Friday, 15 March 2013

Siri Baru

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur jumpa lg dgn kawan2 yg sudi berkunjung ke taman penglipur lara ini. Apa khabar semuanya? Moga2 sihat sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi. Tadi sy ziarah sebentar laman blog 'kakak' sy Kak Ejum. Dia baru bersihkan sawang kat blog dia. Ni turn sy pulak. Hehe...Ye la, walaupun dah hampir sebulan masuk sem baru, sem 6 di USIM ni, baru hari ni terasa nak update. Macam biasa, ceritanya ada, banyak, tapi kudrat dan kerajinan tak mengizinkan. Haa..

Biasanya, bila kita cakap tentang perkara2 baru, macam tahun baru, semester baru mesti kita semua akan mula nak buat azam baru. Tapi, sy tak mahu cakap tentang azam2 baru ke apa. Cumanya sy lebih suka untuk mengatakan sy akan cuba sedaya upaya utk hadapi sem ni, yg bagi sy agak kritikal dan mencabar. Mana taknya, baru nak masuk sebulan dah banyak assignment dan presentation nak kena buat, Seriously, agak pressure. Tapi sy cuba utk melupakan seketika dgn menulis di sini. Hehe...

Bila ada yg baru, mesti ada yg lama. Tiada lama tiada baru. Begitu kita sangat digalakkan utk melihat ke belakang agar dpt diambil pengajaran darinya. Jangan percaya sangat kata2 "Jangan pandang belakang." Melihat ke belakang bukan utk disesali, ditangisi tetapi agar ianya menjadi pendorong semangat utk kita lebih memajukan diri jika kita gagal sebelumnya. Kalau dah bagus??? Dah...jangan duk rasa bagus sangat la...Kalau kebaikan yg kita dapat, maka bersyukurlah, kembalikan kpd yg empunya segala kebaikan dan kepujian.

Alhamdulillah syukur, sy sangat bersyukur dapat result final exam yg memuaskan. Memang sy tak jangka memandangkan subjek2 sem lepas agak tough juga dgn jadual exam yg agak padat. Syukur tak terhingga kerana ketenangan yg cuba sy cari semasa fatrah exam yg lepas membuahkan hasil. Tapi itu bukan alasan utk sy ragu bahawa itu semua datang daripadaNya, bukan kudrat sy yg lemah ini. Apatah lg utk berbangga. Sebaliknya, patut malulah sy utk bermegah2 jika ilmu2 yg sy dah belajar dan jawab semasa exam tu tak diamalkan.

Sem baru...hurm...suasana di Villa Mustaqillah ni pun sedikit baru, housemates baru, adik2 baru, ragam baru. Hehe...sekarang kami pula jadi kakak2, perangai berubah??? Sikit la...bak kata kawan sy Aziyah, "Awak rasa tak yg kita macam dah besar. Ye la dah  duduk dengan adik2 kan." Haa...biasa la kalau kakak2 ni suka 'ngenat' adik2, ore klate kata. Ingat lagi, sem2 lepas kak2 sokmo duk ngenat sy. Kalau dulu, kak2 yg duk tegur kami, sekarang kami pulak sakit kepala fikir macamana nak tegur junior2 sekali dgn Kak Fariza dan Kak Raihan yg masih tinggal di sini. Pastinya kena berhikmah.

Hurm....dah cakap pasal exam, pasal rumah, sekarang berbalik kepada cabaran di SIRI BARU ni pulak. Sememangnya sangat mencabar. Hujung minggu ni je sy kena get ready utk 3 presentation dan 2 assignment nak kena submit. Sempat lg duk update blog nih. Tak sedar2 lg...adakah sy sedang membuang masa? Mudah2an perkongsian ini bermanfaat. Sy cuba utk tak meNENSYENkan diri ini. Huhu...

Ok, salam sayang, salam sem baru buat semua. Di kesempatan ini juga sy nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN yg ke-24 buat Kak Haizum a.k.a. Kak Ejum @ Miss Show Off. Semoga diluaskan pintu rezeki, dilimpahkan ketenangan, ditabahkan hati menempuh kehidupan, menjadi solehah dan beroleh jodoh yg soleh, sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayangNya. Walaupun kita berjauhan, tapi Allah tak pernah berjauhan dari kita, maka jadikan Allah sbg tali penghubung ukhuwah kita. Uhibbuki fillah abadan.


