Wednesday, 23 October 2013

Sang Puteri

Duhai sang puteriWajahmu berseriTampaknya manis tak terperiDi pentas itu kau gagah berdiriPersis calon bidadariUlahmu tertib menjunjung maruah diri



Thursday, 26 September 2013

Nanar Hati

Dekat tapi jauh
Retak dan rapuh
Hancur dan luluh

Hambar dan tawar
Kelam dan pudar
Sekeping hati yang nanar

20/05/2013

7:04am

Wednesday, 25 September 2013

Tentang Kata-kata

Kata-kata itu lukisan kalbu
Mewarnai kanvas kehidupan
Cerita tentang masa lalu
Kisah tentang harapan masa depan

Kata-kata jangan mudah dipercaya
Kerana gambaran pada lukisan
Belum tentu sama dengan hakikat nyata
Indahnya bisa hanya pada pandangan

Kata-kata penglipur lara
Buat ubat hati yang rawan
Jadi penawar duka nestapa
Menghibur hati jadi pedoman

22/02/2013

11:54pm

Kusingkap Tabir Jendela Sem 7 :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah kusembah syukur padaMu  Ya Rabbal 'Alamin, atas kurniaMu dapatku menggerakkan jari-jemariku, menari2 di papan kekunci ini.

Selamat datang, ahlan wasahlan semester 7 meski sudah memasuki minggu ke-3. InsyaAllah, sem ini adalah perkuliahan terakhir buatku serta rakan2 kursus Ijazah Sarjana Muda Fiqh Fatwa Tahun 4 di bumi berNILAI, USIM ini. Sem depan kami semua bakal menjalani praktikal.

Fuuh...it's gonna be a very hectic semester, with a lot of assignments, and the biggest one for all final year student of course THESIS!! Semua tugasan untuk sem ni semestinya lebih mencabar, sesuailah dengan semuanya 3 jam kredit.

Awal2 masuk sem, masing2 sibuk jumpa SV a.k.a. supervisor untuk tesis masing2, konfemkan tajuk. Sibuk juga mengisi sistem e-li the so called as ELI...hehe...nak buat apa??? Untuk memilih tempat praktikal yang diidamkan. Jika kebanyakan rakan2ku memilih untuk berINTERNSHIP di firma2 guaman dan mahkamah2, aku memilih untuk berpraktikal di jabatan agama dan jabatan mufti (tak minat la benda2 yang berkait dengan law ni...sorry to say..it doesn't suit me at all!!)

Bila dah masuk sem 7 ni bermakna ini sem terakhir dapat bersama2 menghabiskan masa dengan kawan2 yang sekian lama kukenali, terutamanya yang kukenali sejak aku mula melangkahkan kaki masuk USIM, semestinya geng2 group 4 TAMHIDI SYARIAH & UNDANG2. AIDA, AISYAH dan NADIAH. Tiga orang sahabat dari tamhidi yang setia bersamaku sehingga ke hari ini walaupun ada yang tak sama kelas atau tempat tinggal, persahabatan itu masih utuh, biarlah sampai bila2 hendaknya.

Itu yang sekelas, tak lupa juga housemate2 yang osem sejak tahun 1, RAIHAN, SAFFIAH, FARAH, HANIS dan tak dilupakan sahabat2 di VILLA MUSTAQILLAH yang aku duduki sekarang...MARYAM, AZIYAH, AQILAH, AMIRAH dan ahli2 lama dan baru, and the most legend one, KAK FARIZA. Saya doakan dimudahkan urusan dan dapat jodoh yang terbaik di sisi Allah.

Kawan2 lain juga yang banyak membantu, menasihati dan menemani di kala susah dan senang, yang sangat saya hargai ASMA, NISA, INA, MAHFUZAH, AKMAL, NAZA, ANA, AFY, KAK NOR (Terima kasih Kak Nor sudi jalan kaki untuk ke kelas food science dengan saya) dll yang tak dapat saya taip semua. Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian. Semoga semester ini dapat kita lalui dengan penuh keceriaan, ketenangan dan kebahagiaan. Semoga Allah mudahkan segala urusan kita, untuk hadapi hari muka yang pasti lebih mencabar.

