Friday, 30 November 2012

Lakaran D'Art ~~

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat malam. Kali ni sy nak kongsi dgn kawan2 aktiviti mingguan sy kat USIM. Senang kata aktiviti bersama Geng Kartunis USIM a.k.a. GenKU. Bermula semester ni kami anjurkan kelas belajar melukis. Permulaannya diajar teknik melukis manual. Nanti akan disusuli dgn kelas kemahiran digital pula. Haa...tengok la gambar2 kartun hasil contengan sy yg tak seberapa ni...

Ni hasil latihan kelas pertama. Bersama sifu Syafiq. Belajar buat ekspresi dan emosi.

Tengok ni sample mata, mulut dan telinga. Sy memang fail bab mimik muka ni. Huhu..

Ni hasil kelas ke-3. Kelas ke-2 sy tak pergi. Huhu..kali ni belajar proportion. 

Kelakar teringat kata sifu Fadil yg ajar..
"Tak payah buat skeleton, lambat. Ni senang ja..apa yg penting basic ja, basic."
Senang juga ikut teknik ni dan macam sifu cakap, lebih cepat. Tak byk kerja.

Haa...macam2 aksi dan gaya kan...tp still fail lukis bhgn muka. 
Ada mcm org tua takde gigi tak? Huhu...

Orang bersalam dan gambar seluar serta kasut. Ada betul macam sifu cakap: 
"Takkan selama2nya nak lukis kasut dan seluar yg sama je.."

Lukisan2 sy ni tak la secantik mana yg macam kawan2 geng sy lukis. Sebenarnya gaya lukisan seseorang tu bergantung pd dia sendiri. Ikut keselesaan dan minat dia. Macam sy, sy tak pandai sgt nak lukis style manga yg kiut miut...macam dlm cerita karun sailormoon tu, so sy lukis ikut style yg sy selesa. Biar la tak comel mana pun..Ok sekian. Jumpa lg selepas ini. Wassalam. Ingat2 Tuhan dlm ingatan ^^

Halal dan Syubhah

Bismillahrirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2. Salam pagi Jumaat. Bagaimana khabar hati dan iman? Masihkah terpelihara? Sy doakan semoga kita semua berada di dlm perlindungan Tuhan. Sentiasa dipimpin dan terpimpin. Alhamdulillah sy masih punya kesempatan dan peluang utk terus berkongsi sesuatu dgn kalian.  Ya selagi mana boleh kita manfaatkan, ayuh sama2 kita garap. Jika tidak abaikan saje apa yg sy sampaikan. Huhu...So, macam2 nak kongsi hari ni. Sebelum Disember menjengah.

Utk pertamanya, hari ni sy nak kongsikan tentang forum yg batch Food Sc sy anjurkan hari tu. Dah lebih seminggu berlalu, tp baru sempat nk buat post mortem secara maya ni. Hahaha..perlu ke?? Erk..

Alhamdulillah, pd tanggal 20 Nov yg lepas, forum Halal dan Syubhah: Antara Dilema Industri, Penguatkuasa dan Pengguna telah berlangsung dgn jayanya. Meski ada byk kekurangan seribu kesyukuran kerana akhirnya  ia sampai ke kemuncak dgn pengisian yg sy kira sgt menarik dan berfaedah. Panelis jemputan pd malam itu adalah Us Mohd Amri Abdullah dari JAKIM dan Us Solihin dari JAIS. Seronok sgt sebab penyampaian mereka sgt tidak mengecewakan and sgt awesome!! Mana tak nye, pd awalnya kami ingat ustaz2 berdua ni tak pandai buat lawak, tp bila masuk gelanggang ternyata mereka sgt pandai ber'humor' terutamanya Us Amri. Yg menambah hangat dan ceria suasana tak lain tak bukan saudara moderator jemputan kami iaitu Shah Izad, senior Food Sc kami.

Terima kasih kpd semua ajk yg terlibat dan bertungkus lumus dlm memastikan kelancaran program. Terima kasih tak terhingga juga kpd penghuni Villa Mustaqillah atas sokongan dan tunjuk ajar yg berterusan. Kami budak baru belajar, elok sgt la kak2 tolong jolokkan. Huhu...

Sedikit gambar sepanjang program berlangsung:

Moderator bersama dua panelis dan our beloved Dr Alina sdg bergelanggang. 
Sayang lampu pentas tak dinyalakan. Apa mahu buat...