Sunday, 20 January 2013

Jawapan BOCOR!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua para tetamu taman Penglipur Lara pada saat ini? Sy doakan semuanya sihat2 belaka bersama rahmat Allah untuk kita terus berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama keseluruhannya. InsyaAllah.

Buah tangan daripada sy untuk kali ini adalah…sshhhh…jangan bagitahu orang lain pula. Nak share dengan korang jawapan exam FALSAFAH TASYRI’ hari tu! Hehe…gimik agak tak menjadi..

Hurm…mood final exam hari tu tak habis lagi ye nampaknya! Bukan apa sengaja nak kongsikan dengan kawan2 serba sedikit apa yg sy belajar pada sem 5 yg baru saja berlalu. Apa yg sy garapkan ini hanyalah secara keseluruhan kesimpulan daripada apa yg sy belajar dalam subjek ni.

Secara lughahnya Falsafah Tasyri’ juga membawa maksud MAQASID AS-SYARI’AH. Haaa…so, mesti korang boleh agak kan apa yg sy pelajari melalui subjek ni kan..Ya, tidak lain tidak bukan subjek ni membincangkan tentang Maqasid Syar’iyyah atau secara lughah atau bahasanya tujuan2 atau hikmah2 di sebalik sesuatu pensyariatan itu. Sudah tentu syariat itu adalah hukum2 yg diturunkan dan ditetapkan oleh Allah kepada setiap mukallaf iaitu hamba2nya.

Di permulaan kuliah, sy dan kawan2 diperjelaskan oleh pensyarah kami, Al-Fadhil Al-Ustaz Ibrahim Negasi berbangsa apa sy tak ingat pula tp berkulit sedikit gelap (semoga Allah memberkati dan memanjangkan pahala drpd ilmu yg ustaz ajarkan) TENTANG….

KHASAIS MAQASID AS-SYARI’AH

Iaitu keistimewaan atau ciri2 Maqasid Syar’iyyah. Secara ringkasnya ianya bersifat Rabbaniyyah, ‘Alamiyyah, Syumuliyyah, Tawasuth, Murunah, dan Waqi’iyyah.

Rabbaniyyah bermaksud ketuhanan. Agar mudah difahami, ianya menunjukkan bahawa syariat itu datangnya daripada Allah, ciptaan Allah, digubal oleh Allah. Ianya berbeza dengan undang2 ciptaan manusia. Maka, ianya terpelihara daripada sebarang kecacatan. Tuntas, mematuhinya adalah lambing ketaatan kepada Allah.

‘Alamiyyah pula bermaksud universal yakni syariat Allah terpakai oleh semua umat manusia, tidak terhad oleh tempat dan masa. Bermakna, tidak kira bila dan di mana, seseorang hamba itu tetap terikat dengan syariat Allah, tidak sesekali terpisah. Tetapi, aspek kemaslahatan sejagat mengikut tempat, masa, dan situasi tetap diambil kira.

Syumuliyyah pula menggambarkan syariat itu bersifat lengkap merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seperti aqidah, ibadah, jenayah, muamalat dan sebagainya. Ianya menjaga kepentingan manusia secara keseluruhannya baik yg dharuriyyat, hajiyyat, mahupun tahsiniyyat.

Tawasuth pula bererti seimbang atau sederhana. Syariat Allah tidak bersifat melampau dan juga tidak bersifat kekurangan tetapi ianya adil dan seimbang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi. Berbeza sekali dengan undang2 manusiawi yg hanya mementingkan keuntungan dan manfaat duniawi. Bahkan dari segi pembalasannya juga syariat menetapkan hukuman yg bersifat duniawi yg menjaga maslahah individu juga ukhrawi yg menjaga maslahah masyarakat. Sedangkan undang2 manusia hanya mementingkan hak individu.

Murunah ertinya fleksibel. Ringkasnya ciri ini membuktikan bahawa syariat Allah itu boleh berubah bersesuaian mengikut tempat, masa, dan adat. Senang kata sesuatu syariat Allah itu masih ada tolak ansur melihat kepada situasi seseorang itu. Walaubagaimanapun, dasar kepada syariat tetap tidak boleh diubah dek kerana kesulitan yg menimpa sebahagian golongan. Mudahnya, meskipun ada rukhsah atau keringanan yg diperuntukkan utk keadaan tertentu yg memaksa tetapi hokum asal tetap kekal bg yg tidak hajat kepada rukhsah tersebut.

