Thursday, 25 October 2012

Aduh, Sakitnya BERKORBAN...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...kalau ade yg baca..haha...mengoyar sore la kito..org lain pakat kelik blako dh..Alhamdulillah dpt post new entry before balik esok. InsyaAllah esok sy akan pulang ke tanah bertuah, Melaka...walaupun darah sy tak tumpah kat situ tatkala dilahirkan tp di situlah sy menetap. Hehe...that's not the topic for today.

So, sesuai dgn Raya 'Eiduladha yg akan menjelma sehari lg, sy nak berbicara tentang PENGORBANAN. Berat2...tak layak rasanya nak cakap soal KORBAN ni. Pernah ke sy berkorban? Kepada siapa? Argh... sy ni dah la jenis yg tak tahan diuji. Pantang kena usik, kena sound sikit dah terguris, terasa..haha..kadang2 nampak sy ni ok je bila org gurau2. Tp pd suatu saat tu sy sedar yg sy seorang yg SENSITIF!!! Huh...baru2 ni sy terbaca status seorang rakan di facebook:

Dalam 1001 pengorbanan, satu pengorbanan yang perlu dihadapi dalam berjuang iaitu KORBAN PERASAAN, kita tak dak masa nak terasa hati sebabkan itu dan ini. Jikalau "terasa hati" ini lah yang akhirnya menyebabkan kita lari dari perjuangan, terbukti betapa lemahnya jiwa kita. Teringat kisah seorang sahabat yang terasa hati dengan kawannya apabila sms dan call tak diangkat. Setelah 2 tahun terasa hati, akhirnya baru tahu yang kawannya itu telah bertukar nombor telefon dan disebabkan itulah sms dan call tak dijawab. (edited)

Sy sgt tertarik dgn status ni. Bila fikir2 balik memang susah sgt kita nak berkorban perasaan. Kenapa?? Sebab perasaan ni sifatnya halus. Yg rasa perasaan kita hanya diri kita. Sukar difahami oleh org lain. Peritnya kita je yg rasa. Adakala perkara tu biasa bg kita, tp tak pada org lain. Ada masanya pula perkara tu tak biasa bg kita dan biasa bg org lain...dan itu yg menimbulkan perselisihan, persengketaan dan TERASA HATI...kita nak org faham kita, tp kita taknak faham org, atau kita taknak ambil tahu perasaan org. Kadang2 kita berada di persimpangan antara dua org yg kita perlu jg hati kedua2nya. "Ditelan mati emak diluah mati bapak". 

Berkorban memang sakit kan...sanggupkah kita??

Korban bukan setakat menumbangkan seekor lembu...

Now I admit sgt2 yg sy masih gagal berkorban. Nampak tenang, hati menangis. Nak mengadu pada org, setakat mengadu je la...redhakah sy terhadap perbuatan org yg tak sy senangi tu? Cukupkah redha begitu? Rasa teraniaya??? Selalu je sy fikir negatif. Kenapa tak fikir positif yg semua itu berpunca drpd kesilapan dan kelemahan diri kita? Tak sanggup berkorban? Sanggup bersengketa asalkan hati puas?? Masing2 org ada pendapat masing2. Suka mengkritik, kita ada hak kan...kritik utk kebaikan. Biar yg membina. Org kata tak salah mengkritik tp harus kita dtg dgn IDEA lain!!




Argh...lemahnya sy ni...duk taip2 ni pun rasa sebak..sedih tetiba teringat family. Masuk bab korban perasaan berjauhan dgn family. Biarlah tak jauh mana pun, nun di Melaka je tp kalau dh keluarga tu ikatan darah tu takkan putus. Hari2 rindu..tp dek kesibukan jd kurang sikit melayan perasaan. Teringat dulu kecil2 meriah je rumah dgn adik-beradik..Sekarang semua dh besar, ada komitmen dan perjuangan masing2..tinggal dh tak sebumbung. Jarang sgt dpt jumpa. Huuuuhhh...kena KORBAN PERASAAN lg...sedih bila call ummi td ummi suruh balik awal sikit, takde org nak tolong2.

