Melihat wajah mereka, aku tak sampai hati nak marah, bahkan aku merasakan tak perlu marah kerana paling tak aku dapat mengetahui di mana kelemahan mereka. Cuma aku bimbang memikirkan cara untuk memahamkan mereka, tanggungjawab yang berat bagiku. Aku juga tak menganggap mereka gagal atau tak bijak tetapi meyakini bahawa mereka mempunyai kebolehan dalam bidang lain. Atau mungkin mereka perlu usaha lebih untuk menguasai ilmu tersebut.
![]() |
| Ketika ujian dijalankan |
Aku tak mahu memarahi mereka kerana tak mampu 'skor' sebaliknya memberi nasihat dan dorongan kurasakan lebih baik kerana aku juga pernah berada di dalam kasut mereka. Jiwa seorang remaja tak suka dimarahi dan dileteri.
Kusedari, seorang guru bukan sekadar mengajar bahkan turut belajar. Belajar memperbaiki diri untuk menjadi contoh yang baik. belajar mengawal nafsu dan emosi. Belajar mengatasi ego pabila melakukan kesalahan.
Terima kasih para guruku. Atas jasa kalian aku mengetahui dan memahami sesuatu, yang namanya ILMU dengan izin Allah yang Maha Bijaksana, yang meminjamkan secebis dari lautan ilmuNya. Semoga Allah berkati dan rahmati para guru kita.


0 comments:
Post a Comment