Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.
Lama rasanya tak update blog. Entah la perasaan malas membuak2. Malas nak menaip panjang2. Kalau ada ilham puisi yang datang pun saya lebih selesa dan mudah taip dan post di FB sahaja. Malam ini tiba2 tergerak pula nak update. Terimalah wajah baru blog Penglipur Lara ni...hehe...
Banyak cerita, luahan rasa yang terpahat yang sukar untuk dicoret di sini. Mungkin bahasa untuk menterjemahkannya sukar didapati. Sekarang ni, saya sedang meniti saat2 berbaki berpraktikal di Fathul Ilmi. Pengalaman mengajar kanak2 mengaji di samping mengajar tuisyen matematik Tingkatan 3 memang takkan dapat dilupakan.
Ya, saya berada dalam proses pembelajaran. Belajar bagaimana untuk mengajar dan lebih berat lagi bagaimana untuk mendidik. Pendekatan kepada kedua2 golongan pelajar kanak2 dan remaja pastinya berbeza. Jika dengan kanak2 kita boleh meninggikan suara, marah atau sedikit pukulan yang tidak mencederakan dengan tujuan untuk mendidik, berbeza dengan pelajar yang di usia remaja. Pastinya mereka memiliki jiwa yang suka memberontak. Maka, kaedahnya mestilah lebih lembut. Sebolehnya saya cuba mengelakkan daripada meleteri mereka.
Sangat banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh latihan industri ini walaupun secara bersihnya saya cuma mengajar 2 jam sehari, namun sudah cukup menyedarkan saya bagaimana sukarnya untuk menjadi seorang guru. Jika saya sudah letih mengajar hanya untuk 2 jam, apatah lagi guru2 yang mengajar di sekolah mengikut waktu yang ditetapkan. Allahuakbar! Sungguh besar jasa seorang guru. Semoga Allah memberkati guru2 kita.
Sejujurnya, saya tak dapat menipu bahawa jiwa saya sangat dekat dengan bidang perguruan atau pendidikan ini. Saya suka mengajar. Mungkin juga kerana ayah saya juga seorang guru, kuah itu benar2 jatuh ke nasi. Namun, saya tak pasti samada saya sudah memiliki kecukupan untuk menjadi seorang guru atau tidak. Tapi, saya perasan bahawa saya memiliki kekurangan dari segi kelantangan suara. Bayangkan bagaimana tenggelamnya suara saya dalam kebisingan dan kekecohan murid2 di dalam kelas. Memang boleh terkeluar anak tekak walaupun hanya mengajar untuk 2 jam! Hahaha...
Apa2 pun telatah murid2, besar atau kecil sangat menggelikan hati saya. Kesungguhan mereka dan minat untuk mendapatkan ilmu mendorong saya untuk tak jemu dalam terus membimbing mereka. Mudah2an ilmu itu bermanfaat buat mereka dan saya di akhirat kelak. InsyaAllah. Sekian dahulu untuk 'this comeback post' daripada saya. Moga2 Allah meringankan tangan dan memberi idea untuk saya menulis lagi selepas ini. Wallahua'lam. WASSALAM.
SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
10 years ago

0 comments:
Post a Comment