Sy faham perasaan ibu bapa sy yg selalu berenggang dan berjauhan dgn anak2. Sama macam sy faham tanggungjawab yg adik-beradik sy pikul. Semoga ummi dan walid terus sabar spt Siti Hajar dan Ibrahim. Ya persamaan ummi dgn Siti Hajar adlh kedua2nya hidup BERMADU. Hurm...masuk bab korban perasaan lg kn?? Hidup bermadu memang sgt memerlukan pengorbanan terutama perasaan. Sy akui...sebab itu madu itu manis bg yg sanggup berkorban. 

KeranaMu kami sanggup berkorban dan dikorbankan...

Terlalu pantas rasanya masa berlalu, semakin lama semakin kita perlu berkorban. JIWA dan RAGA. Sy simpan perasaan kat dlm, lubuk hati. Sy tak pandai nak luah perasaan, tp kalau sy luah saat tu jiwa sy bergetar...sy tahu sy sayang ummi, walid, dan adik-beradik, kawan2... Tapi sukar nak ucap. Salah adik-beradik sy akan menyentap hati sy juga. Perlu belajar terima kekurangan org sbgmna kita terima kebaikan dan kelebihannya. Buruk mana, baik mana pertalian darah itu sgt utuh. Doa kan terus sy kirim. Sama juga keadaannya dgn kawan2, teman2...adakala sy tersinggung tp cuba mengingati kebaikan kawan kita. Sy cuba tetapkan hati sy utk tidak berharap org melayan sy dgn baik, tp biarlah sy cuba beri yg terbaik buat kawan2, sahabat2 hatta terpaksa BERKORBAN PERASAAN. 

Kan elok bersangka baik. Jgn dilayan sgt perasaan tu!!

Nah...kawan2. Ni baru satu drpd cabang KORBAN!! Belum tentu lg dpt kita capai. Tp still boleh berusaha ke arah itu kan? Mukmin itu perlu kuat hatinya, supaya dpt menempuh ranjau dan liku hidup. Salam sayang. Ampun maaf zahir batin :)


Wednesday, 24 October 2012

Maafkanku Tidak Sempurna ~~


MAAFKANKU TIDAK SEMPURNA

Teman…
Maafkanku tidak sempurna
Ku tidak pandai mengambil hatimu
Ku juga tidak arif dengan cara apa kubisa menceriakanmu
Ku gagal dalam menjadi pendampingmu yang setia
Untuk berkongsi suka dan duka
Mencoret kisah di atas kertas yang sama
Warna kita nyata berbeza

Dulu pernah kucuba mencari keserasian itu
Menemanimu di kala hiba
Pedihmu terasa di tangkai hatiku
Sakitmu membuatku gusar akan deritamu
Bahagiamu berbekas di lubuk kalbuku
Senyum tawamu pengubat laraku
Keletahmu yang keanak-anakan mencuit sanubariku
Terkadang ia singgah di kotak fikiranku
Lantasku tersenyum sendirian
Nyatanya aku bahagia tatkala kau gembira
Aku sedih pabila kau hiba
Sehingga kurela mengerah upayaku mendengar lontaran jerit batinmu
Meskiku kurang memahami
Apa lagi memberi  jalan keluar
Tuntas kuyakin kaulah orangnya
Yang memberi pengertian sahabat yang sebenar

Namun kusilap meneka
Kau kulihat berubah seiring jarak yang menjauh antara kita
Kau kulihat selesa dengan orang-orang baru di episod barumu
Lalu kau kulihat dari jauh sahaja
Sambil mengimbau memori kita bersama
Terasa bodoh aku dalam anganku sendiri
Kelu lidahku menyapamu
Kau seakan asing bagiku di kala itu
Kuyakin kau telah temui pendampingmu yang cocok

Sekali lagi teman
Maafkanku tidak sempurna
Aku tidak seberanimu
Aku tidak setekadmu
Aku tidak seramahmu
Aku tidak mempunyai keinginan setarafmu
Aku juga tak punya sesuatu yang memikat hatimu
Aku tiada cerita menarik buat mengisi diari hidupmu
Aku tidak punya sisi istimewa
Aku seorang yang hambar
Kertas hidupku warnanya pudar
Sedangkan engkau pelbagai warna

