Wednesday, 26 June 2013

Saya dan Exam ~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Sedikit perkongsian luahan rasa.
Kalau rajin silakan baca. Hahaha...

Adakala, saya cuba beri peluang kepada diri saya untuk tidak tertekan dengan bebanan. Terutama di musim exam, walaupun exam itu akan sedikit-sebanyak mempengaruhi pointer saya, dan itu memang! Saya masih mengadakan ruang masa untuk bersantai, tidak mahu terlalu stress. Malah kadang-kadang bersantai itu lebih daripada study. Please, jangan contohi saya! Dari zaman sekolah lagi, saya tetap galak menonton tv walaupun dekat-dekat nak SPM. Saya akui saya memang peminat setia drama-drama Melayu. Hehe...Kalau boleh semua drama bersiri saya nak tengok. Huhu...

Bukan tak mahu baca buku, tapi saya tak boleh menghadapnya untuk tempoh yang lama. Sudahnya, apa jadi? Masa nak exam ni la nak buat itu ini. Kalau sebelum ni tak dan nak siram pokok, waktu nak exam ini la duk rajin pergi cabut rumput, siram pokok, tabur baja dan segala bagai...Bercucuk tanam pernah menjadi hobi saya suatu ketika dulu, sekarang masih ada sikit minat tu. Hihi...Tak sempat tuan nak berkebun, diri sendiri pun tak terurus. Kejap-kejap lepas tu rasa nak makan sesuatu, bangunlah saya ke dapur. Sudah-sudah makan, mengantuk pula, study sikit, lapar balik. Haha...dugaan betul!

Entahlah...kelemahan saya ialah pada daya ingatan untuk menghafal. Sangat sukar saya nak hafal segala macam dalil, teori, fakta, auta...erk..Sehingga apabila terlalu banyak yang hendak dihafal, maklumlah kalau yang berbahasa Arab sahaja dah tiga subjek, semuanya fiqh, jadi bercampur-baur semuanya. Maka, sistem pangkalan data di otak saya sukar menampungnya lagi. Bahkan, yang sudah disimpan jika ingin diakses semula sukar untuk mencapainya. Barangkali mereka, iaitu campuran data itu keliru siapa yang dipanggil, atau tuannya yang salah panggil, atau tuannya sudah lupa!

Stress. Selalunya saya rasai bukan sahaja apabila saya sedang belajar, malah stress itu datang tatkala melihat gaya orang lain belajar. Ketekunan rakan-rakan saya sangat merisaukan saya. Kegilaan mereka mengulangkaji setiap subjek menggerunkan saya. Sampaikan post-post di FB ini pun berkait dengan subjek yang diulangkaji. Sangat stress! Semestinya bagi orang yang belum sepenuhnya mengulangkaji. Mahunya tidak terpsycho dek kerajinan mereka. Maka, mulalah saya kalut-kalut nak menghabiskan revision, yang selalunya saya cakap takkan habis. Huuh..

Untuk semester ini, paper pertama sudah cukup membimbangkan, soalan yang bagi saya mengelirukan. Boleh jadi mudah paper Entrepreneurship tu bagi orang lain. Seterusnya subjek Research Methodology, Mabahith At-Taarud wa At-Tarjih, Fiqh Al-Qadha, dan siang tadi usai saya menduduki exam Mabahith Al-Ijtihad wa Al-Ifta. Nampaknya, saya lebih selesa menjawab soalan Research Methodology dan Fiqh Al-Qadha berbanding yang lain. Tapi, percaya atau tak subjek Qadha tu la yang paling saya bimbangkan. Hampir sahaja membunuh harapan saya untuk score. Separuh nyawa yang hilang pada mid-term exam yang lepas seolah-olah datang kembali, moga-moga harapan itu subur kembali. Teringat perbualan saya dengan Kak Fariza, "Akak, saya kalau diberi rempah untuk goreng jawapan Qadha belum tentu saya boleh goreng."

Bagaimana dengan Taarud dan Ijtihad? Arghh....sedikit mengecewakan. Ada bahagian yang saya kurang fokus masuk. Kena pula soalan tu wajib dijawab. Alhamdulillah, walaupun tak dapat bagi jawapan sepenuhnya, mujur saya ingat samar-samar apa yang saya baca sekali lalu tu. Yang tak ingat langsung atau tak hafal langsung pun ada! Maka, mulalah membuat kerepek dan makan ikan kerapu..merapu! Teringat pula Ustaz Manan cerita tentang fiqh P.Ramlee. Masa tu, boleh jadi P.Ramlee lebih faqih daripada saya. Huhu...

Sekarang, berbaki lagi dua paper untuk subjek elektif. Principle of Consumer Chemistry dan Principle of Food Safety and Regulations. Mudah-mudahan Allah izinkan saya dan rakan-rakan dapat menjawab dengan baik. Apa-apa pun, semestinya banyak ibrah di sebalik ujian kecil ini. Ditambah pula dengan ujian jerebu yang turut melanda kami warga USIM Nilai, menjawab exam dalam jerebu, pengalaman dan peringatan buat kita agar mensyukuri nikmat udara yang memang tak dapat dilihat tapi dapat dirasai. Mungkin dengan musibah ini, kita malah akan lebih terasa akan nikmat itu yang selama ini kita buta melihatnya dengan mata hati.

Pesan saya selalu pada diri, agar menjadi diri sendiri. Jangan terikut-ikut cara orang lain sehingga diri terseksa. Tidak salah untuk memotivasikan diri dengan melihat ketekunan orang lain, tapi percayalah bahawa setiap manusia itu dikurniakan kelebihan masing-masing. Bagi saya juga, fatrah exam ini adalah fatrah ulangkaji lebih daripada untuk mengejar markah. Itu urusan Allah selepas usaha sedaya mampu.

Saya tidak pernah mengimpikan untuk terbang ke awan biru melainkan Allah yang membawa saya ke situ. Rezeki Allah tak terduga. Boleh jadi kita merasa peritnya semasa menjawab exam, tapi natijahnya tidak terjangka. Ya, itu yang selalunya saya rasai. Allah bagi yang kita rasa tak layak, lalu siapalah kita untuk menolak pemberian itu. Maka, terimalah apa-apa bentuk kejayaan dan nikmat dengan kerendahan hati, bukan bangga diri. Yang dapat kurang, jangan rasa rendah diri kerana hakikat manusia itu sama di sisi Allah, yang membezakan adalah taqwa.

Di hujung coretan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan saya agar terus bersemangat untuk hadapi hari muka, usah dibayangi perkara lepas yang boleh melemahkan semangat kita. Yakinlah pada ketentuan Allah! Wassalam.


0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!