Yg biru2 ni semua geng Food Sc dan committee. Fokus2!!

Antara audien yg hadir menadah ilmu dan info. 
Alhamdulillah walaupun byk kerusi tak terisi. Not bad. Huhu...

Hehe...kalau perasan, semua gambar ni dari tepi sebab sy duduk kat kerusi tepi. Photographer amatur, guna handset lopek je...boleh la nak tangkap2 gambar buat kenangan.

Sebenarnya di sebalik kelangsungan program ni ada macam2 kisah dan sejarah yg sgt memberi pengajaran dan pengetahuan. Betul org kata, pengalaman adalah guru yg paling memberi kesan dan berharga, mahal tak terhingga. Biarlah byk mana halangan dan kesulitan, semua tu mengajar kami utk lebih peka dan merancang setiap aktiviti dgn lebih teratur. Apa2 pun perancangan Allah sentiasa yg terbaik!

Hurm...sia2lah kalau sy tak share serba sedikit input yg sy dapat sepanjang sesi forum tu. Antara yg dibincangkan ialah tentang isu gelatin, placenta atau uri dan alkohol dalam produk makanan dan kosmetik terutamanya. Biasanya kalau cakap tentang gelatin kita akan menganggap ia datang dari sumber babi. Tapi sebenarnya gelatin juga boleh didapati dari sumber2 haiwan lain spt ayam. Menurut Us Amri utk menghasilkan 1kg gelatin memerlukan 200kg tulang ayam. percaya tak?? Haa..


Berkaitan isu placenta atau uri pula, bagaimana pula hukumnya? Bolehkah digunakan dlm kosmetik spt yg telah dilakukan di negara luar, atau mungkin ada juga kes2 terpencil di tanah air kita ni. Wallahua'lam. Placenta ni sesuai digunakan dlm kosmetik kerana sifatnya yg berminyak dan lembap. Tapi dari segi syaraknya dilarang sama sekali. Apa2 yg dtg dari sumber manusia adalah HARAM, spt yg Us Amri sampaikan. Bagi sumber haiwan pula, mana2 yg tak disembelih secara syarie juga HARAM. Berlainan pula dgn bulu haiwan yg tak disembelih, HARUS kerana tiada deria sakit padanya.


Tu baru isu produk2 syubhah. Dari segi penguatkuasaan, byk juga dibincangkan tentang isu pensijilan halal. Kalau kita nak tahu la, permohonan sijil halal ni hanya pilihan kpd pengusaha bkn wajib. Tiada paksaan. Logik juga ustaz tu cakap kalu diwajibkan, macamana dgn peniaga2 kecil yg mungkin tak mampu nk tampung kos sijil halal tu kan...jd apa2 pun berbalik kpd individu tu nak pastikan apa2 produk2 yg dihasilkan    tu halal lg baik. Sbg pengguna jgn hanya mengharapkan pihak penguatkuasa je nak setelkan semua kes, tp perlu kerjasama dan keprihatinan pengguna dan org2 yg terlibat dlm industri itu sendiri utk membuat aduan kpd penguatkuasa. 

Sekadar itu sahaja perkongsian sy utk kali ini. Moga bermanfaat. Anda apa yg anda makan. Sy akhiri dgn tema forum kami: "Sihat Jasmani Sejahtera Rohani". Ingat Allah selalu.

Tuesday, 27 November 2012

Ayuh Sama-sama Tadah Tangan ^^

Ya Allah 
Engkau adalah keselamatan 
dan keselamatan itu hanyalah dariMu dan olehMu Ya Allah
Engkau jugalah Yg Maha Tinggi 
sedangkan kami hamba2Mu maha tersilap lagi maha hina-dina
Oleh itu kebesaran dan kemuliaan itu hanyalah milikMu Ya Allah

Ya Allah 
Kau hancurkanlah musuh-musuh Islam 
Bubarkanlah perhimpunan2 mereka
Kecilkanlah bilangan mereka
Runtuhkanlah dan goncangkanlah pendirian mereka
Dan turunkanlah azab yg pedih ke atas mereka




Ni karya kawan sy, sahabat GenKU Ruqaiyah Yusuf a.k.a. my sifu ^^

Jom Tahajjud!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Rasanya lama sgt tak update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni dgn aktiviti melukis di samping kerja2 sekolah yg sentiasa melambak. Huhu...lumrah hidup seorang pelajar, tak dpt lari dari kesibukan ni. Moga2 tiap2 atur langkah dituntuni oleh Ilahi Rabbi. 