Biar apapun teman
Aku pasrah akan takdir Tuhan
Pertemuan kita sekadar apa adanya
Bersederhana dalam persahabatan ini
Aku lebih rela redha daripada mengharap
Aku senang kau hanya singgah dalam hidupku
Biarpun adakala cemburu terpalit di hatiku
Aku cuba menghapusnya
Agar yang indah tetap kekal serinya
Yang pahit manis untuk dikenang
Yang retak bisa ditautkan kembali
Yang pudar mampu bertukar menjadi pelangi
Yang kan mewarnai babak kehidupanku
Biarlah ia bukan babak kita bersama
Akanku usaha bahagia melihatmu bahagia
Kerna kebahagiaanmu sudah cukup membahagiakanku

10:33am  5/7/2011

Tuesday, 23 October 2012

INFINITInya Rahmat Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah pagi ini sungguh mendamaikan. Syukur masih diberi peluang menghirup udara yg pd zahirnya tidak kelihatan. Tapi kehadirannya terasa bahkan dpt dimanfaatkan oleh umat manusia dan hidupan2 lainnya. Subhanallah...Maha Suci Tuhan menciptakan sesuatu dgn kebijaksanaanNya.

Begitulah halnya kehadiran Tuhan itu dpt kita rasakan meskipun tanpa dilihat dgn mata kasar. Dekatnya dpt dirasa bagi orang2 yg cuba mendekatkan diri kepadaNya. Rahmat kasih sayangNya meliputi seluruh alam tidak kira tua, muda, miskin, atau kaya. Tiada angka yg dpt menilai mahalnya harga rahmat itu...INFINITI.

Itu pun masih ramai yg mempertikaikan keadilan Tuhan kpd hamba2Nya. Kurang bersyukur dgn apa yg ada.  Keadilan Tuhan itu bukanlah dgn memberikan kekayaan sama banyaknya utk setiap hamba tetapi meletakkan sesuatu pd tempatnya sesuai dgn keadaan dan kemampuan. Tidak ada yg diciptakan sempurna, lebih dari setiap segi. Tidak sama sekali. Tuhan menganugerahkan keistimewaan kpd hambanya. Dlm masa yg sama Dia menyelitkan kekurangan pd diri makhluk tersebut. Tapi istimewanya makhluk itu bukan kerana kehebatannya tp kerana ia diciptakan oleh Tuhan. Tuhan yg memiliki segala kehebatan. Itu yg menjadi ujian kpd hamba2Nya utk kekal patuh kpdNya.


Nah...bagaimana kita diuji dgn rahmat itu?? Ujiannya adalah utk merasakan dan mengekalkan rasa bertuhan. Rasa bertuhanlah yg akan memandu kita agar jauh drpd sifat2 mazmumah seperti ujub, riak, sombong dan sebagainya. Caranya ialah dgn mengembalikan segala kebaikan kpd Tuhan. Tuhanlah yg berhak atas segala kesempurnaan. Barulah akan hilang rasa bangga diri. Maka orang yg hebat tak kan sempat nak rasa riak dgn kelebihan diri, atau paling tidak rasa tidak layak tatkala hati terdetik rasa bangga itu.


Haaa....Tuhan bg macam2 kelebihan kpd kita bukan utk manfaat diri kita sahaja tp lebih drpd itu utk manfaat semua. Kalau kaya utk dikongsi kekayaannya. Ada bahagian utk fakir miskin, orang2 susah. Jika banyak ilmu utk disebarkan. Jika mahir dlm sesuatu bidang utk dikembangkan kemahiran agar semua orang dpt manfaat. Katakanlah kalau seorang Muslim tu pandai buat roti, dgn kemahiran itu dia perlu hasilkan roti terbaik setanding dgn roti2 yg dikeluarkan oleh orang bkn Islam, yg mestilah mengikut lunas2 syariat dlm pembuatannya, maka orang yg memakannya akan menjadi lembut hatinya.

