So, sesuai dgn Raya 'Eiduladha yg akan menjelma sehari lg, sy nak berbicara tentang PENGORBANAN. Berat2...tak layak rasanya nak cakap soal KORBAN ni. Pernah ke sy berkorban? Kepada siapa? Argh... sy ni dah la jenis yg tak tahan diuji. Pantang kena usik, kena sound sikit dah terguris, terasa..haha..kadang2 nampak sy ni ok je bila org gurau2. Tp pd suatu saat tu sy sedar yg sy seorang yg SENSITIF!!! Huh...baru2 ni sy terbaca status seorang rakan di facebook:
Dalam 1001 pengorbanan, satu pengorbanan yang perlu dihadapi dalam berjuang iaitu KORBAN PERASAAN, kita tak dak masa nak terasa hati sebabkan itu dan ini. Jikalau "terasa hati" ini lah yang akhirnya menyebabkan kita lari dari perjuangan, terbukti betapa lemahnya jiwa kita. Teringat kisah seorang sahabat yang terasa hati dengan kawannya apabila sms dan call tak diangkat. Setelah 2 tahun terasa hati, akhirnya baru tahu yang kawannya itu telah bertukar nombor telefon dan disebabkan itulah sms dan call tak dijawab. (edited)
Sy sgt tertarik dgn status ni. Bila fikir2 balik memang susah sgt kita nak berkorban perasaan. Kenapa?? Sebab perasaan ni sifatnya halus. Yg rasa perasaan kita hanya diri kita. Sukar difahami oleh org lain. Peritnya kita je yg rasa. Adakala perkara tu biasa bg kita, tp tak pada org lain. Ada masanya pula perkara tu tak biasa bg kita dan biasa bg org lain...dan itu yg menimbulkan perselisihan, persengketaan dan TERASA HATI...kita nak org faham kita, tp kita taknak faham org, atau kita taknak ambil tahu perasaan org. Kadang2 kita berada di persimpangan antara dua org yg kita perlu jg hati kedua2nya. "Ditelan mati emak diluah mati bapak".
Berkorban memang sakit kan...sanggupkah kita??
Korban bukan setakat menumbangkan seekor lembu...
Now I admit sgt2 yg sy masih gagal berkorban. Nampak tenang, hati menangis. Nak mengadu pada org, setakat mengadu je la...redhakah sy terhadap perbuatan org yg tak sy senangi tu? Cukupkah redha begitu? Rasa teraniaya??? Selalu je sy fikir negatif. Kenapa tak fikir positif yg semua itu berpunca drpd kesilapan dan kelemahan diri kita? Tak sanggup berkorban? Sanggup bersengketa asalkan hati puas?? Masing2 org ada pendapat masing2. Suka mengkritik, kita ada hak kan...kritik utk kebaikan. Biar yg membina. Org kata tak salah mengkritik tp harus kita dtg dgn IDEA lain!!
Argh...lemahnya sy ni...duk taip2 ni pun rasa sebak..sedih tetiba teringat family. Masuk bab korban perasaan berjauhan dgn family. Biarlah tak jauh mana pun, nun di Melaka je tp kalau dh keluarga tu ikatan darah tu takkan putus. Hari2 rindu..tp dek kesibukan jd kurang sikit melayan perasaan. Teringat dulu kecil2 meriah je rumah dgn adik-beradik..Sekarang semua dh besar, ada komitmen dan perjuangan masing2..tinggal dh tak sebumbung. Jarang sgt dpt jumpa. Huuuuhhh...kena KORBAN PERASAAN lg...sedih bila call ummi td ummi suruh balik awal sikit, takde org nak tolong2.
Sy faham perasaan ibu bapa sy yg selalu berenggang dan berjauhan dgn anak2. Sama macam sy faham tanggungjawab yg adik-beradik sy pikul. Semoga ummi dan walid terus sabar spt Siti Hajar dan Ibrahim. Ya persamaan ummi dgn Siti Hajar adlh kedua2nya hidup BERMADU. Hurm...masuk bab korban perasaan lg kn?? Hidup bermadu memang sgt memerlukan pengorbanan terutama perasaan. Sy akui...sebab itu madu itu manis bg yg sanggup berkorban.
KeranaMu kami sanggup berkorban dan dikorbankan...
Terlalu pantas rasanya masa berlalu, semakin lama semakin kita perlu berkorban. JIWA dan RAGA. Sy simpan perasaan kat dlm, lubuk hati. Sy tak pandai nak luah perasaan, tp kalau sy luah saat tu jiwa sy bergetar...sy tahu sy sayang ummi, walid, dan adik-beradik, kawan2... Tapi sukar nak ucap. Salah adik-beradik sy akan menyentap hati sy juga. Perlu belajar terima kekurangan org sbgmna kita terima kebaikan dan kelebihannya. Buruk mana, baik mana pertalian darah itu sgt utuh. Doa kan terus sy kirim. Sama juga keadaannya dgn kawan2, teman2...adakala sy tersinggung tp cuba mengingati kebaikan kawan kita. Sy cuba tetapkan hati sy utk tidak berharap org melayan sy dgn baik, tp biarlah sy cuba beri yg terbaik buat kawan2, sahabat2 hatta terpaksa BERKORBAN PERASAAN.
Kan elok bersangka baik. Jgn dilayan sgt perasaan tu!!
Nah...kawan2. Ni baru satu drpd cabang KORBAN!! Belum tentu lg dpt kita capai. Tp still boleh berusaha ke arah itu kan? Mukmin itu perlu kuat hatinya, supaya dpt menempuh ranjau dan liku hidup. Salam sayang. Ampun maaf zahir batin :)



































