunya saya rasai bukan sahaja apabila saya sedang belajar, malah stress itu
datang tatkala melihat gaya orang lain belajar. Ketekunan rakan-rakan saya
sangat merisaukan saya. Kegilaan mereka mengulangkaji setiap subjek
menggerunkan saya. Sampaikan post-post di FB ini pun berkait dengan subjek yang
diulangkaji. Sangat stress! Semestinya bagi orang yang belum sepenuhnya
mengulangkaji. Mahunya tidak terpsycho dek kerajinan mereka. Maka, mulalah saya
kalut-kalut nak menghabiskan revision, yang selalunya saya cakap takkan habis.
Huuh..
Untuk
semester ini, paper pertama sudah cukup membimbangkan, soalan yang bagi saya
mengelirukan. Boleh jadi mudah paper Entrepreneurship tu bagi orang lain.
Seterusnya subjek Research Methodology, Mabahith At-Taarud wa At-Tarjih, Fiqh
Al-Qadha, dan siang tadi usai saya menduduki exam Mabahith Al-Ijtihad wa
Al-Ifta. Nampaknya, saya lebih selesa menjawab soalan Research Methodology dan
Fiqh Al-Qadha berbanding yang lain. Tapi, percaya atau tak subjek Qadha tu la
yang paling saya bimbangkan. Hampir sahaja membunuh harapan saya untuk score.
Separuh nyawa yang hilang pada mid-term exam yang lepas seolah-olah datang
kembali, moga-moga harapan itu subur kembali. Teringat perbualan saya dengan
Kak Fariza, "Akak, saya kalau diberi rempah untuk goreng jawapan Qadha
belum tentu saya boleh goreng."
Bagaimana
dengan Taarud dan Ijtihad? Arghh....sedikit mengecewakan. Ada bahagian yang
saya kurang fokus masuk. Kena pula soalan tu wajib dijawab. Alhamdulillah,
walaupun tak dapat bagi jawapan sepenuhnya, mujur saya ingat samar-samar apa
yang saya baca sekali lalu tu. Yang tak ingat langsung atau tak hafal langsung
pun ada! Maka, mulalah membuat kerepek dan makan ikan kerapu..merapu! Teringat
pula Ustaz Manan cerita tentang fiqh P.Ramlee. Masa tu, boleh jadi P.Ramlee
lebih faqih daripada saya. Huhu...
Sekarang,
berbaki lagi dua paper untuk subjek elektif. Principle of Consumer Chemistry
dan Principle of Food Safety and Regulations. Mudah-mudahan Allah izinkan saya
dan rakan-rakan dapat menjawab dengan baik. Apa-apa pun, semestinya banyak
ibrah di sebalik ujian kecil ini. Ditambah pula dengan ujian jerebu yang turut
melanda kami warga USIM Nilai, menjawab exam dalam jerebu, pengalaman dan
peringatan buat kita agar mensyukuri nikmat udara yang memang tak dapat dilihat
tapi dapat dirasai. Mungkin dengan musibah ini, kita malah akan lebih terasa
akan nikmat itu yang selama ini kita buta melihatnya dengan mata hati.
Pesan saya
selalu pada diri, agar menjadi diri sendiri. Jangan terikut-ikut cara orang
lain sehingga diri terseksa. Tidak salah untuk memotivasikan diri dengan
melihat ketekunan orang lain, tapi percayalah bahawa setiap manusia itu
dikurniakan kelebihan masing-masing. Bagi saya juga, fatrah exam ini adalah
fatrah ulangkaji lebih daripada untuk mengejar markah. Itu urusan Allah selepas
usaha sedaya mampu.
Saya tidak
pernah mengimpikan untuk terbang ke awan biru melainkan Allah yang membawa saya
ke situ. Rezeki Allah tak terduga. Boleh jadi kita merasa peritnya semasa
menjawab exam, tapi natijahnya tidak terjangka. Ya, itu yang selalunya saya
rasai. Allah bagi yang kita rasa tak layak, lalu siapalah kita untuk menolak
pemberian itu. Maka, terimalah apa-apa bentuk kejayaan dan nikmat dengan
kerendahan hati, bukan bangga diri. Yang dapat kurang, jangan rasa rendah diri
kerana hakikat manusia itu sama di sisi Allah, yang membezakan adalah taqwa.
Di hujung
coretan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan saya agar terus bersemangat untuk
hadapi hari muka, usah dibayangi perkara lepas yang boleh melemahkan semangat
kita. Yakinlah pada ketentuan Allah! Wassalam.