Aduss...panjang pula ucapan teman!! Ampun maaf zahir batin buat semua. Selamat maju jaya, semoga sukses selalu...Jangan lupa tetapkan niat kerana Allah dalam apa jua pekerjaan. Sesungguhnya saya sangat menyayangi kalian. Wassalam

Wednesday, 26 June 2013

Saya dan Exam ~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Sedikit perkongsian luahan rasa.
Kalau rajin silakan baca. Hahaha...

Adakala, saya cuba beri peluang kepada diri saya untuk tidak tertekan dengan bebanan. Terutama di musim exam, walaupun exam itu akan sedikit-sebanyak mempengaruhi pointer saya, dan itu memang! Saya masih mengadakan ruang masa untuk bersantai, tidak mahu terlalu stress. Malah kadang-kadang bersantai itu lebih daripada study. Please, jangan contohi saya! Dari zaman sekolah lagi, saya tetap galak menonton tv walaupun dekat-dekat nak SPM. Saya akui saya memang peminat setia drama-drama Melayu. Hehe...Kalau boleh semua drama bersiri saya nak tengok. Huhu...

Bukan tak mahu baca buku, tapi saya tak boleh menghadapnya untuk tempoh yang lama. Sudahnya, apa jadi? Masa nak exam ni la nak buat itu ini. Kalau sebelum ni tak dan nak siram pokok, waktu nak exam ini la duk rajin pergi cabut rumput, siram pokok, tabur baja dan segala bagai...Bercucuk tanam pernah menjadi hobi saya suatu ketika dulu, sekarang masih ada sikit minat tu. Hihi...Tak sempat tuan nak berkebun, diri sendiri pun tak terurus. Kejap-kejap lepas tu rasa nak makan sesuatu, bangunlah saya ke dapur. Sudah-sudah makan, mengantuk pula, study sikit, lapar balik. Haha...dugaan betul!

Entahlah...kelemahan saya ialah pada daya ingatan untuk menghafal. Sangat sukar saya nak hafal segala macam dalil, teori, fakta, auta...erk..Sehingga apabila terlalu banyak yang hendak dihafal, maklumlah kalau yang berbahasa Arab sahaja dah tiga subjek, semuanya fiqh, jadi bercampur-baur semuanya. Maka, sistem pangkalan data di otak saya sukar menampungnya lagi. Bahkan, yang sudah disimpan jika ingin diakses semula sukar untuk mencapainya. Barangkali mereka, iaitu campuran data itu keliru siapa yang dipanggil, atau tuannya yang salah panggil, atau tuannya sudah lupa!

Stress. Selalunya saya rasai bukan sahaja apabila saya sedang belajar, malah stress itu datang tatkala melihat gaya orang lain belajar. Ketekunan rakan-rakan saya sangat merisaukan saya. Kegilaan mereka mengulangkaji setiap subjek menggerunkan saya. Sampaikan post-post di FB ini pun berkait dengan subjek yang diulangkaji. Sangat stress! Semestinya bagi orang yang belum sepenuhnya mengulangkaji. Mahunya tidak terpsycho dek kerajinan mereka. Maka, mulalah saya kalut-kalut nak menghabiskan revision, yang selalunya saya cakap takkan habis. Huuh..

Untuk semester ini, paper pertama sudah cukup membimbangkan, soalan yang bagi saya mengelirukan. Boleh jadi mudah paper Entrepreneurship tu bagi orang lain. Seterusnya subjek Research Methodology, Mabahith At-Taarud wa At-Tarjih, Fiqh Al-Qadha, dan siang tadi usai saya menduduki exam Mabahith Al-Ijtihad wa Al-Ifta. Nampaknya, saya lebih selesa menjawab soalan Research Methodology dan Fiqh Al-Qadha berbanding yang lain. Tapi, percaya atau tak subjek Qadha tu la yang paling saya bimbangkan. Hampir sahaja membunuh harapan saya untuk score. Separuh nyawa yang hilang pada mid-term exam yang lepas seolah-olah datang kembali, moga-moga harapan itu subur kembali. Teringat perbualan saya dengan Kak Fariza, "Akak, saya kalau diberi rempah untuk goreng jawapan Qadha belum tentu saya boleh goreng."

