Saturday, 29 December 2012

Adik-adikku InsyaAllah Boleh!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Salam pagi buat semua. Alhamdulillah Allah masih sudi mengizinkan sy melihat sinar suria pagi. Untuk kali ini sy nak kongsikan aktiviti harian kami di Villa Mustaqillah a.k.a rumah sewa kami di bumi Nilai ini. Hurm...setiap tiga kali seminggu kami mengajar kanak2 di kawasan perumahan di sini mengaji Iqra', Muqaddam dan Al-Quran. Sambil2 sy berceloteh, tengoklah gambar murid2 kami yg sy selitkan ni. Semua sekali ada lapan orang.

          
Ini Adam.
Ini Atikah. Hitam manis orangnya. Anak En Hairi.

Kalau kita tengok kebiasaan orang ajar kanak2 mengaji ni ada pelbagai cara dan teknik. Ada yg ajar membaca terus tanpa mengeja, ada juga yg mengajar dgn cara mengeja mengikut baris2 bg setiap huruf. Bagi sy, cara yg kedua lebih berkesan kerana dgn cara itulah nanti pabila murid2 ni dah sampai tahap membaca Al-Quran akan menjadi mudah. Apa2 pun asas utama adalah mengenal huruf2 Al-Quran itu terlebih dahulu, dari 'Alif" sampai 'Ya'.
Ini pula Azfar. Anak En Anuar.
Zafirah...adik Azfar. Sempat suruh posing dgn ikan tu. Huu
Daripada pengamatan sy terhadap anak2 murid sy, mereka telah terbiasa membaca tanpa mengeja. Kebiasaan menyebut patah kata tanpa mengeja menjadi punca mereka tak mampu menyebutkan nama huruf dgn betul. Kalau disuruh mengeja mereka memang tak reti. Agak sukar juga nak terangkan kpd kanak2 ni. Sebab diorang tak dilatih mengeja dari awal. Kesannya, mereka tak mampu baca dgn lancar dan kelihatan teragak2 seolah2 mengambil masa yg lama utk berfikir apakah yg hendak dibaca.

Omar ditahan utk balik. Ambil gambar dulu. Haa
Dari kiri: Atikah, Maya, Syahirah (kakak kpd Atikah)
Bersama Ustazah Farhana (sori sikit je masuk kak. Hehe...)
Antara cabaran lain juga adalah dari segi utk menyebut huruf dgn makhraj yg betul. Bagaimana membezakan makhraj huruf 'ha pedas' atau 'ha bulat/simpul'. Haa..tapi takpa memandangkan mereka masih kecil, sy tak beratkan sgt kalau salah sekali-sekala. Tapi tetap kena ingatkan bila mereka lupa. Satu kesilapan yg sy paling pantang ialah silap 'baris' dan 'panjang pendek'. Memang tak patut salah. Banyak kali juga la sy kena ingatkan tentang 'huruf mad' kpd mereka. Bg sy, ini juga asas yg sgt penting. Sabar je la ye Ustazah 'Athirah...
Arif. Sibuk tengok wafer yg ustazah2 bagi.
Tak sabar nak makan ye? Baca doa dulu. (Yg penting versi BI. Haa...)
Kami sahabat. Azfar dan Adam.
Ni gambar2 sepanjang slot belajar mengaji:

           
Adam ulang lima kali!!
Lagi sekali, salah tu..
panjang pendek tengok betul2, dengung tu!!
Apa paling2 belakang haa??
Khusyuknya menulis...
Tengok apa tu Zafirah? Tengok Iqra' awak tu!
Bagus, pandai Omar!
Tengok sini kejap. Senyum..
Dah habis mengaji, jom baca doa ramai2!!
Selain ajar mengaji kami turut menyelitkan slot2 bercerita kisah teladan, belajar solat, mempelajari doa2 harian, dan menulis. Seronok la budak2 ni bila masuk slot bercerita. Ustazah2 mulakan cerita, mereka tukang sambung, macam2 versi jadinya cerita ustazah tu...haaa..lucu la..tambah dgn pengaruh kuat tv yg ditonton di rumah terutama rancangan kartun seperti 'Boboiboy'.

Amali solat. Diketuai oleh Pak Imam Adam. Hik3
             Yg manis bertudung merah tu Ustazah Aziyah a.k.a Ust Comel. Ehem
 
Doa selepas azan. Dipandu oleh Ustazah Haizum (tudung hitam) a.k.a guru besar.
Ustazah Mastura dan Ustazah Izzati turut mengiringi bacaan.


Ustazah Farhana bercerita.
Cerita apa tu ustazah? Serius nampak!!
Dengar ya...
Menjadi kebiasaan kami juga, menjamu kanak2 ni dgn sedikit makanan dan minuman ringan. Jom makan!! Maka berlari2 la budak2 ni berlumba nak basuh tangan. Apa lg...sy pun sound mereka, "Jangan lari!!!" Hehe..bunyi macam garang. Garang ke?? Tanya la budak2 ni.

Ustazah Ummu layan karenah budak2.
Haha...jgn berebut, jgn gaduh ye...
Ok. Setakat ini sahaja perkongsian utk entry kali ni. Seronok ajar budak2 ni walaupun kadang2 mereka agak nakal. Masa ni la nak didik mereka tentang adab2 tapi secara berhikmah dan berkasih sayang. Garang sikit takpe tp jgn sampai terover pula. Anak orang tu!! Semoga semuanya jd anak soleh dan solehah, permata hati ibu dan ayah. Ameen...adik2ku insyaAllah boleh!! Terima kasih kpd semua ustazah2 pilihan (Ustazah Fariza, Haizum, Farhana, Izzati, Raihan, Ummu, Mastura, Aziyah, Nadiah, Maryam dan sy 'Athirah) atas kerjasama menjayakan kelas mengaji sepanjang sem ni. Semoga pahala dan manfaatnya berkekalan dan berpanjangan sbg amal jariah. Indah juga utk dikenang. Kuncinya ingat Allah selalu. Wassalam.

2 comments:

  1. Bila lagi kelas ngaji ada. boleh humaira join ngaji?

    -umi humaira

    ReplyDelete

Jazakumullah kheir ^^


Terima Kasih.

Datang Lagi!!