Waqi’iyyah pula bermaksud realistik. Bagaimana yg dikatakan realistik ialah ianya sesuai dengan realiti semasa. Jadi, diambil kira juga realiti manusia yg bersifat berpasang2an. Terbinanya manusia itu daripada elemen ruh dan jasad, daripada unsur langit dan bumi, juga diciptakan adanya lelaki dan perempuan. Maka, tidak ditaklifkan sesuatu syariat itu jika berada di luar batas kemampuan seseorang hamba itu. 

Itu baru pengenalan. Ye la sebelum kita pergi dgn lebih mendalam lg eloklah kita kenal2 dulu ciri2 syariat Islam tu kan. Tak kenal maka tak cinta. Sekarang kita pergi dalam sikit lg. Haaa...Jangan jemu pula ye...hihi..

Bab ni masuk exam hari tu...TENTANG...

HUBUNGAN ANTARA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DENGAN MAQASID AS-SYARI'AH

Secara ringkasnya, Al-Quran adalah sumber utk mengetahui maqasid syar'iyyah itu sendiri. Bahkan ianya menjadi sumber yg pertama. Di dalamnya la kita boleh mengetahui tentang maqasid at-taisir (keringanan), keikhlasan, Al-Quran juga menjadi bukti bahawa syariat Islam itu memelihara maqasid syar'iyyah. Contohnya, dalam Al-Quran kita mendapati bahawa solat itu hikmahnya adalah utk mengajak kepada kebaikan dan menghindar kemungkaran, hikmah puasa dalam melahirkan insan bertaqwa, dan peranan sedeqah dan zakat supaya harta dapat dikongsikan dengan golongan yg kurang berkemampuan.

As-Sunnah juga seperti Al-Quran, ia merupakan sumber utk mengetahui maqasid syar'iyyah yg ke-2. Tambahan pula, disebabkan Rasulullah itu adalah orang yg paling tahu tentang maqasid syar'iyyah, maka sangat perlu kepada kita untuk mengetahui dan mempelajari sunnahnya.

Selain itu, sy turut belajar tentang pembahagian maqasid. 

JENIS-JENIS MAQASID 

Jenis2 maqasid itu pula dilihat dari beberapa sudut.  Maka wujudlah maqasid syari' dan maqasid mukallaf, maqasid 'ammah dan khassah, kulliyyah dan ba'dhiyyah, maqasid dharuriyyat, maqasid hajiyyat, dan maqasid tahsiniyyat. 

Ada lg sebenarnya sy tak ingat. Sy update kemudian ye mana yg tertinggal. Huhu...

Untuk yg dharuriyyat ada lima di bawahnya iaitu hifzu ad-din (menjaga agama), hifzu an-nafs (menjaga nyawa), hifzu al-aql (menjaga akal), hifzu an-nasl (menjaga keturunan), dan hifzu al-mal (menjaga harta). Untuk menjaga kesemuanya adalah dari segi melakukan perkara yg membawa (janib al-wujud) kepada kelima2nya dan meninggalkan perkara2 yg boleh menjauhi (janib al-adam) drpd kelima2nya.

Sebagai contoh, untuk menjaga agama seseorang hendaklah berdakwah dan menjauhi perbuatan syirik. Selain itu, untuk menjaga nyawa seseorang hendaklah memakan makanan yg berkhasiat dan tidak mengambil makanan yg boleh menjejaskan kesihatan. 

IJTIHAD MAQASIDI

Sekarang sy nak share serba sedikit tentang ijtihad maqasidi. Ijtihad maqasidi secara umumnya adalah ijtihad berdasarkan kepada maqasid syar'iyyah iaitu dengan melihat kemaslahatan yg ada padanya. 

Walaubagaimanapun, ijtihad maqasidi hanya dibolehkan dengan beberapa syarat seperti hendaklah tidak bercanggah dengan nas-nas syarie seperti yg termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah, hendaklah tidak bercanggah dengan nas yg qath'ie, hendaklah tidak bercanggah dengan ijmak dan qiyas, dan juga tidak bercanggah sesuatu maslahah dengan maslahah yg lebih utama.

Ijtihad maqasidi ni banyak digunakan oleh para ulama dalam masalah2 baru yg wujud pada zaman ini yg memang takde dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya macam penggunaan pembesar suara ketika solat, genetic engineering, pembinaan tingkat2 utk ibadah sa'ie, melontar jamrah dan tawaf, solat di dalam kapal terbang dan macam2 lg la.