Nak bg contoh adilnya Tuhan kan...contoh yg sgt lazim. Seorang ibu yg miskin yg dianugerahi anak2 yg bijak pandai, yg soleh dan solehah. Biar dia miskin harta keistimewaannya kerana Tuhan anugerahkan anak2 tersebut. Jadi kita nampak, hebatnya seseorang tempias drpd hebatnya orang lain disekelilingnya. Hebatnya anak itu atas didikan orang tuanya. Lalu dikembalikan semua kehebatan itu kpd Tuhan Maha Hebat.


Pernah tak kita rasa kagum dgn seseorang yg pandai berkata2, lantang hujahnya, tersusun kalimah2nya?? Laju je idea dia keluar dlm berbicara tentang sesuatu isu. Pernah kan...MashaAllah...bukan calang2 orang yg mampu jd begitu. Kita pun tertanya2 mengapalah kita tak boleh jd seperti dia. Hurm...pandai berkata2 itu juga merupakan bakat yg Tuhan anugerahkan pd seseorang. Tak semua orang dapat anugerah bakat ni. Mungkin kita takde bakat bercakap tp Tuhan anugerahkan bakat menulis ke, melukis ke, berniaga ke...Semuanya BAKAT. Jgn rasa rendah diri pula atas kekurangan diri. Walaupun bakat tu tak dianugerahkan tp kita boleh mencuba belajar teknik2nya.


Lihatlah rahmat dan keadilan Tuhan..Jadi, sudahkah kita bersyukur?? Atau asyik mempersoalkan dan membandingkan diri kita dgn orang lain? Membuat perbandingan tu tak salah kerana adakala melaluinya kita dpt memperbaiki diri, tapi janganlah sehingga kita menghalang dan menyekat potensi diri kita utk jadi lebih baik.


Setakat itu sahaja perkongsian sy utk kali ini. Moga2 dpt sama2 kita muhasabah diri. Ingat2 Allah selalu ^^


Friday, 19 October 2012

Biar Penat Asalkan Semangat!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Rasanya sdh beberapa hari tak come out with new entry. Haaa...la baksa. Laisa huwa min dharuriyyat..Hari2 yg dilalui terasa sgt sibuk dan memenatkan. Cuba mengisi masa dgn perkara2 yg berfaedah, mencari pengalaman. Tapi tak mengapa mudah2an dgn terisi masa itu kuranglah hisab tentang mengapa dibazirkan masa2 lapang yg ada. ALLAH...


Kawan2 seronok tak belajar benda baru?? Walaupun terkadang agak menjengkelkan dan menyakitkan hati tapi ia sbenarnya sesuatu yg menyeronokkan. Apa la sebenarnya yg sy nak cerita ye? Haa...Alhamdulillah sy rasa sgt bersyukur kpd Allah kerana stlh beberapa minggu mengusahakan kertas kerja utk program forum kami, akhirnya td, kertas kerja yg tlh siap selamat dihantar ke pejabat utk dibawa masuk dlm meeting pg td. Mudah2an diluluskan la projek kedua kami pelajar food sc FIFA thn 3 ni. Bahagia sgt rasanya kerana penat lelah itu terhenti seketika. Kenapa terhenti SEKETIKA pulak ek? Ye la...insyaAllah jika diluluskan kami kena la proceed dgn kerja2 seterusnya.

Lembu ni pun bersemangat. Haha...

Moga2 berbaloi la penat lelah tu. Kalau nak diimbas2 balik proses membuat kertas kerja bg sy dan kami yg takde pengalaman ni memang sgt rumit. Banyak kali juga kena buat correction. Banyak kali juga kena jumpa dgn ketua program, timbalan dekan dan org pejabat (tak tau jawatan puan tu yg exactly. hehe...). Bila banyak salah, banyak la correctionnye..banyak kali juga kena print. Masa pula makin lama makin suntuk menyebabkan kami agak tertekan. Mana nak deal dgn panelis jemputan, tetamu kehormat, penasihat dan yg sewaktu dgnnya. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan, memberi ilmu baru kpd kami dlm bidang pengurusan.