So, utk kali ni sy nak share satu lg artwork yg tak seberapa ni. JOM TAHAJJUD!! Mesej yg ringkas sy kira tp boleh membawa kita utk sama2 muhasabah diri agar bersama2 ke arah yg lebih baik. Sy juga yg buat karya ni turut ajak diri sendiri utk bangun malam ni. Sy sendiri mengaku la berat sgt nak bangun malam ni. Nak istiqamah apatah lg. Jd harus ada titik permulaan yg baru.  Sekarang ni sy berazam utk tidur lebih awal supaya boleh la bangun awal pagi. Amacam kawan2, jom sahut seruan ni sama2. Ingat2 Allah selalu. Wassalam. ^^


Berfikir Sejenak ~~


Pabila kaki kita tertusuk duri
Kita kata: " Aduh sakitnya..."

Pabila nyamuk kecil dtg menggigit
Pantas tgn kita menerpa utk membunuh nyamuk itu
Kita kata: "Matilah engkau hai nyamuk! Sedapnye kau nk makan darah aku ye.."

Pabila tgn kita terhiris pisau
Kita cakap: "Aduh pedihnya..."

Tapi pabila kita tengok, kita saksikan penderitaan mereka, saudara kita di bumi Gaza, Syria dan Rohingya, terasa tak kesakitan dan keperitan mereka? Sgt jauh nk dibandingkan dgn sakit tertusuk duri, digigit nyamuk, terhiris pisau..bahkan berganda2 mereka rasai.

Maaf saudara2ku...
Aku hanya mampu menitiskan air mata
Menahan siksa yg menikam kalbu
Penderitaan zahir kalian adalah derita batinku
Akan kutidak putus mengirim doa di setiap usai solatku:

"Hancurkanlah mereka kaum yg kafir, musuh2 agamaMu Ya Allah, Ya Tuhan, Pemilik segala kekuasaan. Timpakanlah azab siksa yg pedih ke atas mereka. Menangkanlah Islam."

Ayuh teman kita muhasabah
Kenyangkah kita makan?
Lenakah kita tidur?
Sedang mereka sedang bertempur
Tahukah kita bhwa kita juga sdg berada di medan yg sama?
Cuma kita tidak sedar
Kita ditikam dari belakang
Dibom dlm bayangan
Ditembak secara halus
Dari dulu lg peluru mereka menyerang kita
Hiburan yg mereka hidangkan
Makanan yg mereka sajikan
Pakaian yg mereka jahitkan dgn benang murahan
Lalu kita balut tubuh kita

Kita ada pilihan
Maka kitalah yg tentukan

Saturday, 10 November 2012

Perkebunan Cintaku

Gagaga...tajuk seterusnya...yg ke-4 utk hari ini. Tentang apa ya? Adakah tentang cinta manusia?? Tidak sama sekali. Tp itu adalah kebiasaan manusia jika membaca, kata 'CINTA' itu lebih mudah dan cepat ditangkap oleh pembaca. Lalu tertarik utk terus membaca. Jadi, bacalah kisah cintaku ini ye..

Fokus sy ialah pd perkataan PERKEBUNAN tu...lebih ringkas..KEBUN!!! Hahaha...sy nak kongsikan sedikit aktiviti masa lapang sy. Tp ianya lebih kpd masa utk menghilangkan sedikit tension..aiii...bunyi kebun tu macam luas sgt tanahnya..tengok la ni kebun sy..taraa...inilah PERKEBUNAN CINTAKU <3

Ni baru lepas merumput. Ingat tak belajar KH dulu?

Bukan banyak pun pokoknye...cube kira ada berapa.
Cukup la nak bagi makan anak bini. Kih3

Haaa...bercucuk-tanam ni dulu termasuk dlm hobi masa lapang. Lebih2 lg semasa cuti lepas SPM dulu. Dapat minat ni menurun drpd mak sy. Mak sy tanam macam2 jenis pokok. Tapi serba sikit la. Boleh la juga nak buat makan2, kurangkan belanja dapur. Antara pokok2 yg mak sy tanam di sekeliling rumah terutama di depan rumah sy di Melaka ialah pokok serai, daun limau purut, kunyit, daun pandan, cili api, daun kari, daun kucai, daun kesum, daun sup, daun pegaga, dan sebatang pokok pisang yg masih belum berbuah walaupun dah berusia setahun lebih...kan ku tunggu jadimu wahai buah..