Setakat ini sahaja utk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat utk kita semua. Apa2 pun ni adalah general understanding berdasarkan apa yg sy belajar. Untuk tahu lebih lanjut boleh la rujuk buku2 Maqasid As-Syari'ah. Lagi satu pesan sy agar apa yg sy tulis ni tak dijadikan rujukan utk tujuan tugasan2 ilmiah. Boleh jadi ada kesilapan dan kekurangan pada apa yg sy coretkan di sini. Jika ada kesilapan mohon juga diperbetulkan. Segala yg baik datangnya drpd Allah, dan yg buruk itu dari kelemahan sy sendiri. Sekian daripada hamba yg lemah. Wallahu a'lam. Wassalam.

Please Don't Drive Me Crazy!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...syukur terima kasih Tuhan, masih Kau berikan hamba kerdilMu ini utk menghirup udara segarMu pada hari ini. Sungguh hina dan tak layaknya aku utk beroleh kurniaanMu itu sedangkan aku masih terleka dan belum benar2 mampu utk memakmurkan bumiMu yg Kau amanahkan buat hamba2Mu. Terima kasih juga masih Kau beri kesempatan untukku berkongsi sedikit coretan pada kali ini.

Ya...hari ini tiada apa yg istimewa buat kawan2 utk sy kongsikan. Tapi ia sangat istimewa bagi sy. Hehe... Hari ni hampir masuk hari yg ke-5 sy berada di kampung halaman, Melaka negeri bersejarah, bumi bertuah. Cewahh!!!

Hurm...walaupun takde orang sgt kat rumah ni, cukuplah kiranya sy dapat menatap wajah kedua2 ibu bapa sy. UMMI dan WALID.

Always behind me :)
Budak comel itulah sy!! Jangan tak percaya !

Macam biasalah sy kalau balik duduk dgn ummi dan walid, status sy sebagai seorang pelajar akan bertukar kpd SURI RUMAH. Suri rumah buat kedua2 orang kesayangan sy ni...haa..bukan buat teeeett....haha.

Sangat berbaloi rasanya dapat menghabiskan masa bersama ibu bapa tercinta. Dapat solat berjemaah bersama hampir setiap waktu terutama dgn UMMI. Dapat makan bersama dalam satu dulang. Dan dapat berkongsi hobi yg sama...haa...BERKEBUN bersama ummi! Walaupun kebun kami kecil sahaja tp dapat juga makan2, guna utk memasak. Besar juga la kebun tu nak dibandingkan dengan PERKEBUNAN CINTA sy yg kat bumi Nilai tu...Di sini bumi BERTUAH, di sana bumi BERNILAI. Haha...

Hurm...kenapa la sampai sy merayu cakap "Please don't drive me crazy!!!"?? Haha....takde apa sebenarnya. Tapi, hari ni masuk hari kedua sy mengikuti kelas memandu. Dengan CIKGU YUNUS. Haha... Driving almost makes me crazy! Sy pun tak tahu kenapa. Sy tengok orang lain memandu ok je..macam senang. Tapi sy ni, sangat susah nak dapat keberanian macam orang lain. Setiap kali nak tekan minyak, nak kena bawa kereta sy jadi gemuruh, dup dap dup dap...nak runtuh rasanya jantung sy, nak luruh! Kaki pula kadang2 tu macam bergetar, menggeletar. Mula la mencapai tahap keNEBESan yg maksimum. Tuhan saja la yg tahu berapa laju degup jantung sy tu.

Moh2, free je..kalau ayah anda gurunya!

Pilih nak yg mana...kalau L bawak dalam kawasan je la..
Baik dalam kawasan kalau ada P tp tak berani nak bawak. Huh!!

Dan tadi, alhamdulillah sy berjaya menempuh sedikit cabaran. Memang masa mula2 nak letak kaki kat pedal minyak, clutch dan brek rasa gugup, NALING...haaa...apply word klate yg terbaru. Pinjam ngan Nisa. Erk!! Sila jangan melalut lebih2 ye cik Thirah.

