Sunday, 26 May 2013

Satu Janji...Mandatori...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.
InsyaAllah utk entri kali ni sy nak kongsikan secara ringkas dgn kawan2 tentang dua buah novel yg baru sahaja sy habis baca beberapa hari lepas...(buku sekolah malas pulak nak baca...huhu..)

Taraa...ini la novel2 tersebut.....

Satu Janji

Mandatori

Seperti yg tertera pada muka depan novel2 tersebut, kedua2nya bergenre THRILLER karya novelis terkenal RAMLEE AWANG MURSHID. Haaa...kalau dah thriller tu mestilah terbayang dlm kotak fikiran kita adegan2 bunuh2 dan suspen!! 

Alkisahnya...sy dah lama tak baca novel, bukan penggemar tegar, apatah lg novel2 cinta. Tapi dulu sy pernah la baca novel kawan sy punya, NOVEL CINTA! Sekarang, bila tengok novel sy tak berminat nak beli atau baca, PENAT! Sebab TEBAL! Tambah pulak rasa macam tak sempat nak baca. Ye la dulu tak sesibuk sekarang...(bajet busy...huhu...)

Macamana sy boleh terbeli novel ni?? Gara2 tak tahu macamana nak belanjakan baucer buku la! Plus, teringin nak baca karya Ramlee Awang Murshid yg dikatakan best. Ok la sebab bukan novel cinta. So, sy pon beli la...di Pesta Buku Islam Putrajaya. Sebenarnya, novel2 ni dah lama sgt keluar cuma sy je yg baru baca.

Bila dah mula baca, walaupun agak lambat buka dari plastik lepas beli hari tu, best la pulak, lagi sebab tak sarat dgn LOVE STORY. Jadi excited nak tahu apa berlaku seterusnya, like I said just now, SUSPEN!! Akhirnya...sy tamatkan bacaan buku yg pertama dlm masa lebih kurang tiga hari sebab baca sekejap2 ikut masa free, and the second, I finished read it only in one day!!

Urmm...I don't think I wanna sum up the story now. Perhaps one day if I feel free and not lazy. Hehe...sape2 yg belum baca dan berminat nak baca boleh la cari. Wassalam.

Saturday, 25 May 2013

A.N.G.I.N v H.A.N.G.I.N

Angin...
kau datang lagi
menghibur hatiku
lembut menghembus
nyaman sapaanmu kurasa


Bayu...
apa berita kau bawa?
tadinya enak kau kunikmati
tapi sering juga kau ketuk pintu hatiku
tanpa salam
kau juga menghayun pintu rumahku
bamm!!!

"Posto posto!! Nah, ni ada surat dari angin."

Arghh...
sungguh membingitkan
entah berapa lama jantungku bisa bertahan
debar menunggu beritamu
gegar menerima kejutanmu
adakah imanku sedang diuji??

24/05/2013
5:36pm

Wednesday, 22 May 2013

Jejak Seni di Yayasan Restu








Jejak Seni di Muzium Kesenian Islam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. 
Alhamdulillah pd 12 Mei yg lepas, sy telah menyertai bengkel pemantapan seni khat dan lawatan di Muzium Kesenian Islam. Dek kerana minat yg mendalam trhdp seni tulisan ni, sy taknak melepaskan peluang tu...sementara masih belum gred ni...haaa...

Haa...ni la aktiviti sy dan kawan2 di sana. Ni dlm kelas.

 Ni Abda. AJK Kelab Khat di USIM. Cantik khat thuluth dia.

 Belajar membentuk dan mengasah batang resam.

 Ni Dr Munir, tenaga pengajar kelas mingguan di sini. 
Seorang yg suka memberi nasihat dan dorongan.

 Khusyuknya pasangan kembar ni...Aminah dan Hawa. Selalu tertukar. Huhu

 Hasil contengan sy yg tak seberapa.

 Antara koleksi hasil seni khat di sini. Cantik kan! MasyaAllah!

Sangat mengujakan!

Ini gambar2 sekitar lawatan di dalam ruang2 pameran muzium ni.

Koleksi Al-Quran lama dr serata pelusuk dunia....





Set mushaf mengikut juzuk dari China.

Lain-lain koleksi yg dipamerkan. Kesemuanya menunjukkan ketamadunan dan pengaruh Islam.

 Benang emas.

Dulang tak ingat dr mana. Huhu..

 Rekaan kerusi yg sgt unik dari India. 
Dikatakan kakinya akan mengeluarkan ekor burung merak yg direka 
melambangkan kemegahan raja.

 Pedang.

 Pedang lagi.

 Senapang yg sgt panjang.

 Paip air yg unik.

Koleksi kaligrafi khat lama, hiasan dinding yang menggamit hati...










Lepas ni kita ke Yayasan Restu pulak ya! Wassalam.

Monday, 20 May 2013

Dekat Tapi Jauh...