Yg tadi tu semuanya pokok sayur2an. Ada juga mak sy tanam sayur sawi dan kangkung dulu. Alhamdulillah merasa la makan sayur segar dr ladang, orang kata organik tanpa racun. Secara peribadi sy lebih suka tanam sayur2an sebab boleh dimakan berbanding bunga2an yg hanya sedap mata memandang. Terpulanglah kpd individu. Sayur boleh dimakan adalah rahmat, bunga sedap mata memandang juga adalah rahmat Tuhan. Cuma kita je la sedar atau pun tak. 

Sekarang ni, bunga pun ada juga yg orang buat makan kan, macam bunga ros dan orkid yg digoreng rangup. Subhanallah, tidak Dia ciptakan sesuatu itu dgn sia2 melainkan ada padanya manfaat yg tersurat mahupun tersirat. Seronok juga melihat perkembangan pokok membesar sambil2 menghayati makhluk kejadian Tuhan. TADABBUR alam. Hayati kebesaran Tuhan ^___^

Ini si kucai. Anak sulung. Pertama sekali dibawa dtg ke bumi Nilai. 
Lebih spesifik di Villa Mustaqillah. Kawannya si cili dah mati dulu. Innalillah...

 
Yg kiri ni serai...rambut baru lepas kena ketung (potong) haha...yg kanan ni pokok kari. Jgn tak tahu!!

Mereka adik beradik lain mak bapak. Datang sekali dgn si aloe vera anak-beranak (lihat gambar di bawah). Terima kasih kpd abang sy, 'Athuf yg sudi menyemakkan keretanya dgn pokok2 sy ni. Huhu..

Yang ni sy panggil cik som..si daun kesum. Ni ketika baru lepas dicucuk sejurus sampai dari Melaka. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezekiku. Allah selamatkan kamu. Hehe

Ini pokok kunyit. Baru juga dimasukkan ke dlm pasu ni. Sekali dgn cik som. 
Semoga jd pokok yg soleh ye..

Ada lagi ni...mereka tinggal agak berasingan dgn yg lain. Tak boleh kena air sangat, kena cahaya sangat pun tak boleh. Manja dia ni...mucuk2..sori la i tak sempat nak manjakan u olz..

Ibu bersama anak-anaknya. Ini la dia si aloe vera.

Haa...masyaAllah tengok pokok2 ni hati jd tenang, hijau je...tak macam minda kita yg penuh kusut. Sedikit-sebanyak melihat mereka meleraikan kekusutan itu. Dia tak kacau kita pun kan..kita la kena beramah-mesra dgn dia, cakap2 dgn dia. Cakap dgn pokok ni macam cakap dgn org koma. Tak sedar tp boleh mendengar. Betul ke?? Entah..boleh la sama2 kaji. Maksud sy kita ucapkan kata2 yg baik supaya pokok ni tumbuh elok, tak merajuk dgn kita. Macam org la pulak..ye la mereka juga makhluk Tuhan kan. Perlu dibelai dan disayangi. Hik3. Sampai masa kita bubuh baja, disiram. Supaya subur. Ibarat hati kita yg perlu disiram dan dibaja dgn zikrullah untuk menyuburkan iman. InsyaAllah kan hidup hati yg mati. Sekian buat kali ini. Terus2kanlah mengingati Tuhan, siram pokok, siram hati juga :)

Satu-satunya Yang Kutahu

Orait. Banyak pula benda nak share hari ni. Maklumlah lama dah tak update. Bukan saja2 tak update tp kumpul bahan laporan. Kih3...bajet je..Tak ada la. Apa dia yg satu2nya ni? Ha...taraa...

Hitam-legam. Hihi

Inilah yg sy maksudkan...kek coklat kukus. Bukan kek hitam kukus tau!!! Satu2nya kek yg sy reti buat. Sebab sy suka kek coklat. Yum3...kek lain kurang digemari. Biasanya sekali sy buat dua atau tiga biji.  Kalau pakai loyang la....yg ni sebab bubuh dlm bekas jadi nampak banyak. Hehe..

1st round kukus: Nampak licin. Kurang merekah.