Back to my story, tadi sy bersama Walid travel pergi ke rumah Mak Lang di Jasin. Jarak dari rumah sy, jauh la juga. Hehe...sesi pandu uji tadi berjalan dengan agak ok. Boleh la sebab jalan yg kami lalu tu tak sibuk sangat. Itu pun jangan tertipu sangat la ye....sy bawa bukannya along the journey. Ayah sy bawa dulu, and then agak2 line clear, ayah sy berhenti kat tepi jalan and yeah...it's turn for me to drive!! Agak2 berapa kali juga la kami tukar shift. Haha...dan ada la adegan2 termati enjin dan babak2 kena hon dengan pengguna jalanraya yg lain. So, can u imagine how did i feel at that moment?? How fast was my heartbeat?? Kih3...

Sila la sabar bg yg memandu di belakang sy ye...sy budak baru belajar. Hik3

Jangan la jadi sampai macam ni..

Kepada Kak Ummu yg mungkin membaca blog ini, doa2kan la sy dapat keberanian macam akak utk drive kereta sendiri. Lawak la bila ingat2 balik detik2 naik kereta berdua dengan akak je..dah la sy ni kalut, gelabah, lagi tak tahu apa2 pasal driving dan kereta. Sampai la kena buat2 berhenti kat depan kedai kat Nilai Square semata2 nak cek kotak minyak (ntah betul ke tak istilah ni...bantai aje la...) kat sebelah mana. Sorry for not concerned about it's location. Haha...Dan lepas tu dapat la pusing satu round kat situ! Dan....lutut sy mula la terketar2..nebes tak terkata! Untuk Kak Ejum, sila jangan gelakkan sy wahai sang menara Kuala Lumpur yg bakal disatukan nanti menjadi menara berkembar petronas pulak! Chill ye kak :)

Apa2 pun, it's such a great moment for driving class today. Haha...mana taknye ini adalah kali pertama sy drive di luar kawasan rumah sy (dalam pagar Kuaters yg sy tinggal)... Selepas mendapat lesen hampir2 setahun yg lepas. Teruk tak?? Mudah2an sy dapat catch up balik skill2 memandu ni. Teringat kata CIKGU YATI, my driving teacher kata: "Kau dah boleh bawak kereta dah Thirah...tapi engko KHAYAL." Ye ke?? Boleh la...entah la sy ni susah sangat nak fokus masa memandu. Ye la masa memandu kena alert macam2 benda kan...tengok cermin depan, sisi, lampu isyarat, jalan...adoi..

Nak ambil lesen bawa kereta kabel boleh tak? Kurang sikit gemuruh dan risikonya..huhu...

Apa2 pun kawan2 doa2kanlah sama sy dapat laluinya dengan tenang dan mudah. Tak tahu la sy dapat ke tak mencapai target yg ayah sy tetapkan utk boleh drive sendiri dalam masa cuti SEBULAN nih!! Allahu musta'an. Tuhan, berikanlahku kekuatan utk mengharungi sedikit ujian ini. Agar nanti tidak lagi aku menyusahkan orang lain yg sudah banyak berkorban untukku. Ameen.

Sebelum tu, enjoy this song. Takde kaitan dengan sy pun...

Wednesday, 16 January 2013

S3...Salam Sayang Semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Huh...akhirnya takdir Tuhan mengaturkan malam ini adalah yg terakhir buatku tinggal bersama kakak2 Villa Mustaqillah....Kak Ummu, Kak Ana, Kak Mas, Kak Zati, Kak Haizum..Hurm...tu la konon nk balik lewat tp nak wat camna. Ku relakan...

Detik itu semakin dekat. 
Aku tidak suka tapi aku HARUS melepasinya.

Jarang air mata ini menitis kerana ITU. 
Tapi malam ini ia gugur sebelum sampai masa ITU berlaku.

Bagi sesiapa yg perasan, ni status FB yg sy post dlm seminggu lalu. Mesti ada yg ingat sy tension, sedih, berdebar nak exam. Tp sebenarnya bukan sebab itu. 

Detik seperti malam ini adalah sebabnya. 
Sy jarang menangis sebab PERPISAHAN. Sebab PERSAHABATAN.
Malam tu sy betul2 menangis sebab membayangkan detik perpisahan yg akan sy lalui dgn akak2. 
Haha...cam ape je...
Tengok2 la gambar2 ni sambil2...ni tengah menjamu selera. Makan bersama kali terakhir utk sem ni. Ada rezeki bleh makan sesama lagi.. 




