Apa khabar tetamu2ku yg sudi bertandang. Khusus buat Kak Ejum, jum3...haa..
Untuk entry kali ni sy nak kongsikan resepi asam pedas yg biasa sy masak, ikut cara mak sy masak, mak sy pulak ikut cara sikit2 drpd Chef Florence, berdarah baba nyonya Melaka. Jom cuba!!!
ASAM PEDAS NYONYA MELAKA
Bahan A (dikisar + ditumis):
1 biji bawang besar (nak guna 2 biji pon boleh..kuah jd lg pekat)
3 ulas bawang putih
20 batang cili kering (lebihkan jika nak lebih pekat dan pedas)
2 batang serai
1 inci halia
1 inci belacan (terpulang kalau nak..tp memang umph!)
* mak sy tak makan belacan, jd dia gantikan dgn udang geragau (anak udang)
Bahan B (ditumis bersama Bahan A):
1 sudu kecil biji halba
Bahan C:
3 ekor ikan kembung/ selar
* boleh juga guna ikan pari/ parang dan lain2 yg sesuai
10 batang bendi
* boleh juga guna sayur kacang panjang/ terung
2 biji tomato
Bahan D (penambah aroma):
1 atau 2 batang serai
3 helai daun limau purut
Daun kesum
* terpulang nak masukkan yg mana. daun limau agak tak sesuai digabungkan dgn serai. kalau serai sy rasa ok je gabung dgn daun kesum.
Bahan E (perasa):
3-4 keping asam gelugor
* ni cara malas guna asam keping. Bg yg rajin sila guna asam jawa ye. hehe..)
Garam secukup rasa
Ok sekarang jom kita leburkan semua bahan ke dalam belanga masing2 di ceruk dapur, di rumah masing2, di jalan..., di kampung/di taman..., di negeri...di Malaysia atau etc...bla3...(sila stop merapu wahai tuan punya blog!!!)
Caranya ialah:
1) Tumiskan bahan A yg telah dikisar dgn bahan B sehingga masak. (Sampai pecah/naik minyak/)
2) Masukkan air ikut kadar kepekatan yg diinginkan.
4) Dah menggelegak, masukkan bahan C, sayur dahulu kecuali tomato. Agak2 dh separuh masak, masukkan ikan.
5) Masukkan air asam jawa. (kalau guna asam keping masukkan awal sikit)
6) Masukkan garam secukup rasa.
7) Masukkan bahan D penambah aroma.
8) Masukkan tomato dan terus tutup api.
SIAP!!! Selamat mencuba KAK EJUM!!
Gambar sy letak kemudian. Hasil sendiri. Hehe...
0 comments:
Post a Comment