Memang membaca isi hati orang itu bukan upayaku
Tapi aku sentiasa beranggapan kau ikhlas bersahabat denganku


Memang kau tiada buat apa kesalahan denganku
Tapi cuma aku yang tersinggung dengan perilakumu

Memang adakala aku kelihatan menjauhkan diri
Tapi itu lebih baik bagiku dari aku terus sakit hati

Memang aku sentiasa berbaik sangka
Tapi sakitnya hatiku ini datang tak dipinta

Memang padamu aku bisa terima apa sahaja
Tapi jangan buat aku sampai terasa seperti boneka

Memang bergurau senda pemanis duka
Tapi jika terlebih hati bisa terluka

Memang aku tak kisah diketepikan
Tapi jangan hanya kau datang kepadaku pabila memerlukan


Memang tidak kuharapkan aku dilayan istimewa
Tapi cukuplah agar wujudku seperti ada

Memang biar adaku tidak menguntungkanmu
Tapi kan lebih baik jika kau elakkan prasangkaku

Memang aku tak pinta setiap kepergianmu kau ceritakan
Tapi setidaknya janganlah sampai aku perasan

Memang adakalanya aku memang kau tak perlukan
Tapi jangan sampai kau lupa adab dalam persahabatan

Memang sebenarnya aku tak kisah apa kau nak lakukan
Tapi dah memang ini hakikat persahabatan

Memang biar aku tak bersamamu saat sukamu
Tapi aku masih sudi mendampingimu tika dukamu

Ya...adakala kuterasa jauh darimu meski dekat
Maafkan aku wahai sahabat


20/05/2013
9:06am



Sy susun jari 20 kesemuanya jika entri ini mengguris hati sesiapa, sekadar luahan. Mungkin kita boleh sama2 mengislah diri. Sy akui sy juga salah kerana tak mampu utk mendidik hati menjadi seorang yg redha dan sabar. Mungkin ada orang lain yg sy juga telah mengguris hatinya. Ampun ribuan maaf zahir batin dipinta.

Imam al-Ghazali telah menyenaraikan adab-adab bersahabat di dalam kitab Bidayatul Hidayah. Antaranya:
  1. Melebihkan saudara/sahabatnya itu dengan hartanya (apa yg dimiliki). Sepertimana dia berkehendakkan sesuatu kebaikan untuk dirinya, begitu jugalah yang dia harapkan buat sahabatnya (mendapat kebaikan yang sama). Memberikan hartanya padahal dirinya berhajat kepada harta itu.
  2. Menghulurkan bantuan kepada sahabatnya walaupun tanpa diminta.
  3. Menyembunyikan akan rahsia sahabatnya.
  4. Menutup aib sahabatnya.
  5. Apabila terdengar celaan seseorang kepada sahabatnya,tidak disampaikan celaan tersebut kepada sahabatnya itu.
  6. Apabila diketahui sahabatnya dicela,maka janganlah ia sesekali mendengar celaan itu.
  7. Apabila diketahui sahabatnya dipuji, maka hendaklah ia menyampaikan pujian tersebut kepada    sahabatnya itu.
  8. Hendaklah memberi perhatian kepada sahabatnya tatkala ia berbicara.
  9. Menghindarkan diri dari berbantah-bantah dengan sahabatnya.
  10. Apabila melihat kebajikan yang dibuat oleh sahabatnya,maka hendaklah ia memuji akan sahabatnya.
  11. Menegah orang yang sedang mencela sahabatnya walaupun ketika ketiadaan sahabatnya.
  12. Memberi nasihat dan teguran kepada sahabat apabila diminta.
  13. Memaafkan segala kesalahan sahabatnya itu dan tidak mencacinya atas kesalahan yang telah dilakukan.
  14. Sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat sama ada yang masih hidup atau telah mati.
  15. Hendaklah membuat kebajikan kepada sahabatnya dan kepada keluarganya apabila dia telah meninggal dunia.
  16. Tidak memberati akan sahabatnya itu daripada suatu hajatnya supaya senang hati sahabat itu dari kesusahan.
  17. Mendahului memberi salam ketika berjumpa sahabatnya.
  18. Memuliakan akan sahabatnya itu akan segenap hal kebaikan.
  19. Apabila sahabatnya berkata, hendaklah dia mendengar sehingga selesai sahabatnya berkata, sesudah itu barulah dia berkata.
Saidina Ali berkata:

"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."


Abu Sulaiman al-Darani ra mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

(1)     Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
(2)     Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Setiap individu muslim mempunyai hak yang perlu ditunaikan terhadap sahabatnya. Janganlah sekadar menagih hak kita (sebagai sahabat kepada muslim yang lain), dan mengabaikan hak sahabat lain yang perlu kita tunaikan.