Mungkin sebab sy ni kurang bergaul, tak ramah, dulu kat sekolah pun tak duk kat asrama.
So, terlalu byk memori di sini, pahit dan manis utk sy kenang sepanjang duk kat sini.
Jujur sy katakan sy rasa macam tinggal dgn keluarga sendiri kat sini.
Sedikit sebanyak terubat kerinduan dengan keluarga.
Takda apa ayat yg sy boleh cakap melainkan byk2 terima kasih kpd akak2 semua. 
Terima kasih Kak Ummu yg setia tidur di sebelah sy hampir tiap2 malam.
Kejutkan sy solat subuh. Walaupun subuh gajah kadang2. Astaghfirullah...
Terima kasih kongsi ilmu, pendapat lebih2 lg utk junior food sc akak ni.
Share tips2 menjahit walaupun sy tak berapa pandai.

Terima kasih Kak Haizum, Kak Ihan, Kak Ana, Kak Mas dan semua yg caring pasal kesihatan sy.
Terutamanya masalah "........." sy. Sanggup la paksa sy pergi klinik.
Pastu jumpe ngan dr cancer cervix tu plak. Haha...

Terima kasih sediakan makan minum kami especially di musim exam.
Terima kasih bersusah2 utk kami.
Sangat sy hargai keprihatinan kalian... 
Terima kasih Kak Ummu dan Kak Ana bg sy pinjam nota dan buku Food sc.
Terima kasih kakak2 share tips wat thesis dan bg softcopy thesis tu.
Moga pahalanya berpanjangan...

Terima kasih akak2 semua tolong jayakan forum halal dan syubhah yg sy dan kawan2 anjurkan.
Terima kasih sgt2 bg tunjuk ajar kpd sy yg baru nak bertatih2 walaupun dh Thn 3. Huhu...

Terima kasih Kak Haizum selalu sakat sy yg kalut ni.
Persamaan kita adalah dua2 TAKUT LIPAS.

Terima kasih kakak2 sanggup ambil dan hantar kami ke kampus.
Hantar dan ambil kawan2 ke Dataran Nilai, ke KTM.

Kak Ummu, Kak Ana, Maryam.
Allahu akbar...sangat terharu. 
Tapi tak nak nangis sekarang walaupun tengah sebak ni.
Sebenarnya adik sy dah tunggu kat Mannusalwa tu dari td lg. Haha...rilek lak sy menaip entry ni.
Mana la nak tau ni entry terakhir b4 sy balik. 
Balik nt dah takde internet.
Terkilan sebab tak dpt nak bg apa2 tp takpe la lain kali ada rezeki jumpa lagi insyaAllah sy bg.
Tunggu la cerpen sy siap nanti baca tau.
Khas utk kakak2...
Ingat kan dpt la siapkan b4 sy balik.. huhu...

Sukanya Kak Ummu...amboi..


Yg kanan sy tu sy kenal..."Hai....". Yg sebelah dia tu agak over ye...Aziyah tu.

Tak tau nak kata apa.
Tak tau nak bayang camna lepas ni kami tinggal tanpa tawa riang kakak2.
Bebelan dan omelan yg membingitkan. Haha...gurau je...
Kak 'Ibu' jangan terasa plak.
Tapi itu semua akan jd manis bg sy utk dikenang.
Takde dah la orang nak ingat2kan sy mana yg lupa. Hik3 

Perbincangan utk order makanan td....huhu..nampak serius Kak Ihan dan Kak Zati..Kak Haizum plak??
Sabar je la yg tukang ambil order tu ye...haha...sgt sukar nak buat keputusan td..
Biasa la adat hidup kalau ada terasa sikit2. Hehe..
Sy susun sepuluh jari tangan minta maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap.
Maaf la kalau kadang2 sy terkasar bahasa, bad mood, masa muka.
Memang kadang2 sy susah nak senyum.

Hurm...banyak sgt kalau nak dikenang2kan...tp anyway semoga ukhuwah ini berkekalan sampai bila2..
Ada rezeki Allah izinkan kita jumpa lg.
Selamat menempuh praktikal.
Sy doakan akak2 semua maju jaya dunia dan akhirat.
Beroleh jodoh dengan segera, yg soleh...ameen..

Kami...awat Kak Ummu tu..tersepit ke?? Haha..
Kak Ana dan Kak Mas.
Ni sy dedikasikan lagu ni utk persahabatan kita.


