Hari ni hari Khamis, 3 Januari 2013. Ini entry sy yg pertama utk tahun baru 2013 ini. Ya..tahun baru, semoga semangat sy pun sama2 baru la ye, lebih kuat, tak lemah...Tp ni dah mula rasa lemah dah ni. Maklumlah tak lama dah nak exam final. Kira2 lagi 5 hari berbaki utk sy ulangkaji.
Huh...sy agak tension, stress juga dgn jadual exam kali ni, lebih 'sedap' drpd sem2 yg lepas. Ibaratnya kita makan tak sempat nak hadam, dah kena muntahkan balik. Hehe...Apa cerita muntah2 ni?? Ye la kalau sebelum ni jadual kitorang paling2 padat pun ada la jugak gap sehari. Nak baca2 ingat2 balik mana yg dah lupa, tak berapa nak ingat kan. Walaupun sebenarnya jadual exam kitorang selalu je rapat2 antara satu subjek dgn subjek lain. Kalau berderet dua tiga hari tu biasa la.
Untuk sem ni, ya ampun! InsyaAllah kitorang akan mula jawab exam Rabu depan, 9 Januari 2013. Yg bestnye 5 hari paper kitorang non-stop! Aaaaarggghhh!!! Rasa semput, sesak nafas tengok jadual camtu. Siap ada yg sehari dua paper. Jadi, memang patutnya kena study awal kan. (Sebenarnya study ni perlu continuous tp dek kesibukan....boleh ke dijadikan alasan? Huh...).
![]() |
| Study Manahij sampai botak kepala!! Allahu musta'an. |
![]() |
| Nak tunjuk buku Fiqh Jinayat je sebenarnye..hik3 |
Dan SEKARANG!! Sy sudah penat sebenarnya. Tp apakan daya harus kuharungi jua. Siang tadi dapat la cover serba sedikit subjek Mabahith Dalalatul Alfaz dgn kawan2. Alhamdulillah dapat hasil drpd pertukaran kefahaman dan pencerahan utk part2 yg kurang atau tak difahami. Itu baru dua subjek, tambah dgn subjek Manahij Fuqaha yg pun sy belum mampu nak habiskan lg, tp alhamdulillah dah cover sebahagian. Subjek Fiqh Mawarith pun ada la cover sikit2 secara tak langsung. Yg belum disentuh langsung pun ada!! Falsafah Tasyri' dan dua subjek elektif Sains Makanan, Biotechnology and Society dan Introduction of Halal Principle. So semua skali ada TUJUH subjek.
Huh...dah 'Athirah, jangan asyik nak mengeluh, tapi main game SUDOKU kemain syok, tulis blog ada masa pula. Ha ha ha...dah jangan nak pertikai sangat ye..Marah?? Tak la..ini mungkin tabiat sy yg tak boleh fokus study berterusan. Kena main2 sikit, hilang2kan stress tu. So, bila otak dah sesak, susah nak terima mesej2 yg dibawa oleh neuron2 yg ada, bekerja utk sy sepanjang study week ni, until I become WEAK, as well as them! Haha...kesian kat neuron2 tu penat nak proses dan hantar maklumat yg dah lama dia tak terima, ye la dah study pun entah berapa kali sangat kan..
Tapi betul la kawan2, masing2 kita ada cara berbeza utk study ni. Jadi study la dgn cara anda masing2. Usah dikisahkan cara orang lain. Betul, kadang2 bila tengok orang lain study bagai nak rak, gila struggle, automatically kita akan ter'psycho'. Jadi gelisah, maka terbit la monolog dalaman: "Aduh, dasyatnya diorang study, aku ni baru study sikit, banyak lg tak cover ni. Mesti mantap2 result diorang nanti."
Ha, ni stigma dan pemikiran yg kita perlu buang. Rezeki, lulus, cemerlang, dapat Dean List tu semua di tangan Tuhan. Kita cuba la sedaya upaya kita. Tapi jangan sampai stress2. (Macam la sy tak stress ek). Maksudnya enjoy la sikit. Hilangkan bosan study dengan buat sth yg boleh melapangkan dada dan minda bila mula penat study. Minum KOPI ke..erkk..tak habis2..DAN jangan nak comparekan diri orang lain dgn kita. InsyaAllah ada rezeki kita tak ke mana. Dean List tu jangan dijadikan ukuran berjayanya seseorang tu, tp sebenarnya sejauh mana ilmu tu mampu dikekalkan dan disampaikan seterusnya diamalkan. Aduh...malu la setakat tersenarai kat Dean List but not in the 'Deen List'. Rugi kan..
![]() |
| Sambil2 minum kopiko!! |
Untuk akhirnya, salam imtihan buat rakan2 yg sama2 akan menduduki, sudah menduduki, atau sedang menduduki final exam. Jawab elok2. Doa banyak2, selawat, SENYUM walaupun soalan tu 'senang' dan jawablah dgn tenang. Sesungguhnya pertolongan itu datang dari Allah, mohonlah kepadaNya, senang dan susah. Usahalah sampai keluar dewan exam. Allahumma najjihna fil imtihan, fiddunya wal akhirah. Daaa...Wassalam.
![]() |
| http://www.facebook.com/photo.php?fbid=572999959382362&set=a.473287296020296.130108.298740820141612&type=1&theater |




huhu...baru sempat nak blogwalking2 ni..huhu..
ReplyDeletenak tergelak baca
"So, start from now, dah tak payah la nak tambah2 azam sangat ye 'Athirah, sila la buat azam2 yg lepas tu, banyak lg yg terhutang, tak payah nak topup2 hutang, bayar dulu. "
haha, same wif me..