SERONOK!!! Biarlah kena marah pun asalkan dpt manfaat. Malu kot kena tegur depan senior.  Apa2 pun tak kisah la dah memang manusia ni macam2 ragam, jd kena la terima apa2 aje cara org layan kita. Satu lg benda penting ialah TEAMWORK!! Tak mampu rasanya sy nak buat kertas kerja sorang2. Alhamdulillah kawan2 MT program byk yg tolong. Terutamanya Timbalan Pengarah program forum kami ni. Dialah yg tolong contact2 dan deal2 dgn penceramah luar dan ustaz2. Terima kasih juga kpd pengarah dan bendahari. Lepas ni banyak lg kerja nak kena buat. Terima kasih juga kpd Presiden dan Naib Presiden FSc Mufti Members Gen-6. Rasa bersemangat pula nak buat program lg lepas ni,. Biarlah perit utk kali pertama ni, harap2 ia menjadi mudah utk kali ke-2 nanti.


Yang jd bertambah semangatnya sebab kami dpt sokongan padu drpd Dr Alina. Terharu rasanya atas dokongan Dr Alina. Sudi jd penyelaras program kami ni. Walaupun beliau berada nun jauh di Indonesia, masih setia melayan mesej2 sy pd saat2 akhir nak siapkan kertas kerja, dlm minit2 dan jam2 terakhir. Mana taknya, kami terpaksa menukar nama penasihat dan penyelaras dlm masa sehari sebelum meeting kertas kerja tu nak diadakan. Alf syukr segalanya selesai.




Sunday, 14 October 2012

Tautan Mahabbah FSc Mufti Members ^^

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2 pengunjung. Alhamdulillah bersyukur kpd Allah, Tuhan sekalian alam kerana tlh melancarkan perjalanan aktiviti kami di PWTC. Semalam, sy dan rakan2 Elektif Sains Makanan Fiqh Fatwa Thn 3 tlh mengadakan lawatan ke Halal Fiesta 2012 @ Halfest, iaitu sebuah pameran produk halal antarabangsa. Bersyukur dan seronok sgt2 sbb ini adalah aktiviti pertama batch Food Sc kami. Ini jugalah pengalaman pertama bg sy walaupun bkn sy yg buat kertas kerja, sedikit sebanyak mempelajari prosedur utk membuat lawatan. Dlm erti kata lain bagaimana nak tempah bas. Kami ni walaupun dh masuk thn 3 masih bertatih2 lg..lmbt sikit matangnya..huhu..

Cakap tentang prosedur ni, memang agak CEREWET sedikit, kait dgn entri sy yg lepas. Haha...Nak diimbas kembali masa awal2 nak tempah bas, ada je ujian yg dtg lebih2 lg kami yg takde pengalaman ni. Mula2 kawan sy pergi cari cth kertas kerja dr senior2 yg biasa buat program. Dah dpt tu, dia pun edit kertas kerja tu sesuai dgn aktiviti lawatan yg kami nk buat ni. Setel bab tu, sy teman dia pergi jumpa ketua program utk menyemak kertas kerja tu. Cuak rasa nak jumpa ustaz sbb kami tak tetapkan lg guru pengiring.

Huh...lega ustaz sign kertas kerja tu dan suruh kami cari pengiring. Kami dh berusaha cari guru pengiring sblm tu..tp tak berjaya. Ustaz pula bagitahu pd tarikh lawatan kami semua lecturer fakuliti kami, Fakulti Syariah dan Undang2 pergi mengikuti kursus. Lepas tu kami pergi pejabat utk hantar kpd pihak pengurusan fakulti, yg akan pastikan surat tu sampai kpd dekan. Dia juga yg akan luluskan pengangkutan kami tu. Dia kata "pandai pun buat kertas kerja". Sebelum tu kawan sy minta pengangkutan tanpa kertas kerja. Huhu..mana la kami tahu. Puan tu minta nombor telefon kawan sy dan minta kami tunggu sampai dia call utk apply melalui sistem pula. Sistem my arif namanya..macam2...

Haa..bertambah pening kepala. Puan tu tak call2. Jd kawan sy ambil keputusan utk ke pejabat. Ntah dpt pergi ke tak...kami mula berfikiran negatif. Risau pasal pengiring masih menghantui. Macam dah nak menyerah kalah je. Guess what?? Alhamdulillah permohonan diluluskan! Cuma utk masuk dlm sistem kena letak nama pengiring. Sasaran kami waktu tu adlh pengiring dr Fakulti Sains dan Teknologi. Beliau mengajar kami subjek Prinsip Makanan Halal. Kami pun mencuba nasib. Sy pun hantar email kpd Dr yg mengajar kami memohon kesudian beliau utk mengiringi kami. Alhamdulillah, next class dia bagitahu yg dia boleh ikut kami. She's so sporting and supportive!! Love u Dr!!