2nd round: Merekah tahap gaban. Macam kuih apam kan. Hihi

Kek2 ni sy buat sebelum balik USIM lepas cuti midsem hari tu...camni la selalunya. Kek yg sy kukus akan jadi merekah. Tp jgn risau merekah tp sedap!! Ye ke?? Kalau diletak topping lagi sedap kot...tp malang sy belum pandai buat. Takpe nanti sy belajar dan kawan2 pun kena belajar. Bg yg tak reti macam sy. Lagi satu, mak sy kata: "Jangan duk buat kek yg hang suka ja. Belajaq la sama buat kek2 lain." Hihi...the point is belajar la macam2 selagi ada waktu ni..tambah2 ilmu rumah tangga, tingkatkan kualiti seorang wanita. Erk..tetibe.

Ni ada gambar lg tapi gambar adunan tak ingat nak ambil sebab tak terfikir dr awal nk ambil gambar2 ni: 

Kukusan 3rd round

Lihat api itu membiru. Kawal api jgn terlalu kuat tau. 
Nanti terkejut kek tu. Jd merekah mcm sy buat tu...

Dah abes...

Cuba la resepi ni. Sy ambil drpd seorang ex-roomate semasa tinggal di Kolej Kediaman 1 USIM a.k.a. KK1. Sabrina namanya. Jazakillah kheir Sab atas resepi kek yg melazatkan ni. Ramai org yg suka tau!! Bukan sebab sy buat tp sebab keberkatan drpd makanan yg dibuat dgn  kasih-sayang. Hihi...

KEK COKLAT KUKUS
(2 biji kek saiz sedang)

1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
2 biji telur
(Dipukul sehingga sebati)

2 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir (boleh juga dikisar halus)
1 cwn serbuk koko
1 susu teh serbuk penaik
1 sudu teh sida bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
1 cwn air panas suam
*Boleh jg diletakkan secubit garam utk menaikkan rasa lemak.
(Dituang dan dikacau ke dlm bahan2 yg telah dipukul rata td. Masukkan sedikit demi sedikit.)

Dah siap adun boleh la terus dikukus. Sebelum tu lengserkan minyak ke serata permukaan dan sisi dlm loyang atau acuan utk elak drpd melekat. Seelok2nya dialas dgn kertas (Sy pakai kertas A4 putih biasa je.) Senang utk dikeluarkan setelah siap masak. Tunggu dlm 20-30 minit. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dgn lidi, jika tak melekat sisa pd lidi maknanya dah masak la. Then, siap utk diNGAP!!! 

Selamat mencuba resipi kek satu2nya drpd sy. Hehe..Makan ingat Allah. Syukur atas nikmatNya. ^^

Akhlak Bunga Diri

Assalamualaikum kawan2. Ni adalah artwork sy yg terbaru. Sebenarnya sy ni ahli Geng Kartunis USIM or simply known as GenKU. Boleh juga membawa maksud Generasiku. Haa...promot kelab sikit..minat melukis? Boleh la join GenKU. Bg student2 USIM la ye. Sengaja join utk cari pengalaman di samping dpt menyebarkan dakwah walaupun sedikit. 


So, artwork ni tentang akhlak. Akhlak sbg lambang peribadi seseorang. Betul tak?? Orang berakhlak ni boleh membuatkan hati org tertarik. Tertarik dgn apa? Kalau dia Muslim  kita akan tertarik dgn Islam, nampak indah Islam tu kan..Dah kalau orang Islam rendah akhlaknya, bagaimana pula la persepsi masyarakat terutama drpd golongan bukan Islam? Kalau pula org tu banyak ilmu tapi tak berakhlak. Jadi cacat la kan...tak sedap memandang, hilang juga hormat org terhadap dia. Sebab tu pepatah arab ada mengatakan: Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah. Jadi orang yg berilmu, tapi tidak beramal dgn ilmunya, salah satu ilmu tentang keperibadian Muslim, ilmu akhlak yg memang dianjurkan oleh Islam. Takkan ada gunanya. Jadi sia2 la kan...Jadi, ayuh fikir2kan. Selamat beramal. Jangan lupa Tuhan ^^

Petikan Nasyid...
Akhlak ialah bunga diri
Indah dilihat oleh mata
Senang dirasa oleh hati
Setiap orang jatuh hati

Akhlak nilai diri manusia
Modal hidup di mana-mana
Ke mana pergi orang suka
Banyak kenalan murah rizki

Sebaik baik manusia
Yang tinggi akhlaknya
Karena disukai Allah
Dan juga rasul-Nya
Disenangi manusia seluruhnya
Akhlak mulia ibarat bunga

BERAT dan SIBUK =_="

Bismilllahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..syukur malam ini, di celah2 kesibukan, sy curi sedikit masa utk menulis sesuatu di ruangan ini. Agak lama menyepi. Bukan tiada berita, tp tersepit dek kesibukan. SIBUK. Sibuk dgn pelbagai assignment, presentation, dan tanggungjawab2 lain. Baru bergelar pelajar, ujian ini sudah terasa sgt berat sekali. Sengaja ingin sy lari dari tekanan, lalu dicoretlah tulisan ini di sini.