Bagaimana dengan Taarud dan Ijtihad? Arghh....sedikit mengecewakan. Ada bahagian yang saya kurang fokus masuk. Kena pula soalan tu wajib dijawab. Alhamdulillah, walaupun tak dapat bagi jawapan sepenuhnya, mujur saya ingat samar-samar apa yang saya baca sekali lalu tu. Yang tak ingat langsung atau tak hafal langsung pun ada! Maka, mulalah membuat kerepek dan makan ikan kerapu..merapu! Teringat pula Ustaz Manan cerita tentang fiqh P.Ramlee. Masa tu, boleh jadi P.Ramlee lebih faqih daripada saya. Huhu...

Sekarang, berbaki lagi dua paper untuk subjek elektif. Principle of Consumer Chemistry dan Principle of Food Safety and Regulations. Mudah-mudahan Allah izinkan saya dan rakan-rakan dapat menjawab dengan baik. Apa-apa pun, semestinya banyak ibrah di sebalik ujian kecil ini. Ditambah pula dengan ujian jerebu yang turut melanda kami warga USIM Nilai, menjawab exam dalam jerebu, pengalaman dan peringatan buat kita agar mensyukuri nikmat udara yang memang tak dapat dilihat tapi dapat dirasai. Mungkin dengan musibah ini, kita malah akan lebih terasa akan nikmat itu yang selama ini kita buta melihatnya dengan mata hati.

Pesan saya selalu pada diri, agar menjadi diri sendiri. Jangan terikut-ikut cara orang lain sehingga diri terseksa. Tidak salah untuk memotivasikan diri dengan melihat ketekunan orang lain, tapi percayalah bahawa setiap manusia itu dikurniakan kelebihan masing-masing. Bagi saya juga, fatrah exam ini adalah fatrah ulangkaji lebih daripada untuk mengejar markah. Itu urusan Allah selepas usaha sedaya mampu.

Saya tidak pernah mengimpikan untuk terbang ke awan biru melainkan Allah yang membawa saya ke situ. Rezeki Allah tak terduga. Boleh jadi kita merasa peritnya semasa menjawab exam, tapi natijahnya tidak terjangka. Ya, itu yang selalunya saya rasai. Allah bagi yang kita rasa tak layak, lalu siapalah kita untuk menolak pemberian itu. Maka, terimalah apa-apa bentuk kejayaan dan nikmat dengan kerendahan hati, bukan bangga diri. Yang dapat kurang, jangan rasa rendah diri kerana hakikat manusia itu sama di sisi Allah, yang membezakan adalah taqwa.

Di hujung coretan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan saya agar terus bersemangat untuk hadapi hari muka, usah dibayangi perkara lepas yang boleh melemahkan semangat kita. Yakinlah pada ketentuan Allah! Wassalam.


Monday, 24 June 2013

U.J.I.A.N

Saudara kita
mereka di sana sedang bertarung nyawa
memperjuangkan kesucian agama
peritnya mereka menanggung derita
sakitnya mereka tak tertahan air mata
sampai tiada lagi sisanya

Kita di sini
kini berperang di wadi imtihan dunia
kita menulis jawapan untuk soalan periksa
hanya diuji untuk mengisi kertas dengan dakwat mata pena

Hebatnya
hebat ujian buat mereka di Syria
yang di Palestine juga saudara kita
atas nama agama kita turut merasai sakitnya

Ujian dunia kita juga tak kurang hebat
bagi mata yang melihat
jangan dirugikan tiap titis dakwat
padanya ada hikmat tersirat
buat umat sejagat
 22/06/2013
11:32pm




Saturday, 22 June 2013

M.A.L.A.M

Malam...
Kau datang mengganti siang
Bersama cahaya rembulan terang
Indah sekali kau kupandang
Sungguh indah ciptaan Tuhan

Malam...
Berlalunya kau tak lagi terlihat
Menyapa siang mengambil tempat
Mentari tersenyum sinar memikat
Maha kuasa yang empunya kudrat



25/05/2013
12:24am

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!