Dan akhirnya...pd tanggal 13 Oktober 2012 kami pun pergi ke Halfest tu dgn menaiki sebuah bas RIGHT VISION. Bas dan pemandu yg byk berbakti kpd kami walaupun byk kerenah dan cerita disebaliknya.

Kami....the FSc Mufti Members ^^
 
Hurm....itu baru di sebalik tabir sebuah bas, belum lg masuk bab ziarah kami. Apa matlamat kami ke sana?? Awal2 lg Dr Alina, lecturer kami yg dimaksudkan td tlh berpesan kpd kami bahawa kami pergi ke sana sbg mahasiswa yg mempunyai IQ atau pemikiran yg berbeza, bukan spt pengunjung lain yg datang hanya utk menjenguk2 dan membeli produk2 yg ada. Tapi tugas kami lebih utk mendapatkan dan mengaut sbyk mana pengetahuan berkaitan bidang kami khususnya makanan halal. Tercapaikah matlamat itu?? Huh...sy dan segelintir kawan sy agak kecewa kerana tak dpt mengunjungi semua gerai pameran. Boleh kami tak tahu atau tak perasan yg pameran dibuat di dua buah dewan. Kami hanya pusing2 ke sebuah dewan. Tu la...tak tengok buku program sgt...rupa2nya byk maklumat dan pameran best2 ada di venue yg lg satu, dewan yg di seberang sungai (dewan2 tu terpisah dek sebatang sungai). Macam2 kot. Terlepas nak korek2 info.

Sudahnya kami hanya melihat2 dan membeli sedikit buah tgn. (Sikit ke...? Hahaha...) siap beli kain dua pasang. Murah kot, kain lambak RM10 sepasang. Sy beli coklat byk la jgk..first time belanja duit utk beli coklat yg mahal harganya.  Tak pe la...sekali-sekala. Sedap coklatnya, yummy!! Tp yg paling sedap adlh kemanisan musafir berjemaah. Secara tak langsung kami dpt berkenal2an. Serious cakap, melalui aktiviti sulung kami ni la dpt kenal kawan2 sekuliah elektif kami. Kalau tak mana kenal sgt. Nak2 pula bila ada jurang antara budak2 tamhidi dan STAM. Tamhidi ni program asasi USIM. Ada gap lain juga sbb kami terpisah dgn dua kelas kuliah (sbb batch kami ramai sgt orangnya...). Terasa la dapat beramah mesra dgn kawan2 yg jarang2 sekali bertegur sapa.

Akhirnya, harapan sy agar TAUTAN MAHABBAH kami ini akan berpanjangan dan kekal sampai bila2. Mudah2an Tuhan bantu kami utk jayakan projek kami yg seterusnya iaitu sebuah forum. InsyaAllah, rabbi yassir wala tu'assir. Sekarang sdg deal dgn panelis jemputan. Doa2kan ya kertas kerja program ni diluluskan. Ameen ya rabb..Sekian. Ingat2 Tuhan. Salam mahabbah. :)

Sedikit untaian kata:


TAMAN HATI MUKMIN

Sunyi hati dek tiada berteman,
Meriahkan ia dengan cintakan Tuhan,
Merawat hati yang duka rawan,
Pasti menguntum mekar bunga di taman.

Taman hati pujaan sang hamba,
Usah dibiar ia ternoda,
Bimbang disinggahi sang durjana,
Merapuh kalbu yang mudah tergoda.

Pasakkan iman menjentik naluri,
Sensitif dengan kalam Ilahi,
Membentuk jiwa dan jati insani,
Bersama sunnah Rasul diteladani.

2:25am 22/9/2012

Saturday, 13 October 2012

Salah ke Cerewet???