Sumber: http://catatanbuathati.blogspot.com/2012/10/adab-bersahabat.html

Syoknya Bersama Adik2!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar kawan2 semua? InsyaAllah sy sgt teruja nak kongsikan pengalaman sulung sy sbg seorang trainer bersama dgn sahabat2 dr team MUMTAZ TRAINERS. Alhamdulillah, smlm selesai berprogram dgn adik2 Thn 5 SK Desa Jasmin di Nilai ni jugak. Kem ni diberi nama Kem Bestari Solat bg memenuhi tuntutan subjek Entrepreneurship. Ini adalah business practical kami di bawah kategori servis.

And guess what??? Huuh...first time kena cakap di depan adik2 yg lebih kurang 70 orang kesemuanya. So, sy telah ditaklifkan utk membentangkan modul tayammum, Slot pertama program yg berlangsung setengah hari tu...(tapi letihnya mengalahkan orang yg biasa berprogram 2 ke 3 hari..haaa...newborn trainer la katakan....). But, I can say it was a great moment and experience. Selama ni sy handle budak2 mengaji di rumah sewa hanya seramai 8 orang pun dah sangat penat nak control, but that time...berkali ganda jumlahnya!!

Jom tengok video dan gambar2 ni, let them tell you the flow of the story. Awesome!!

Ni OST kem ni..Demi Matahari siap dgn gaya mengikut lirik. Best!

Sesi pendaftaran.

Adik2 sebelum masuk dewan.

Memperkenalkan barisan fasilitator...

 Dari kiri: Solehah, Rubi, Zati.

 Aida.

 Dari kiri: Fittya,Ummu.

 Dari kiri: Ina, Ana.

Dari kiri: 'Athirah, Ana, Naza (Nabila).

Sya...sori gambar dr belakang. Huhu..

Akmal (Nurul).

Dari kiri: Nordin, Rizuan.

 Abg Din a.k.a Nordin mengetuai bacaan doa.

Adik2 mengaminkannya....Ameen....

Senaman zikir.

Ice breaking kendalian Kak Aida. Seleso molep duduk tu!!
Silang kaki siap! Haa...

Slot teori tayammum..Kak 'Athirah dgn bantuan Kak Nabila.
Kak Sya di belakang.

 Saat yg dinantikan..cara berbedak dgn betul!! 
Hehe..tak la..bertayammum dgn betul. Peace dulu.

Kak Ina memberi tunjuk ajar.

Tepuk jgn tak tepuk! Semangat adik2 ni..

Dan inilah hasilnya! Pelapis2 seni opera Cina. Haha..

Ni ketua team opera tadi..haa..Abg Wan sama2 semangat
bg tunjuk ajar kpd adik2. Syabas!

 Ni antara ahli opera wanita.

 Teknik berbedak cara bayi. Tak rata asalkan nampak!!

Saya bersama adik2 Group 3.

 Slot 2..teori solat berjemaah bersama Kak Nurul.

 Kesian Kak Nurul cakap lama tanpa mikrofon. Huhu..sakit tekak dia.

Adik2 bersemangat nak jawab soalan.
Sebab tu la kami turut seronok dan bersemangat!

Antara adik2 yg berjaya menjawab soalan.
Dia berjalan dgn bergayanya. Haa....

Tunjuk cara susunan saf imam dan makmum dlm solat berjemaah.
Adik2 sgt sporting! Berebut2 nak jd model.

Amali solat dlm kumpulan masing2....

 Kumpulan Kak Ina dan Kak 'Athirah.

 Kumpulan Kak Aida.

 Kumpulan Kak Fittya.

Kumpulan Kak Sya dan Abg Wan.

 Kumpulan Kak Zati dan Kak Nabila.

Kumpulan Abg Din. 
Jgn konfius mana satu Abg Din tu...haa..yg baju hitam tu!

Selesai kedua2 slot. Adik2 berzikir sementara menunggu
masuk waktu solat zohor.

 Tujuh orang team Mumtaz Trainers.

Mumtaz Trainers bersama trainers wanita sukarela.
Dari kiri: Solehah, Rubi, Izzati, Aida, Fittya, Sya, Ina, 'Athirah, 
Akmal (Nurul), Ummu, Naza (Nabila), Ana.

Trainers lelaki sukarela..the only two.
Kiri: Rizuan, kanan: Nordin.

Akhir kalam, sy mewakili team Mumtaz Trainers mengucapkan ribuan terima kasih kpd sahabat2 yg sudi membantu kami, menyumbangkan tenaga  dan kata2 semangat utk menjayakan program ini. Memang pd asalnya atau sepatutnya program ni berjalan atas dasar bisnes, maklum la utk subjek Entrepreneurship kami, tp ditakdirkan program ini menjadi sebahagian drpd amal jariah kami. Mudah2an kita semua mendapat ganjaran saham akhirat yg semestinya tiada tolok bandingnya. Sudah tentu jg pengalaman yg diperoleh itu lebih mahal drpd wang ringgit. Sangat terharu dgn kerjasama padu yg diberikan oleh fasilitator tambahan, kalian telah menjadi sebahagian drpd penggerak Mumtaz Trainers. Hehe...mana tahu lepas ni nak buat lg..amacam??


Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!