Salam sayang buat semua. Moga ukhwah kita sentiasa kekal, diikat dgn tali Allah. Babai. Wassalam :)

Sunday, 13 January 2013

Nanti Kamu Akan Tahu!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..memandangkan tarikh hari ni agak cantik sy nak post sesuatu la juga. 13.01.2013. Bersamaan 1 Rabi'ulawwal 1434 Hijriah. Tiba2 hari ni nak kongsikan dgn kawan2 dgn sedikit terjemahan drpd ayat2 lazim yg sy baca dlm solat. Tadi, hati ni terdetik utk meneliti terjemahan ayat2 suci tersebut. Ye la kan, kalau duk baca sahaja tanpa memahami maksudnya akan terasa KOSONG...KOSONG....KOSONG...

Subhanallah..ayat2 Allah ini jika kita ketahui maksudnya baru kita nampak mukjizatnya. Betapa Allah turunkan bukan dgn sia2. Sangat besar hikmahnya.

Untuk kali ni sy kongsikan terjemahan Surah At-Takatsur:


Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)

Bila baca2...renung2 maksud di sebalik surah ni, baru sy tahu ianya tentang amaran Allah terhadap orang yg BERMEGAH-MEGAH. Berdasarkan Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Fi Zilalil Quran yg sy rujuk sebentar td, golongan yg bermegah2 ini merujuk kpd orang yg sibuk mengumpul harta, mengejar dan berlalai2 dgn nikmat dunia, leka dengan kesenangan tersebut sehingga lupa utk mencari dan mengumpul bekalan ke akhirat.

Allah mengingatkan bahawa lambat-laun kenikmatan dunia itu semua akan ditinggalkan bila sampai saat kematian nanti, sehinggalah dimasukkan ke dalam kubur. Berkali2 Allah mengulang amaran agar kita meninggalkan kelekaan mengejar nikmat dunia dengan membayangkan azab yg bakal diterima bagi golongan tersebut. Sesungguhnya, kenikmatan itu akan dipersoalkan kelak di akhirat.

Ayuh kawan2, kita muhasabah diri agar tidak mudah terleka dan terlalai mengejar nikmat dunia. Biarlah bersederhana, seimbang dunia dan akhirat. Agar nanti kita tidak akan dihisab atas kekayaan dan kenikmatan yg tidak menyumbang utk hari akhirat. Tidak salah menjadi kaya, jika pandai menginfakkan harta, menjadikan kekayaan salah satu cara utk beribadah dgn bersedekah. Mensucikan harta. Agar ada rasa kehambaan, rasa berTuhan. Segalanya milikNya. Kita hanya menumpang dan meminjamnya. Wallahua'lam. Wassalam.

Lafaz Yang Tersimpan

Bismillahirrahmanirrahim. Ingin sy kongsikan sedikit hasil untaian kata, penangan exam Mabahith Dalalatul Alfaz. Barangkali manfaatnya dapat diambil bersama. Indahnya kalam Tuhan, pelbagai lafaz tersimpan.

Apa yang kita nampak atau fahami.
Secara kasarnya itulah ZAHIR.
Tapi jelasnya hanya pada permukaannya.

Datangnya NAS menambah jelasnya kalam.
Memberitahu makna tersirat.
Atas apa turunnya ayat.

MUFASSAR memang sudah jelasnya.
Juga tugasnya menambah perincian.
Tiada diragu akan maksudnya.
Tidak bertambah atau berkurang.

Bagi yang MUHKAM apatah lagi.
Tiada padanya sebarang ragu.
Tidak perlu lagi disuluh ertinya.
Dalam perihal asas iman dan akhlak juga lainnya.

07/01/2013
7:33pm

Agaknya apalah maksud di sebalik gambar ni ye?

Separuh Perit Itu Pergi ~~

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Selamat malam. Salam kusampaikan buat teman yg sudi membaca coretan ini. Ahaa...

Alhamdulillah. Syukur sangat2...Entah kenapa, rasanya separuh keperitan yg lalu telah pergi. Ya memang, lumrah hidup ini diulit kesusahan, ujian. Namun, nyata itu yg menjadikan seseorang itu lebih kuat, matang, teguh, dan mencapai tahap yg terbaik dalam hidup. Hidup yg bukan hanya utk dunia semata2. Tetapi dgn kekuatan itu jugalah mungkin ia mampu memangkin jiwa insan ke arah menuju kebahagiaan yg abadi.