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2 pembaca yg sudi singgah di laman blog sy ini. Kalau kawan2 tengok tajuk post sy mesti kawan2 dah boleh agak apa yg sy nk share pd hari ni. So, CEREWET adalah satu perkataan, istilah yg digunakan utk menggambarkan seseorang yg selalu tidak berpuas hati dgn sesuatu perkara. Atau mungkin sy boleh contohkan, dia tidak berpuas hati dgn hasil kerjanya, atau hasil kerja org lain. Agak2nya boleh tak jika sy kaitkan cerewet dgn seseorang yg TELITI? Disebabkan ketelitiannya, kespesifikannya dia sukar atau tak boleh terima hasil kerja yg tak memenuhi cita rasanya atau garis panduan yg sedia ada.

Haha...sebenarnya itulah sikap sy..Memang sy mengaku yg sy agak cerewet. Tapi bukanlah dlm semua perkara. Lebih kpd aspek kekemasan dan keseragaman...haaa..nak2 kalau buat assignment. Siapa yg buat group assignment dgn sy terpaksa la berhadapan dgn kerenah sy yg cerewet ni. Tahap cerewet sy ni sampailah kpd memastikan spacing sentiasa seragam dan jarak huruf selepas tanda koma. Itu adalah standard yg sy letakkan utk setiap assignment sy. Haaa...sakit mata tau kalau sy tengok benda2 kecil yg tak memuaskan hati ni.. Sampaikan nak update dan edit blog ni pun banyak kali kena view.. Setiap kali tak puas hati dan terjumpa 'kecacatan' tu setiap itulah sy akan mengeditnya. Yg banyak2 view tu sy la punye kerja. Bukan pengunjung blog ni pun...hehe.. Cuma dari segi penggunaan bahasanya utk blog ni sy buat agak tidak formal, tak nak la nampak skema sgt walaupun ada sedikit elemen skemanya... Tak nak la guna short form yg melampau. "Saya sayang dan cinta bahasa".


Kawan2 kat luar sana pun mesti ada yg sama macam sy kan??? CEREWET!!! Tp kalau difikir2kan balik, sebenarnya sikap cerewet ni baik ke tak utk kita?? Kalau dlm istilah arabnya, 'mahmudah' ke 'mazmumah'?? Hurm...tapi pd pendapat sy la kan cerewet ni ada 'pros' and 'cons'nya bergantung kpd situasi dan tujuan seseorang tu cerewet. Kalaulah utk buat kerja2 rasmi dan profesional macam assignment kan...cerewet agak perlu supaya kita terbiasa dgn standard yg diingini. Bukanlah nak angkat bakul sendiri tp itulah relevannya. Baru la nampak neat, tidy, and disciplined sikit..

Tapi kalau dlm bab2 berpakaian dan memilih makanan contohnya, kalau terlampau cerewet tak elok juga. Dah kalau duk matching2kan warna baju sampai jd lambat kerja2..Nak keluar boleh tak jd gara2 baju tak matching dgn tudung, dgn seluar atau apa2 je la yg nak di'match'kan. Melampau sungguh tu...Ada ke orang macam tu? Wallahua'lam. Boleh jd ada juga. Kadang2 sy cerewet juga bab ni sampai kena tegur dgn my mum. Haha... tp takde la every single thing nak kena warna yg sama.

Aduh...nak yg mana satu ni??

Hai....semuanya cakap pasal cerewet dlm bab2 DUNIAWI. Bagaimana pula dgn bab2 UKHRAWI kawan2? Kalau la dlm bab2 kebendaan ni kita cerewet, apatah lg dlm ibadah, sy perlu kata, kita perlu cerewet!!! Bukan apa...supaya kita tak ambil sambil lewa je bab2 ibadah ni. Cerewet bab2 material ni sebab kita nak jaga hubungan dgn manusia, supaya sedap dipandang mata, puas hati kita, maka insyaAllah akan puaslah hati orang yg melihatnya. Macam tu juga dgn Tuhan, lebih2 lg la kena jaga. Memang Islam itu agama yg MUDAH, tp tak bermaksud kita boleh AMBIL MUDAH!!

Cerewet dlm bab ni takpe la kan...