Tuhan...sungguh pasti Kau tahu akan apa rasa hatiku sekarang, tidak tentu arah, bingung di minda, tak tahu nak dahulukan yg mana.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sengaja buat garisan pemisah di atas sebab ni adalah sambungan drpd coretan sy yg tergantung tempoh hari. Tergantung kerana SIBUK. Ni pun baru boleh nak bernafas sikit. Huhu....Alhamdulillah, syukur terima kasih Tuhan masih sudi memberi peluang kpd hamba hina utk menikmati udara yg nyaman.

Hurm...jom terus masuk topik. BERAT. Sejauh mana beratnya beban yg terpikul di bahu kita? Berat sgt ke sampai kita tak tahan, tak sanggup, rasa tak mampu..sama je semua istilah ni..nak bagitahu BERAT ni boleh diterjemahkan kpd banyak kata. Haaa...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, apa yg kita lalui ni tak la seberat mana. SEBAB?? Kerana kita masih ada masa utk bermain2, bergurau-senda, ketawa, dan bersosial. Nak dibandingkan dgn para pejuang Islam, sangatlah tak terbanding.  Adakah kerana perbezaan zaman? Sy berani utk berkata mungkin.

Sibuk bermain??

Setiap zaman melalui revolusi dan peningkatan teknologi. Semakin hari semakin byk benda baru dicipta. Mesin2, aplikasi2, gadjet2 dan macam2 lg. Apabila byk wujud benda2 seumpama ini maka manusia lebih byk terpengaruh dan menghabiskan masa dgn mengendalikan alat2 tersebut, makin banyak isunya, maka makin banyak masalahnya. Bg yg pandai memanfaatkannya ia tidak menjadi masalah tetapi bg yg mensia2kannya dgn perkara yg tidak atau kurang berfaedah di situ sudah menjadi masalah.

Sedangkan kita lihat para ilmuwan dan pejuang dahulu tidak byk benda yg ingin difikirkan. Tetapi tidak byk bukanlah bermakna mereka tidak sibuk, bahkan mereka lebih sibuk daripada kita. Mereka sibuk memikirkan masalah ummat. Mencari penyelesaian kpd masalah2 baru yg muncul pd zaman mereka. Mencipta kaedah bg penyelesaian masalah, mengkaji peradaban manusia, menerokai ilmu2 sains, matematik, astronomi di samping ilmu Al-Quran dan Al-Hadith yg didalami oleh mereka. Sungguh mereka sangat hebat dan mengagumkan!! Subhanallah tsumma masyaAllah. Ternyata masa mereka tidak terbazir bahkan sangat dimuliakan dgn pengisian2 yg bermoral dan berilmiah.

Sibuk memikirkan masalah ummat??

Kita pula merasakan waktu kita begitu pantas berlalu sehingga kita bermain kejar2 dgn masa. Semakin laju kita melangkah, adakala ada sesuatu yg tertinggal. Sy la tu..mungkin kawan2 juga pernah lalui apabila kita cuba utk bergerak pantas lantaran terlalu byk perkara yg minda kita sedang fikirkan sehingga terlupa utk membawa sesuatu yg penting. Di situ sahaja dah memakan masa utk kita kembali mengambil barang tersebut. Haha..teringat sesuatu =_="

Sibuk tak terkata.

Perasan tak kawan2, kalau kita belajar dalam dewan kuliah kita akan terasa yg waktu itu sangat lambat berlalu. Tapi kalau kita belajar di rumah atau di bilik kita sendiri masa itu sangat pantas berlalu. Sekilas kita tengok jam, kali ke-2 kita tengok waktu sdh berlalu sejam demi sejam. Arghh...kita jd tertekan. Kenapa jadi begitu?? Pernah terfikir tak?? Sy pun takde jawapan. Ok la. Setakat ni je coretan utk kali ni. Wassalam. Ingat2 Tuhan selalu. :)

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!