Nampak seperti kecil sahaja ujian di dunia ini. Ya, tadi usai sy menduduki kertas peperiksaan akhir yg ke-5 drpd tujuh semuanya yg perlu diambil. Alhamdulillah. Lega rasanya selepas menjawab kertas Falsafah Tasyri'. Apa yg sy boleh katakan tentang peperiksaan yg sy duduki itu, hari demi hari tahap keupayaan sy utk menjawabnya semakin meningkat. Sy gambarkan seperti seorang yg sedang mendaki gunung, walaupun gunung itu tinggi, lelah utk didaki, tapi semakin dia menghampiri puncak, semakin dia bersemangat utk menamatkan pendakian itu. Allahuakbar!!

Begitu jitunya paduan tenaga yg diperoleh dari semangat dalaman yg dijana oleh elemen spiritual, jika ada kita tanamkan dlm diri kita. Semangat yg datang dari dasar kepercayaan terhadap yg Maha Pencipta. Nah...lalu sesuatu itu jika dilakukan haruslah dgn niat yg murni, dgn matlamat yg jelas, dan kunci semangat itu tentulah Dia...maka dgn mengingatiNya hati menjadi tenang. Hilang sedikit demi sedikit kegusaran akan bagaimana harus ditempuhi segala ranjau ujian, biar ujian itu sekecil apapun. Itu yg sy cuba usahakan sepanjang tempoh keperitan itu.

Bagi sy cukuplah pada semester yg lalu sy melalui saat2 yg menyesakkan fikiran, melalui detik2 yg penuh debaran, gerak langkah yg penuh kekalutan. Itu sy cuba atasi utk ujian kali ini. Ya benar, ujian mematangkan diri. Kebimbangan tidak dapat menjawab soalan dgn baik sy cuba tepis. Cuba meletakkan seratus peratus keyakinan bahawa yg menentukan itu adalah Dia. Kekuatan dan keupayaan itu juga datangnya dari Dia. Lalu, tidak perlu rasanya utk terlampau gusar. Tidak gusar bukan bererti merasakan diri berada di zon selesa atau selamat tetapi dari situ keyakinan dapat diraih. Mana mungkin ujian dapat dilalui dgn tenang jika akal fikiran dikuasai oleh pemikiran yg negatif.

Hurm...sudah lama juga sy mengamalkan SENYUM sebagai agen memotivasikan diri. Adakalanya sy bercakap seorang diri, cuba mengurangkan kebimbangan dek kerana soalan yg agak sukar. Haaa...Biar susah pada zahirnya, tapi itu semua atas diri kita mahu menerimanya dgn cara bagaimana. Dan sy memilih utk menghadapinya dgn ketenangan. Walaupun kelihatan sy agak tertekan menjawab soalan dan sering mengelamun ketika menjawab soalan. Ya...dapat sy rasakan kesannya. Pabila sy senyum, sy telah meletakkan keredhaan sy terhadapNya, ketentuanNya. Keredhaan itu sy bawa sehinggalah saat keputusan keluar. Bersedia menerima apa sahaja kemungkinan.

Apa yg sy cuba tekankan di sini ialah kesepaduan elemen fizikal dan mental atau spiritual yg perlu ada dalam menghadapi ujian. Buktinya, para pejuang agama, para sahabat yg diredhai Allah mereka semuanya meskipun kurang kelengkapan perangnya di medan jihad, namun kekuatan mental dan semangat utk mencapai kemenangan buat Islam itu yg membuak2, lalu mereka tidak gentar kerana adanya kekuatan dalaman itu. Hendak kata, cukupnya kelengkapan fizikal tidak menjamin keberjayaan sesuatu itu tetapi harus diseimbangkan dgn aspek spiritual. Tetapi peranan USAHA tidak harus dilupakan, jangan sampai usaha itu memakan diri, menyeksa diri. Berusahalah sekadar mampu, dan selebihnya berserahlah kepadaNya.

Ya teman2, sy masih berbaki dua kertas utk dijawab Selasa nanti. Prinsip Makanan Halal dan Bioteknologi & Masyarakat. Doakan sy dan kalian juga dapat menjawab soalan dgn tenang. Tidak mengapa kita perit dahulu, agar nanti pelangi yg muncul tidak jemu utk menjelmakan diri. Apa yg penting kuncinya ingat Tuhan selalu. Wassalam.

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!