Erk, bunyi macam marah je...Tak la..cuma nak highlightkan je agar kita sama2 ingat, tak ambil ringan. Macam la kalau kita bergurau dgn kawan yg memang kita kenal dan tahu yg dia seorang yg tak sensitif atau macam takde perasaan, tak bermakna kita boleh suka2 hati, sewenang2nya bercakap dan berbuat sesuka hati. Sekeras2 hati itu tetap akan bisa cair jika kena pd pointnya. Nak bagitahu yg akan ada limit atau had dlm sesuatu perkara. Jgn sampai kita menjangkaui had tersebut.

Demikian shj perkongsian utk entri ini. Semoga dpt sama2 diambil iktibar drpdnya dlm usaha mengislahkan diri kita. Sama2 muhasah, sama2 menuju Allah :)

Tidak lupa, karya utk dikongsi kali ini. Sebuah puisi, rayuan nurani, penglipur buat hati :


BISIKAN HATI SANG HAMBA

Ya Tuhan…
Kupohon redhaMu dalam meredahi ranjau hidup di dunia ini
Dunia yang telah Kau ciptakan sebagai syurga sementara
Pimpinlah aku Ya Tuhan
Tatkala aku didatangi ujian
Bantulah aku menepis nafsuku yang selalu mendugaku
Jangan Kau biarkan aku yang dhaif ini tersasar
Tersasar dari matlamat hidup yang sebenar

Ya Rabbi…
Aku harus bagaimana lagi
Aku sedar bukan aku tidak mengerti
Bahkan terlalu banyak petunjuk telah Kau suluhkan padaku
Adakah aku masih sangsi?
Akan kekuasaanMu yang tidak terperi
Merealisasikan setiap perkara
Hatta yang sekadar bermain di fikiran
Jelasnya Kau sangat memahami hamba-hambaMu

Wahai Tuhan…
Ku sedar banyak khilaf telah kuulangi
Meski kubertaubat berkali-kali
Aku mengaku mencintaiMu, takut padaMu, malu denganMu
Namun setiap kali Engkau mengujiku
Sukar sekali aku melakukan pembuktian cintaku itu
Apatah lagi berasa takut menghadapMu
Aku malah tidak malu berbuat dosa di hadapanMu
Gejolak nafsuku pantas menandingi niat suciku
Hingga Engkau kupinggirkan
Aku gagal, aku culas, aku  fasik
Di balik indahnya duniawi
Yang menjadi igauan manusiawi
Aku lupa akan janjiMu akan indahnya ukhrawi
Bagi orang-orang yang mengotakan janji
TerhadapMu Ilahi

Ya Allah…
Kau ampunilah daku yang hina ini
Berilah aku peluang untuk membaiki diri
Biarpun pada saat-saat akhir hayatku
Agar udara yang kuhirup
Yang kemudiannya mengepam jantungku
Justeru aku mampu hidup
Tidak tersia-sia dengan toksik-toksik dan racun-racun yang membinasakan


11:29pm  17/5/2011

Friday, 12 October 2012

Isyarat CintaMU


Ya Allah...
Sungguh aku sedih melihat bangsaku
Dicemari hiburan yang menjijikkan dan melalaikan
Hanyut dibawa arus kebaratan
Khayal di dalam indah dunia propaganda sang musuh

Ya Allah jauhkan gelombang itu
Datangkan pertolonganMu
Selamatkan anak bangsaku
Sucikan tanah air ini
Sepertimana dulu bumi Makkah disucikan
Dari berhala dan amalan jahiliah

Jika Palestin dan Syria bermandi darah
Tapi darah itu darah syuhada
Malangnya tanah airku lebih parah
Disimbah air bah
Masih tidak berubah

Tuhan...
IsyaratMu sudah jelas
Malah petandanya semakin terlihat
Kau murka tapi Kau Maha Penyayang
Kau Maha Adil
Masih saja Kau beri peluang

Aku semakin nampak cahaya hidayahMu melimpah
Saat ia Kau campakkan ke dalam hati insan bertuah
Lantas memacu gerak untuk berubah
Transformasi kepada hasanah

Maka berikanlah limpah hidayahMu kepada mereka
Yang masih alpa
Agar selamat semuanya

إهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم
غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!